Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 6 Januari 2015

KAMPUS ASTRO

[06 Jan.2015]
PENYAMBUNGAN PERKHIDMATAN KAMPUS ASTRO
Pihak KPM berkemungkinan menerima semula sambungan perkhidmatan ASTRO ke sekolah-sekolah.  Sehubungan itu pihak sekolah diminta untuk memastikan peralatan ASTRO seperti decorder, Outdoor Unit, TV dan sebagainya masih berada dalam simpanan sekolah dalam keadaan selamat.
============================================

ARKIB

Sempena bulan kemerdekaan ini pihak Kampus Astro membekalkan satu saluran sementara – MySTORY (Saluran 318) dari 30 Ogos hingga 16 September 2010.
Program ini akan memaparkan cerita 1Malaysia dari pelbagai etnik rakyat Malaysia.

Sila layari
www.astro.com.my/kampusastro
untuk maklumat tambahan berkaitan Kampus Astro.


=============================



SALURAN 801 - Astro Arena

Astro Arena merupakan saluran sukan pertama berbahasa Melayu 24/7 di Malaysia. Saluran ini dapat diikuti menerusi saluran 801 Astro menerusi Pakej Famili bermula 26 Mac 2010. Ia juga merupakan saluran sukan pertama dipancarkan menerusi Astro di bawah Pakej Famili Astro. Saluran Astro Arena adalah inisiatif Menteri Belia dan Sukan, Dato' Shabery Cheek bersama-sama Majlis Olimpik Malaysia dan pihak Astro untuk merealisasikan satu saluran sukan untuk perkembangan sukan dalam negara melalui televisyen. Seperti yang diketahui umum ketika Dato' Shabery Cheek memegang jawatan menteri penerangan beliau pernah menjanjikan satu saluran sukan untuk Malaysia di bawah program pendigitalan RTM (RTM Arena), tetapi setelah beliau ditukarkan untuk menerajui kementerian lain, saluran itu menjadi tanda tanya dan impian beliau untuk merealisasikannya agak kabur disebabkan RTM bukan lagi di bawah kementeriannya. Jadi dengan melalui Astro sahaja saluran ini menjadi kenyataan melalui beberapa perbincangan antara pihak Astro dan MOM. Pada 26 Mac 2010 buat pertama kalinya saluran sukan pertama Malaysia dilancarkan.

Astro Arena merupakan satu-satunya saluran sukan 24 jam sehari yang dapat diikuti oleh semua pelanggan Astro, yang mana ia diletakkan dalam Pakej Famili Astro.


SALURAN 100 - BIMBINGAN UPSR, PMR & SPM


Muat turun & Pautan
-
Senarai Keseluruhan K/Astro

- Saluran Kampus Astro
-
Laman Utama Kampus Astro

Tiada ulasan:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP