Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 30 Oktober 2010

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2010 (KM1M 2020)

Peringatan semula kepada SEMUA sekolah untuk melaksanakan program tersebut yang akan berlangsung serentak di seluruh negara pada 8-12 November 2010.

Semua sekolah adalah terlibat untuk prg.KM1M2020.

Asas pelaksanaan adalah seperti berikut:

SK Aminuddin Baki:
08.11.2010 - 'Baca Beramai' (Serentak seluruh negara); Aktiviti program membaca
09-12.10.2010 - Aktiviti program membaca

Lain-lain Sekolah:
08-12.10.2010 - Aktiviti program membaca.

Sila rujuk Kertas Makluman dan Maklumat KM1M2020-1&2 (Muat Turun) untuk panduan.

Semua sekolah akan diminta menyediakan laporan pelaksanaan. Pengumpulan laporan akan dilakukan melalui PKG.

Sekian, terima kasih.

==================================

(09.09.2010)

Semua sekolah adalah terlibat. SK Aminuddin Baki akan mewakili Sekolah-Sekolah Kelompok PKGSR di peringkat kebangsaan. Pelaksanaannya akan berjalan serentak seluruh negara. Baki 23 sekolah di bawah PKGSR akan menjalankan aktiviti KM1M 2010 di lokasi masing-masing.

Lain-lain sekolah dari Daerah Batang Padang ke peringkat kebangsaan ialah SK Pendita Za'aba, SK Tanjong Malim, SK Temoh, SMK Sungkai, SK Bidor dan SK Bikam.

Tarikh pelaksanaan KM1M 2020 adalah mulai 8 November hingga 12 November 2010.

Majlis Pelancaran akan diadakan:
Pada 8 November 2010
Di SRJK (C) Tsun Jin, Kampong Pandan, Kuala Lumpur
Dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdanan Menteri merangkap Menteri KPM

GPM/Penyelaras PSS perlu mula merancang aktiviti yang akan dilaksanakan semasa tempoh program tersebut.

=========================================

[31 Ogos]
"...Program NILAM merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Sekolah perlu mengadakan aktiviti aktiviti galakan membaca secara berperingkat dan berterusan meliputi aktiviti asas, aktiviti pemupukan dan aktiviti pengayaan. Justeru, satu strategi yang berkesan perlu dilaksanakan untuk memperhebatkan lagi pencapaian Program NILAM ke tahap yang lebih baik dan menyeluruh..."



Muat turun:

(Maklumat KM1M 2020-1)


(Maklumat KM1M 2020-2)


(Kertas Makluman KM1M)

Khamis, 28 Oktober 2010

BENGKEL PENGURUSAN RANGKAIAN SETEMPAT (LAN) SEKOLAH KPM

Dimaklumkan bahawa pihak Pakatan Sahabat Sdn.Bhd, yang melaksanakan kerja-kerja Naik Taraf Rangkaian Setempat (LAN) Sekolah KPM akan mengadakan bengkel untuk melatih guru-guru yang menerima projek tersebut.

Bengkel seperti di atas akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 29 Oktober 2010
Masa : 9.00 pg - 4.30 ptg
Tempat : SK Satu, Tapah

Sila pastikan sekolah menghantar guru/wakil untuk hadir bengkel tersebut. Pengisian bengkel akan membantu peserta mengendalikan pengurusan projek tersebut.

Sekian, terima kasih.

Rabu, 27 Oktober 2010

PEMBEKALAN TVLCD KE SEKOLAH LUAR BANDAR



=====================

(22.10.2010)

Berikut adalah jadual penghantaran dan pemasangan peralatan TV LCD bagi negeri Perak serta maklumat berkaitan yang diterima dari MHS Resources Sdn.Bhd.

Tempoh Penghantaran : 25 Okt 2010 - 04 November 2010
Tempoh Pemasangan : 26 Oktober 2010 - 15 November 2010
Jumlah Unit : 18 buah

Sehubungan dengan itu diminta pihak sekolah melaporkan penerimaan peralatan dengan menggunakan Lampiran A/1 ke PKG SR sebaik sahaja menerima peralatan tersebut.

Sekian, terima kasih.

======================================

(07 Julai 2010)

KPM dalam proses membekalkan TVLCD ke beberapa buah sekolah Kategori Luar Bandar di seluruh Malaysia termasuk Negeri Perak.

Berikut adalah sekolah-sekolah Kelompok PKGSR yang terlibat:
- SMK (Felda) Besout
- SK Slim River
- SK Aminuddin Baki
- SK Slim Village
- SJK(T) Slim River
- SJK(C) Chin Hua
- SK Kuala Slim

Pihak sekolah dikehendaki menghantar laporan dengan menggunakan Lampiran A/1 ke PKGSR sebaik sahaja menerima peralatan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Jumaat, 22 Oktober 2010

DATA SPPICTS : KUTIPAN KE-3

Dimaklumkan bahawa kutipan data SPPICTS Kali Ke-3 tidak dilakukan secara online sepertimana yang dilakukan sebelum ini.

Kutipan kali ini adalah melalui proses verifikasi. Penghantaran hardcopy oleh pihak sekolah dengan pengesahan Pengetua/Guru Besar akan dianggap rasmi dan akan dikumpulkan sebagai Data SPPICTS Kutipan Kali Ke-3

Berikut adalah prosedur tindakan untuk pihak sekolah:

Tindakan: GPB/Guru ICT dan GPM/Penyelaras PSS
Tarikh hantar Borang : Pada/Sebelum 8 November 2010
Bentuk Bahan : Hardcopy

Langkah-Langkah:
- Layari

http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php


- Login (Kod Sekolah; K/Laluan: 123)
- Klik 'Pemantauan Penggunaan ICT'
- 'Check' pada SEMUA kotak/dimensi yang terlibat
- Klik 'Teruskan'
- Klik 'Cetak' (Ulang cetakan untuk dimensi seterusnya)
- Catatkan pindaan data menggunakan pen dakwat merah
- Data disahkan oleh Pengetuta/Guru Besar (T/Tangan & Cop)
- Hantar set borang maklumat ke PKGSR
- Borang yang tiada pindaan juga perlu disah dan diserahkan ke PKGSR

Sebarang pertanyaan/kemusykilan sila hubungi PKGSR melalui telefon waktu pejabat.

Sekian, terima kasih.

MESY.PENGURUSAN PSS & MESY.PENGURUSAN ICT

Mesyuarat tersebut di atas untuk GPM & GPB adalah seperti ketetapan berikut:

Mesyuarat Pengurusan PSS untuk GPM/Penyelaras PSS
Tarikh : 15 November 2010
Hari : Isnin
Masa : 2.15 ptg
Tempat : Bilik Kuliah, PKGSR

Mesyuarat Pengurusan ICT untuk GPB/Guru ICT
Tarikh : 16 November 2010
Hari : Selasa
Masa : 2.15 ptg
Tempat : Bilik Kuliah, PKGSR

Untuk makluman tuan/puan, pindaan tarikh-tarikh tersebut tidak dapat dielakkan ekoran penglibatan PTP bertugas/berkursus di luar kawasan pada lain-lain tarikh yang sesuai.

Bagi melicinkan persediaan urus setia menguruskan mesyuarat GPM & GPB atau wakil yang akan hadir ke mesyuarat diminta untuk

mendaftar

secara online bagi mengesahkan kehadiran pada tarikh-tarikh berkaitan.

Sekian, terima kasih.

==========================

Pendaftaran Peserta

Isnin, 4 Oktober 2010

PELANCARAN PERASMIAN BANGUNAN PKG TAPAH ROAD

Pelancaran perasmian bangunan PKG Tapah Road telah berjaya dijalankan pada 01 Oktober 2010 dengan kehadiran Pn.Hawa bt Hj.Said, Timbalan Pengarah, BTP, KPM. Beliau telah mewakili Y.Bhg.Tan Sri Dr.Zulkurnain b.Hj.Awang, Ketua Setiausaha, KPM untuk merasmikan majlis tersebut.

Bangunan PKG Tapah Road sebelumnya merupakan Kompleks Rumah Guru (KRG) yang mempunyai 8 unit rumah bertingkat. Melalui projek Ubah Suai Naik Taraf (USNT) bangunan PKG Tapah Road kini merupakan PKG terbesar di Malaysia.




Sabtu, 2 Oktober 2010

SENARAI PESERTA

Nama peserta bengkel sedang dikumpul dan disenaraikan untuk tujuan semakan dan pengesahan oleh bakal-bakal peserta.

Sila maklumkan kepada PKGSR dengan kadar segera sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau maklumat yang perlu dipinda.

Sekian, terima kasih.

================================

(Maklumat Sehingga 28.09.2010)

Bengkel Kampus Astro



SEKOLAH NAMA PESERTA PENGESAHAN
SK Aminuddin BakiPn.Nura'za bt HashimSudah
SK Pos TenauEn.Ah.Nazir bin Hj.Yusuf Sudah
SK Slim VillagePn.Inas bt BaharomSudah
SMK (F)BesoutPn.Norizan binti AdnanSudah
SK Kuala SlimPn.Norhayati bt TalibSudah
SK Besout 4Pn.Roslina bt AriffinSudah
SJK(T) TrolakPn.Uma a/p SelladuraiSudah
SJK(T) Slim VillagePn.Tamil Selvi a/p MurugasuSudah
SJK(T) Ldg.Kelapa BaliPn.Angelina a/p PalanySudah
SJK(T) Slim RiverPn.S.Thanaletchumy a/p SuppiahSudah
____________
____________
____________
____________


Bengkel Asas MS Office 2007 (Terhad kpd 25 peserta shj)


SEKOLAH NAMA PESERTA PENGESAHAN
SMK (F)BesoutEn.Kassim bin HarunSudah
SK Aminuddin BakiPn.Shamsiah bt Ismail Sudah
SK Kuala SlimPn.Norhayati bt TalibSudah
SK Kuala SlimPn.Rohani bt KoyaSudah
SK Besout 4Pn.Roslina bt AriffinSudah
SK Besout 4Pn.Hadijah bt WahiSudah
SK Besout 4Pn.Jamilah bt SuaibSudah
SK Besout 4Pn.Norashikin bt RamliSudah
SJK(T) TrolakPn.Uma a/p SelladuraiSudah
SJK(T) TrolakPn.Anusia a/p SubramaniamSudah
SJK(T) Slim VillagePn.Tamil Selvi a/p MurugasuSudah
SK BalunPn.Raznah bt Ab.RazakSudah
SJK(T) Slim RiverPn.Norshahiran bt HanafiahSudah
SK Pos TenauEn.Nurul Badrin bin Abd.LatibSudah
SK Slim VillagePn.Inas bt BaharomSudah
SJK(T) Ldg Kelapa BaliPn.Angelina a/p PalanySudah
SK Pos TenauEn.Hanizan bin SidekSudah
SK Pos TenauEn.Mohd Noradha bin Abd HalimSudah
SK Kuala SlimPn.Wan Nur Faridah Hanum bt Hjh Ya'akobSudah
SK Kuala SlimPn.Rokiah bt Abdul RahmanSudah
SK Kuala SlimPn.Mon Rasidah bt SulaimanSudah
SK Slim RiverPn.Azizah bt Mohd SamanSudah
SK Slim RiverPn.Siti Husna bt RozaliSudah
SMK (F)BesoutPn.Aminah bt Arum ShahSudah
SMK (F)BesoutEn.Mohd Faridi Yusli bin YahyaSudah
SMK (F)BesoutPn.Siti Salimah bt RomeliSudah

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP