Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 30 Januari 2012

MAKLUMAT ASAS GPM/PENYELARAS PSS

Khamis, 12 Januari 2012

ANUGERAH PSS CEMERLANG 2012

JPN Perak akan menganjurkan Anugerah PSS Cemerlang Negeri Perak 2012.  Sebanyak 4 kategori akan diadakan iaitu:
    -  Kategori SR Bandar
    -  Kategori SR Luar Bandar
    -  Kategori SM Bandar
    -  Kategori SM Luar Bandar

Di antara objektif Anugerah PSS ialah:
    -  Mencapai markah 80% berdasarkan instrumen penilaian PSS Cemerlang dalam masa 3 tahun
    -  Meningkatkan pengurusan & penggunaan PSS dalam kalangan murid dan guru
    -  Meningkatkan koleksi buku dengan nisbah 1:15 bagi sekolah rendah dan 1:20 bagi sekolah menengah
    - Meningkatkan program galakanm membaca

Penyertaan sekolah adalah WAJIB.  Penilaian akan dilaksanakan dalam 3 peringkat:
    -  Peringkat PKG (01-31 Mac 2012)
    -  Peringkat Daerah (01-31 Mei 2012)
    -  Peringkat Negeri (02-20 Julai 2012)

SEMUA sekolah diminta untuk mendaftar menggunakan borang BTPNPRK/PSP-04 yang sedang diedarkan melalui pos. Borang yang lengkap hendaklah dikembalikan ke PKG masing-masing pada atau sebelum 10 Februari 2012.  Pemenang di peringkat PKG akan mewakili PKG ke peringkat Daerah.  Penilaian di peringkat PKG dan daerah akan diuruskan oleh PPD.  Borang  BTPNPRK/PSP-01 akan digunakan sebagai instrumen penilaian di setiap peringkat.

Pencalonan ke peringkat negeri akan dipilih daripada sekolah yang berjaya di peringkat daerah.  Pencalonan akan dikemukakan kepada BTPN melalui borang BTPNPRK/PSP-5 selewat-lewatnya 10 Jun 2012.


CAPAIAN INTERNET 2012 - PERMOHONAN ISP

Latar Belakang:
JPN Perak telah berunding dengan TM Ipoh untuk meneruskan perkhidmatan talian internet seluruh negeri Perak secara berpusat.  Pentadbir sekolah tidak akan dikumpulkan untuk taklimat/tandatangan persetujuan sepertimana tahun lepas. Pihak sekolah diingatkan agar TIDAK MENGHUBUNGI MANA-MANA ISP  dalam usaha memohon perkhidmatan internet sepertimana yang diarahkan sebelum ini.  Perkhidmatan internet akan dibekalkan sama ada secara interim atau melalui 1Bestari Net ke semua sekolah dalam tempoh masa terdekat.

Untuk makluman berikut adalah situasi semasa berkaitan capaian internet:

1) Sekolah-sekolah yang mengguna VSAT
    1.1)  Perkhidmatan Internet telah dipotong
             -  Akan disambung semula; TM sebagai ISP
    1.2)  Perkhidmatan Internet masih diteruskan
             -  Akan diteruskan; TM sebagai ISP


2) Sekolah-sekolah yang mengguna ADSL
             - Akan diteruskan; TM sebagai ISP

Sila hubungi PPDBP/PKGSR untuk sebarang kemusykilan.

Sekian, terima kasih.
 

Khamis, 5 Januari 2012

PEMILIHAN ISP OLEH SEKOLAH

Dimaklumkan bahawa BTPN dan PKG menerima sumber yang sama sepertimana yang diterima oleh pihak PPD.  Sumber utama adalah dari KPM yang kemudiannya diturunkan ke pengetahuan JPN.  JPN akan menyelaras tindakan susulan seterusnya memaklumkan kepada PPD.

Di samping itu semua pembayaran akan melibatkan PPD dan JPN. Justeru adalah lebih wajar untuk pihak sekolah mendapat maklumat terus dari PPD.  Walaubagaimanapun, PKG akan mendapatkan maklumat perkembangan terkini dari semasa ke semasa untuk dikongsi bersama dengan sekolah-sekolah.

Berikut adalah antara maklumat yang telah diterima:
27.12.2011 - Emel : Surat Siaran Drpd KSU dan Lamp.A (sepertimana
                     yang diedarkan oleh PPD.
05.01.2012 - Telefon : PPD dan BTPN/PKG menerima bahan yang sama
                     (Seperti di atas)
05.01.2012 - Telefon : JPN akan berbincang dengan TM Ipoh untuk
                      tindakan susulan; Akan maklumkan PPD.
05.01.2012 - Telefon : PPD minta sekolah tunggu perkembangan untuk
                      tindakan.
05.01.2012 - Telefon : BTPN sedang tunggu senarai sekolah yang
                      dapat 1Bestari Net mulai Jan.2012;  PKG akan
                      dimaklumkan untuk pantau tindakan sekolah.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP