Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 23 Jun 2016

PENYELENGGARAAN TV ASTRO

23 Jun 2016: PENYELENGGARAAN PERALATAN KAMPUS ASTRO.
Sukacita dimaklumkan pihak Astro akan melakukan kerja penyelenggaraan Kampus Astro di semua  sekolah bawah Kelompok PKGSR. Sehubungan dengan itu pihak sekolah diminta untuk menyediakan dan memastikan peralatan-peralatan berikut sedia ada untuk diselenggara oleh pihak Astro. Kerja-kerja penyelenggaraan akan berlaku dari 15 Jun hingga 22 Julai 2016.

1) Kad Pintar (Smart Card)
2) Set Dekoder
3) TV
4) Out Door Unit (ODU)

PKGSR diarah untuk hadir semasa berlakunya penyelenggaraan bagi memantau kerja-kerja penyelenggaraan.  Justeru pihak sekolah diminta menghubungi PKG Slim River semasa kehadiran pihak Astro.
 
Sila rujuk instrumen pemantauan penyelenggaraan sebagai panduan persediaan sekolah.

Kerjasama daripada warga sekolah amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
============================================

Tiada ulasan:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP