Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 6 Januari 2015

INTERIM & 1BN

[06 Jan 2015]
LANJUTAN INTERIM

1.  Perkhidmatan Interim School Broadband (SBB) bagi sekolah-sekolah yang belum terima perkhidmatan 1BestariNet (1BN) adalah dilanjutkan.

2.  Semua urusan pembayaran perkhidmatan internet dalam tempoh interim 2015 akan diuruskan oleh BTPN Perak.

3. Bagi memastikan proses pengurusan dan pentadbiran serta PdP tidak terganggu pihat sekolah dibenarkan untuk meneruskan langganan talian internet secara interim dengan ISP sedia ada atau memilih ISP baharu.

4. Bagi sekolah yang ingin melanggan perkhidmatan internet dengan ISP baharu sila kemukakan dokumen berikut:
- Satu salinan borang langganan 
- Sebut harga perkhidmatan
- Terma dan syarat daripada ISP

5. Dokumen di atas hendaklah sampai kepada KPP BTPN Perak sebelum 15 Januari 2015.  Langganan perkhidmatan internet interim dengan ISP sedia ada akan dilanjutkan sekiranya tiada sebarang maklum balas bertulis daripada pihak sekolah diterima pada tarikh tersebut.



Tiada ulasan:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP