Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 30 Ogos 2012

PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS DI SK BALUN

Program seperti di atas akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
     Tarikh   : 26-27 September 2012
     Hari      : Rabu-Khamis
     Masa     : 2.15 petang
     Tempat  : PSS SK Balun

Objektif
Antara objektif program adalah untuk
1) Membangunkan PSS SK Balun khususnya bahagian fizikal
2) Menjalinkan perkongsian kepakaran dalam kalangan GPM
3) Memberi pendedahan kepada GPM aspek-aspek asas pengurusan
     PSS

Fokus Aktiviti
1) Pembinaan Fail Tegak
2) Pengkatalogan
3) Keceriaan PSS - Penglabelan Sudut & 'Poster'
4) Pengurusan Rak Buku PSS

Peserta
1) 19 GPM/Penyelaras PSS Sekolah Kel.PKGSR
2) Guru-guru SK Balun

Bahan & Peralatan Program
1) PKG
    Bahan-bahan asas seperti 'mounting board', manila card, kertas A4, akhbar, tape, gam,  pisau
2) SK Balun
     Akhbar lama, peralatan tambahan seperti pisau, gunting, dsb
3) GPM/Penyelaras PSS
    Notebook, softcopy bahan rujukan atau bahan grafik
    Maklumat Lengkap 10 Buku Rujukan yang telah diproses di sekolah
    masing-masing
4) Sebarang tambahan bahan atau maklumat yang boleh disumbang
    adalah dialu-alukan


Selasa, 28 Ogos 2012

BENGKEL PEMURNIAN FAIL PENGURUSAN PSS

Bengkel seperti di atas akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
    Tarikh   : 08-09 Oktober
    Hari      : Isnin-Selasa
    Masa     : 2.00 ptg - 4.30 ptg
    Tempat  : PKGSR
    Peserta  : GPM/Penyelaras PSS PKGSR & PKGTM

Peserta diminta membawa kesemua 15 Fail Pengurusan PSS dari sekolah masing-masing untuk tujuan semakan dan pemurnian.

Bagi sekolah yang belum mewujudkan fail-fail tersebut fail putih (Am 435-Pin.1/80) kosong hendaklah dibawa untuk memulakan pengwujudan fail.

Alat tulis seperti 'marker pen' penebuk lubang, 'treasury tag' dan kertas akan disediakan oleh pihak penganjur.

Sekian, terima kasih.




BORANG PENYERTAAN LAWATAN PENANDA ARAS PSS


Isnin, 27 Ogos 2012

BENGKEL PEMBINAAN BHN MEDIA

Bengkel seperti di atas akan dijalankan sepertimana ketetapan berikut:
     Tarikh   : 18, 24, 25 September 2012
     Hari      : Selasa, Isnin, Selasa
     Masa     : 8.00 pg - 4.30 ptg
     Tempat  : PKG Slim River
     Peserta  : Guru Mata Pelajaran

Peserta akan didedahkan serta berbengkel untuk menghasilkan bahan video dengan menggunakan kamera video atau sebarang media digital yang boleh merakam video.

Perlu diingatkan bahawa peserta perlu membawa peralatan rakaman sendiri kerana pihak penganjur tidak akan membekalkan sebarang kamera atau media digital semasa bengkel.  Peserta perlu juga membawa komputer riba untuk tujuan suntingan semasa berbengkel.

Surat penggilan bengkel sedang diedarkan ke sekolah-sekolah untuk tujuan pergerakan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi PKGSR melalui talian 05-4528309.

Sekian, terima kasih.

BENGKEL TATACARA PELUPUSAN PERALATAN ICT

Dimaklumkan bahawa bengkel seperti tersebut di atas akan dijalankan sepertimana ketetapan berikut:
    Tarikh  : 29-30 Ogos 2012
    Hari     : Rabu-Khamis
    Masa    : 2.00 ptg - 4.30 ptg
    Tempat : PKG Slim River
    Peserta : GPB/GICT Kelompok PKGSR & PKGTM

Peserta diminta membawa dokumen serta maklumat lengkap peralatan ICT yang bakal dilupuskan.  Tatacara pelupusan akan ditaklimatkan semasa bengkel dan peserta akan menyiapkan dokumen proses tersebut pada hari akhir bengkel.

Sila muat turun Surat Panggilan untuk tujuan pergerakan peserta.

PKGSR atau PKGTM boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan.








Rabu, 15 Ogos 2012

PERKEMBANGAN STATUS PENARAFAN SSQS

16 Ogos : STATUS PENARAFAN SSQS
Status sehingga 16.08.2012; 8.00 pg

Status sehingga 15.08.2012; 2.00 ptg

Status sehingga 15.08.2012; 7.35 pg

Status sehingga 14.08.2012; 12.15 tgh hari

Status sehingga 14.08.2012; 7.15 pg

Status sehingga 13.08.2012; 8.00 pg
 
Status sehingga 11.08.2012; 10.00 pg
Status sehingga 10.08.2012; 3.00 ptg

Status sehingga Selasa, 07.08.2012; 4.00 ptg

Status sehingga Jumaat, 03.08.2012; 5.00 ptg

Status sehingga 02.08.2012; 3.00 ptg

Status sehingga 01.08.2012; 5.00 ptg


Status sehingga 01.08.2012; 8.00 pg
Status sehingga 31.07.2012; 1.00 ptg
Status sehingga 31.07.2012; 8.30 pg
Status sehingga 30.07.2012; 4.45 ptg

Status sehingga 29.07.2012; 6.00 ptg

Status sehingga 27.07.2012; 8.00 pg

Status sehingga 26.07.2012; 10.00 pg


Status sehingga 25.07.2012; 3.00 ptg

Status sehingga 25.07.2012; 12.30 tgh

Status sehingga 25.07.2012; 8.00 pg:

Status sehingga 24.07.2012; 5.00 ptg


Status sehingga 24.07.2012; 9.30 pg:

Status sehingga 21.07.2012; 11.30 pg:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP