Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 16 Februari 2012

ARKIB LAMAN UTAMA 2011


28 Dis : PEMILIHAN ISP UNTUK PERKHIDMATAN INTERNET 2012Disampaikan 2 bahan rujukan seperti di bawah untuk rujukan sekolah berkaitan perkara di atas.
     1) Surat Siaran Kebenaran Dari KSU
     2) Panduan Pertukaran Talian - Lamp.1

Sekian, terima kasih.
=============================================
28 Dis : AKTIVITI JEJAK MAKLUMAT - SUSULAN KURSUS ANJURAN BTPN 2010
BTPN Perak telah menganjurkan Kursus Jejak Maklumat pada tahun 2010 yang disertai oleh beberapa GPM dari seluruh negeri Perak.  Sehubungan dengan itu pihak penganjur sedang mengumpul maklumat sekolah yang telah melaksanakan aktiviti jejak maklumat di sekolah masing-masing.

Kerjasama GPM/Penyelaras PSS sekolah-sekolah terutama dari Kelompok PKGSR diperlukan untuk mengisi borang maklum balas online untuk tujuan tersebut.

Sekian, terima kasih.
=============================================
28 Dis : PERMOHONAN HADIRI KURSUS PSS 2012 ANJURAN BTPN PERAK
BTPN Perak mempelawa guru-guru yang berminat untuk menyertai kursus seperti berikut:
     1) Kursus Asas Pengurusan PSS (Untuk GPM/Penyelaras PSS
          sahaja)
     2) Kursus Jejak Maklumat (Terbuka kepada yang berminat)
     3) Kursus Penjilidan Dan Pembaikan Ringan (Terbuka kepada yang
          berminat)

Bagi yang berminat sila isi borang permohonan kursus untuk dipanjangkan ke BTPN Perak.

Sekian, terima kasih.
=============================================
21 Dis : PKG DITUTUP PADA 22 & 29 DISEMBER
Dimaklumkan bahawa PKGSR ditutup pada hari Khamis, 22 dan 29 Disember, 2011 kerana semua staf menghadiri Taklimat SBPA dan menandatangai 'Opsyen' di BTPN Perak pada 22 Dis manakala pada 29 Dis staf PKG menghadiri beberapa kursus berasingan.

Sebarang urusan boleh dilakukan seperti biasa mulai 23 Disember 2011.

Sekian, terima kasih.
============================================= 

14 Dis : PENGUMPULAN TUGASAN BENGKEL 'OPTIMUM TMK DLM P&P'
PKG telah terima beberapa hasil tugasan yang dikirim oleh para peserta.  Terima kasih kepada yang telah menghantar.  Pengumpulan hasil tugasan dalam bentuk Ranc.Mengajar masih diteruskan sehingga minggu pertama sesi persekolahan 2012.  

Mohon kerjasama peserta agar menyatakan nama pengirim dan sekolah untuk pengenalan identiti pemilik bahan yang dihantar.

Sekian, terima kasih.
============================================= 
14 Dis : LAMAN SESAWANG SK KUALA SLIM
Terima kasih dan tahniah kepada SK Kuala Slim yang telah menyalurkan maklumat sekolah melalui blog yang telah dibina.  Pautan telah dibuat di bahagian kanan blog ini.

Sekian, terima kasih.
============================================= 
06 Dis : PENGEMASKINIAN MAKLUMAT BLOG PKGSR
Pengemaskinian blog ini tidak dapat disempurnakan sekian lama kerana admin bertugas di luar kawasan melibatkan tarikh yang bertindih dan berterusan sehingga pertengahan Disember 2011.
Harap maaf.
============================================= 
22 Nov : TAHAP PELAKSANAAN PROG.MEMBACA NILAM
Disampaikan status terkini tahalaksanaan Program Membaca NILAM yang diisi secara online melalui Tarantula untuk semakan dan rujukan pihak sekolah.  Data masih boleh dikemaskini.
============================================= 
22 Nov : PENCAPAIAN PENARAFAN iQ-PSS 2011
Tahniah kepada semua sekolah ahli PKGSR yang telah melengkapkan penarafan iQ-PSS secara online. Terima kasih juga atas usaha gigih memartabatkan PSS masing-masing.  Semoga kecemerlangan PSS dapat ditingkatkan lagi di masa-masa akan datang.
============================================= 
22 Nov : PEMULANGAN BANDWIDTH MANAGER TOOLS KPD GITN
Perhatian kepada SK Aminuddin Baki, SK Seri Besout dan SMK (F)Besout di mana pihak GITN akan hadir untuk mengambil Bandwidth Manager Tools (BMT).  Sebagai langkah-langkah keselamatan dan prosedur sila pastikan pasukan/individu yang hadir adalah dari GITN yang sah.  Rekodkan identiti pasukan/individu yang mengambil peralatan dan rekodkan juga setiap peralatan yang diambil.
(Memo Arahan)
(Senarai Penuh Sekolah)
============================================= 
17 Nov : MESYUARAT AGUNG JURUTEKNIK  KOMPUTER N.PERAK
Mesyuarat agung seperti di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut:
      1) Tarikh   : 26 November 2011
      2) Masa    : 9.00 pagi
      3) Tempat : Dewan Besar, PPD Kuala Kangsar

Untuk makluman hanya sekolah-sekolah yang ada JTK sahaja yang terlibat.

Sekian, terima kasih.
(Surat Panggilan)
============================================= 
16 Nov : SENARAI PESERTA BENGKEL UNTUK GPM & GPB
Dimaklumkan bahawa 67 sekolah terlibat dengan bengkel seperti di bawah.
      1) Tajuk    : Bengkel Mengoptimumkan Penggunaan dan
                         Pengintegrasian Sumber Pend.Berasaskan
                         TMK Dlm P&P Untuk GPB/GPM
      2) Tarikh   : 29-30 November 2011
      3) Masa    : 8.00 pg - 5.00 ptg
      4) Tempat : PKG Bidor
      5) Anjuran : JPN Perak

Surat panggilan telah dikeluarkan pada 15 Nov.2011.  Penggantian peserta antara GPM dan GPB tidak dibenarkan.  Untuk sebarang pertanyaan/maklumat lanjut sila hubungi PKGSR atau PKG Tanjung Malim.

Sekian, terima kasih.
(Senarai Peserta)
============================================= 
14 Nov : STATUS PENGHANTARAN LAPORAN KM1M
Terima kasih kepada sekolah-sekolah berikut yang telah menghantar laporan untuk digabungkan.  Terima kasih juga kepada yang lain-lain yang sedang dalam proses menguruskan penghantaran laporan.
[SK Kuala Slim, SK Slim Village, SK Besout 4, SK Besout 5, SK Pos Bersih, SK Slim River, SJK(C) Chin Hua, SJK(C) Ho Pin, SJK(T) Slim River, SJK(T) Trolak, SJK(T) Ldg.Kelapa Bali, SJK(T) Ladang Cluny, SMK Slim]
(Maklumat Penuh)
============================================= 
14 Nov : RISIKO BANJIR - KESELAMATAN PERALATAN ICT
Sekolah-sekolah yang berisiko banjir diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk menjamin keselamatan peralatan sekolah terutama  bagi harta kerajaan di bawah kelolaan PSS dan ICT.
(Maklumat Penuh)
=============================================
09 Nov : TPM: SOFT LANDING PPSMI
"KENYATAAN AKHBAR PADA 4 NOVEMBER 2011 OLEH YAB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DAN MENTERI PELAJARAN MENGENAI PELAKSANAAN SOFT-LANDING PPSMI" ...(Maklumat Penuh)
=============================================
08 Nov : SINDIKET PENIPUAN SEBAGAI PEG.SEKTOR ICT, JPN
Untuk makluman, sejak akhir-akhir ini terdapat sindiket penipuan menyamar sebagai pegawai dari Sektor ICT JPN menelefon sekolah untuk mendapatkan butir-butir syarikat Komputer dan Kontraktor Pembersihan. Pemanggil dipercayai lelaki Melayu. Sekiranya pihak tuan mendapat panggilan telefon bertanyakan butir berkenaan sila ambil langkah berikut;...(Maklumat Penuh)
=============================================
03 Nov : PROGRAM READ 2011 - 641,641 BACA SERENTAK
Ikuti Liputan Akhbar  aktiviti READ 2011 yang disiarkan semalam.  Semua sekolah diminta menyediakan laporan KM1M/READ2011 masing-masing untuk dikumpulkan bagi tujuan pelaporan di peringkat negeri.

Sekian, terima kasih
=============================================
21 Nov : STATUS PENARAFAN iQ-PSS SEHINGGA 21.11.2011

Terima kasih kepada GPM/Penyelaras PSS yang telah melengkapkan penarafan online iQ-PSS 2011. Berikut adalah status berakhir 5.25 ptg, 21.11.2011 untuk semakan dan perhatian tuan/puan.

(Maklumat Tambahan)
=============================================
21 Nov : STATUS PENARAFAN iQ-PSS SEHINGGA 21.11.2011

Terima kasih kepada GPM/Penyelaras PSS yang telah melengkapkan penarafan online iQ-PSS 2011.  Berikut adalah status berakhir 2.15 ptg, 21.11.2011 untuk semakan dan perhatian tuan/puan.

(Maklumat Tambahan)
=============================================
11 Nov : TINDAKAN SEGERA - LAPORAN KM1M
Tindakan segera dipohon kepada GPM/Penyelaras PSS sekolah untuk menghantar laporan (Lampiran B) Kem Membaca 1 Malaysia yang sepatutnya dihantar ke PKG selewat-lewatnya 10 Nov.2011. Sehingga 11.15 pg, 11 Nov.2011 PKGSR baru terima 6/24 laporan dari sekolah-sekolah.

Pengumpulan data di peringkat PKG akan disusuli dengan peringkat negeri untuk laporan ke peringkat kebangsaan. Sekian, terima kasih.
(Maklumat Penuh)
=============================================
02 Nov : EDARAN SET SOALAN PROG.PeT1 2011 - USP SET 3
Unit Pend.Khas PPD DaerahBatang Padang sedang mengedarkan set soalan seperti di atas ke sekolah-sekolah melalui pusat edaran yang telah ditetapkan.  (Maklumat terperinci Ruj. Portal PPD  Padang Padang)

Bagi sekolah-sekolah di bawah Kelompok 5 & Kelompok 6 yang terlibat sila dapatkan set soalan tersebut di kaunter PKG Slim River waktu pejabat.

Sekian, terima kasih
=============================================
31 Okt : KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2011 (KM1M 2011)
Program Kem Membaca 1 Malaysia 2011 ( KM1M 2011) akan berlangsung selama satu minggu bermula 31 Oktober hingga 4 November 2011.  SEMUA sekolah adalah terlibat dan perlu menghantar laporan melalui PKG masing-masing untuk kompilasi.

Program READ2011: One Nation Reading Together juga akan dijalankan serentak dengan Program KM1M 2011.  Pelancarannya akan dilakukan pada ketetapan berikut:
       Tarikh   : 2 November 2011 ( Rabu)
       Masa    : 9.30 pagi ( selama 2,011 saat atau 33.5 minit)
      Tempat  : SK Bukit Damansara dan  juga sekolah-sekolah yang
                     telah mendaftar melalui www.readtogether.com.my


Tema   : Pembacaan Pemangkin 1Malaysia
=============================================
25 Okt : TARIKH PEMASANGAN PERISIAN MAKMAL BAHASA MBMMBI
Bagi sekolah-sekolah di bawah Kelompok PKGSR tarikh pemasangan ialah 10 November. Namun pihak syarikat akan membuat pengesahan selewat-lewatnya 28 Okt nanti. Sila ikuti perkembangan dari semasa ke semasa.

Terima kasih.
=============================================
21 Okt : PREVIEW : MAKLUMAT DARI RESPONDEN
Responden boleh menyemak setliap maklumat yang dihantar melalui borang online dari blog ini.  Sila pilih dari lajur kanan di bawah tajuk Senarai Responden.  Bagi sesetengah respon/maklumat yang dianggap 'sulit' bahan tersebut tidak akan dimuat naik atau akan dipinda.

Terima kasih.
=============================================
21 Okt : KURSUS MAKMAL BAHASA UNTUK MBMMBI FASA 1
Kursus di atas sedang berlangsung di 8 pusat latihan termasuk di SK Slim River.  Kursus dijalankan pada 20,21&24 Oktober 2011.  Kumpulan sasaran terdiri daripada guru BM Thn.1, guru BI Thn.1 GPB dan Juruteknik Komputer (JTK).

(Maklumat Penuh)
=============================================

19 Okt : TERIMA KASIH GPM/PENYELARAS PSS
Terima kasih kepada GPM/Penyelaras PSS yang telah hadir Taklimat Tatacara Pengurusan i-NILAM pada 18.10.2011.  Berikut adalah analisis tugasan i-NILAM yang telah dapat dihasilkan melalui perbengkelan sehingga jam 4.00 ptg.
(Maklumat Tambahan)
============================================= 
14 Okt : JUMLAH BUKU PSS MENGIKUT PECAHAN
Seperti yang ditaklimatkan melalui Taklimat Tatacara Pengurusan i-NILAM, PKGSR telah menyediakan borang berkaitan jumlah buku PSS yang boleh disalurkan oleh GPM/Penyelaras PSS.  Tuan/Puan boleh salurkan maklumat bila-bila masa sebaik sahaja mendapat jumlah yang terkini.

Sekian, terima kasih.
Borang Lamp.A Pind.2 Bil.2 / Borang Maklumat Jumlah Buku PSS
=============================================
14 Okt : MAKLUMAT PERALATAN MEDIA ELEKTRONIK
PKGSR sedang mengumpul dan mengemaskini data berkaitan peralatan media eloktronik.yang berada di sekolah-sekolah. GPM/Penyelaras PSS boleh salurkan maklumat berkaitan melalui Borang Lamp.A Pind.2 Bil.1 / Borang Maklumat Peralatan Media Elektronik secara online.


Sekian, terima kasih
=============================================
14 Okt : TAKLIMAT TATACARA PENGISIAN DATA i-NILAM

Aktiviti di atas akan diadakan untuk GPM dari sekolah-sekolah Kelompok PKGTM dan PKGSR.  pada 18 Oktober 2011 di PKGSR; Fokus utama ialah pengemaskinian data i-NILAM, iQ-PSS dan promosi perisian automasi melalui Tarantula.
Peserta diminta mendaftar menggunakan Borang Pendaftaran Peserta yang disediakan. Terima kasih.
(Maklumat Penuh)
=============================================
07 Okt : PESANAN BUKU REKOD BACAAN NILAM 2012
Pihak sekolah diminta untuk membuat tempahan buku rekod membaca NILAM 2012 menggunakan Borang A yang sedang diedarkan ke sekolah-sekolah negeri Perak.  Bagi mempercepatkan proses analisis tempahan di peringkat PKG tuan/puan boleh membuat pra-tempahan secara online.  Borang A yang bakal tuan/puan terima masih diperlukan untuk rekod tempahan secara rasmi.

Sekian, terima kasih
(Borang Pra-Tempahan)
=============================================
07 Okt : KUTIPAN DATA SPPICTS KE-2 PKGSR SELESAI 100%
 
Terima kasih kepada semua sekolah yang memberi komitmen membawa status kutipan data SPPICTS PKGSR selesai 100%.  Semoga komitmen cemerlang seperti ini dapat dikekalkan. Terima kasih.
(Perkembangan Status)
=============================================
06 Okt : BENGKEL UNTUK GPB DAN TAKLIMAT UNTUK GPM
Aktiviti berikut akan diadakan untuk GPM dan GPB dari sekolah-sekolah Kelompok PKGTM dan PKGSR:

1) Bengkel Penyelenggaraan PC untuk GPB/Guru ICT
2) Taklimat Tatacara Pengurusan i-NILAM untuk GPM/Penyelaras PSS

Peserta diminta mendaftar menggunakan Borang Pendaftaran Peserta yang disediakan. Terima kasih.

=============================================
06 Okt : SPPICTS PKGSR - STATUS SEHINGGA 06.10.2011
Terima kasih kepada semua sekolah yang memberi komitmen membawa status kutipan data SPPICTS PKGSR hampir ke penghujung 100%.   Status sehingga 9.00pg, 06.10.2011 ialah 95.83% dan cuma menunggu 3 lagi bidang untuk melengkapkan 100%.  Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung maupun secara tidak langsung.
=============================================
05 Okt : FESTIVAL FILEM PENDIDIKAN
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak mempelawa semua sekolah menengah dan sekolah rendah
menyertai Festival Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah Kali Ke-3. Penyertaan akan dinilai di peringkat negeri terlebih dahulu sebelum dihantar ke Festival Filem Digital Pendidikan Negeri Sabah Kali Ke-3 nanti.
(Maklumat penuh)
=============================================
05 Okt : TERIMA KASIH KEPADA RESPONDEN
Terima kasih kepada GPM/GPB dari sekolah-sekolah berikut kerana menghantar respon melalui borang kajiselidik yang disiarkan pada 22 September 2011.
     - GPB/Guru ICT            SJK(T) Ladang Kelapa Bali
     - GPB/Guru ICT            SK Seri Besout
     - GPM/Penyelaras PSS   SK Pos Tenau
     - GPB/Guru ICT            SK Pos Tenau
     - GPM/Penyelaras PSS   SJK(T) Slim River
     - GPM/Penyelaras PSS   SK Besout 3
     - GPM/Penyelaras PSS    SMK Dato' Zulkifli Muhammad
     - GPB/Guru ICT             SK Balun
=============================================

05 Okt : SPPICTS PKGSR - STATUS SEHINGGA 05.10.11
Terima kasih kepada pihak sekolah yang masih berusaha melengkapkan pengisian data SPPICTS.  Untuk mempastikan sekolah tuan/puan telah lengkap 100% pengisian data, tuan/puan boleh rujuk status kutipan data berakhir 05.10.2011, jam 8.30 pagi.  Terima kasih kepada 21/24 sekolah yang telah mencapai 100% selesai. Peratus keseluruhan ialah 87.50%.
=============================================

04 Okt : LATIHAN MBMMBI FASA 1 NEGERI PERAK
Latihan seperti di atas akan diadakan di SK Slim River untuk 20 sekolah yang terpilih dari daerah Batang Padang. Lima sekolah dari Kelompok PKGSR yang terlibat ialah SMKA, SMKS, SKSR, SKSV dan SKKS.
(Maklumat penuh)
=============================================
04 Okt : SPPICTS PKGSR - STATUS SEHINGGA 04.10.11
Sila rujuk status kutipan data berakhir 04.10.2011, jam 8.15 pagi untuk semakan tuan/puan.  Terima kasih kepada 21/24 sekolah yang telah mencapai 100% selesai. Peratus keseluruhan ialah 87.50%.
=============================================
03 Okt : AKTIVITI UNTUK GPM DAN GPB (Ruj.Siaran 27 Sept)
Aktiviti di bawah yang dirancang masih belum mendapat kelulusan. GPM dan GPB diminta mengikuti perkembangan status dari semasa ke semasa.  Terima kasih.
     1)   Bengkel Penyelenggaraan PC
     2)   Mesyuarat Pengurusan PSS untuk GPM/Penyelaras PSS
=============================================

03 Okt : SPPICTS PKGSR - STATUS SEHINGGA 03.10.11
Sila rujuk status kutipan data berakhir 03.10.2011, jam 3.30 petang untuk semakan tuan/puan.  Terima kasih kepada 18 sekolah yang telah mencapai 100% selesai.
=============================================
02 Okt : SENARAI CD DI PKGSR
PKGSR sedang menyenaraikan semula koleksi CD & DVD yang terdapat di PKGSR.  Pihak sekolah boleh berurusan dengan pihak PKG untuk pinjaman/rakam salin mana-mana bahan yang masih dalam keadaan baik.  Sila berhubung melalui telefon/emel sebelum hadir untuk pinjaman/tempahan.

(Senarai CD&DVD)
=============================================
28 Sept : SPPICTS PKGSR - STATUS SEHINGGA 28.09.11
Sila rujuk status kutipan data berakhir 28.09.2011, jam 6.30 pagi untuk semakan tuan/puan.  Terima kasih kepada 12 sekolah yang telah mencapai 100% selesai.
=============================================
27 Sept : AKTIVITI UNTUK GPM DAN GPB
PKGSR sedang menunggu kelulusan untuk dua aktiviti seperti di bawah untuk dilaksanakan.  GPM/Penyelaras PSS dan GPB/Guru ICT diminta mengikuti perkembangan kelulusan tersebut dan bersedia menghadiri aktiviti berkaitan.
     1)   Bengkel Penyelenggaraan PC
     2)   Mesyuarat Pengurusan PSS untuk GPM/Penyelaras PSS
=============================================
26 Sept : STATUS PENGUMPULAN DATA SPPICTS PKGSR
Sila rujuk status kutipan data berakhir 26.09.2011, jam 7.00 pagi untuk semakan tuan/puan.  Terima kasih kepada 11 sekolah yang telah mencapai 100% selesai.
=============================================
22 Sept : MOHON RESPON GPM & GPB
Kerjasama GPM & GPB untuk keberkesanan kutipan data SPPICTS dialu-alukan.  Sila respon melalui kajiselidik ini. Terima kasih.
=============================================
22 Sept : STATUS PENGUMPULAN DATA SPPICTS PKGSR
Status kutipan data sehingga 7.30 pg, 22.09.2011 masih sama seperti status pada 21.09.2011. Sekolah yang masih belum mula mengambil tindakan sila ambil perhatian. Terima kasih.
=============================================
21 Sept : PENDAFTARAN SEKOLAH UNTUK READS2011
Bagi sekolah-sekolah yang terpilih untuk terlibat dengan READS2011 sila daftar untuk melayakkan sekolah menerima sumbangan 50 naskah buku dari penganjur. Bagi Kelompok PKGSR sekolah yang telah dipilih ialah SK Aminuddin Baki.
=============================================
21 Sept : STATUS PENGUMPULAN DATA SPPICTS PKGSR
Terima kasih dan tahniah kepada 7 sekolah yang melengkapkan 100% pengisian data SPPICTS. Pencapaian keseluruhan sehingga jam 7.50 pg hari ini:
PKG Slim River    :  29.17% (7/24 sekolah)
PKG Negeri Perak : 19.41%. (211/1087 sekolah)

Sekolah yang telah selesai 100% :
     SK Kuala Slim
     SK Seri Besout
     SK Seri Besout
     SK Pos Tenau
     SJK(C) Ho Pin
     SJK(C) Chin Hua
     SJK(T) Slim River
=============================================
20 Sept : PROG.KEM MEMBACA 1 MALAYSIA (KM1M) 2011
Dimaklumkan Program KM1M 2011 akan berlangsung selama 1 minggu bermula 31 Oktober hingga 4 November 2011.  Semua sekolah adalah terlibat untuk program tersebut.  Pelancaran program akan dilakukan pada 2 November 2011 di SK Bukit Damansara, KL
Tema program KM1M 2011 ialah Pembacaan Pemangkin 1Malaysia
Sekian, terima kasih.
=============================================
20 Sept : STATUS PENGUMPULAN DATA SPPICTS PKGSR
Terima kasih dan tahniah kepada 6 sekolah yang melengkapkan 100% pengisian data SPPICTS. Pencapaian keseluruhan sehingga jam 2.00 ptg hari ini lalah 25%.
=============================================
05 Sept : NOTA UNTUK GPM
Sila klik PENGURUSAN KEWANGAN PSS dan SKT & CARTA GANTT GPM
untuk mendapatkan nota berkaitan.
============================================= 
15 Sept : KUTIPAN DATA SPPICTS KALI KE-2, 2011
Dimaklumkan bahawa kutipan data SPPICTS sedang dijalankan mulai 14 September 2011 dan akan berakhir pada 8 Oktober 2011.
Mohon kerjasama GPM dan GPB untuk menjayakan pengumpulan data tersebut dalam usaha KPM merancang dan melaksanakan pembangunan infrastruktur untuk pendidikan.
Sekian, terima kasih.
=============================================
06 Sept : PEMILIHAN T/NILAM & ANUGERAH T/NILAM DAERAH BP
Respon kepada beberapa pertanyaan dari pihak sekolah dimaklumkan maklumat berikut:
- Peserta tidak akan bermalam pada 07.09.11
- Guru Pengiring dibenarkan beredar setelah selesai Sesi Taklimat
- Tiada persembahan 'Ulasan Buku' untuk penilaian pada tahun ini.
=============================================
06 Sept : ANALISIS LANGGANAN SCH.BROADBAND DAERAH B/PADANG
Portal PPD berkaitan perkara di atas, bth: 05.09.2011 adalah dirujuk. Terima kasih kepada SK Ulu Slim dan SK Balun yang terawal menyalurkan maklumat bagi Kel.PKGSR. Mohon kerjasama GPM & GPB merujuk juga emel masing-masing dalam masa terdekat untuk menerima maklumat selanjutnya. Terima kasih.
=============================================
29 Ogo : TAKLIMAT & PENGEDARAN CD MBMMBI UNTUK SM DAERAH BP
Dimaklumkan bahawa aktiviti seperti di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh    : 29 September 2011
Hari      : Khamis
Masa      : 2.00 ptg
Tempat    : PKG Bidor
Keperluan : Komputer Riba
=============================================

29 Ogo : KUTIPAN DATA SPPICTS KALI KE-2, 2011
Dimaklumkan bahawa kutipan data di atas akan dilakukan mulai 11 September hingga 1 Oktober 2011. Proses kutipan data akan dilakukan secara online. GPM dan GPB diminta bersedia untuk proses memasukkan data mengikut tempoh yang ditetapkan.
=============================================
25 Ogo : PEMILIHAN TOKOH NILAM & MAJLIS ANUGERAH T/NILAM DAERAH B/PADANG
Dimaklumkan bahawa program seperti di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh             : 7-8 September 2011
Hari               : Rabu-Khamis
Pendaftaran        : 8.00 pg (7 September 2011)
Tempat             : PKG Tapah Road
Kategori Pemilihan : SR Bandar, SR L/Bandar, SM Bandar, SM L/Bandar
(Maklumat tambahan)
=============================================

25 Ogo: SALAM AIDIL FITRI 1432H

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT, SEMOGA BERGEMBIRA BERSAMA KELUARGA. MAAF ZAHIR BATIN DARI STAF PKGSR
=============================================
12 Ogo: PORTABLE H/DISK 500G @ RM99

Maklumat Lanjut
=============================================
05 Ogo: LAPORAN LADAP EDUWEB TV ver.2.0 2011
Pihak sekolah diminta menghantar laporan aktiviti seperti di atas untuk rekod dan analisis peringkat atasan. Sila hantar borangLaporan ke PKG berkaitan selewat-lewatnya pada 12 Ogos 2011 untuk tindakan selanjutnya. Sekian, terima kasih.
=============================================

04 Ogo: SALAM RAMADHAN

=============================================

01 Ogo: STATUS SSQS PKGSR 100% KUTIPAN 1/2011
Tahniah dan terima kasih kepada semua sekolah di bawah PKGSR yang berjaya membawa status 100% responden mengisi data. Semoga komitmen seperti ini dapat diteruskan untuk tugasan-tugasan yang mendatang.
Terima kasih.
=============================================
19 Sept : PKGSR DITUTUP 21-23 SEPTEMBER 2011
Pejabat PKGSR akan ditutup mulai 11 pagi, 21 September 2011 hingga 23 September 2011 kerana semua staf terlibat dengan tugas-tugas perkhidmatan di luar kawasan. Sebarang urusan boleh dilakukan melalui emel atau talian telefon.
Sekian, terima kasih.
=============================================
15 Sept : STATUS PEMBAYARAN CAJ TALIAN INTERNET
PKGSR telah menghantar laporan status pembayaran caj internet berdasarkan maklumat yang diterima dari pihak sekoah pada 14.09.2011. Sila semak makumat yang telah dilaporkan untuk laporan susulan bagi menyatakan perkembangan atau pembetulan sekiranya ada. Sekian, terima kasih.
=============================================


21 Jul: STATUS SSQS PKGSR BERAKHIR 21.07.11
Sekadar peringatan iaitu tarikh akhir pengisian data SSQS Negeri Perak ialah 24 Julai 2011. Talian dijangka sesak menjelang tarikh tutup. Terima kasih dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah capai 100% siap.

=============================================
20 Jul: STATUS SSQS PKGSR BERAKHIR 20.07.11
Sekadar peringatan iaitu tarikh akhir pengisian data SSQS Negeri Perak ialah 24 Julai 2011. Talian dijangka sesak menjelang tarikh tutup. Terima kasih dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah capai 100% siap.

=============================================
18 Jul: KAJIAN KEBERKESANAN PELAKSANAAN SSQS NEG.PERAK
Sukacita dimaklumkan bahawa BTPN Perak sedang menjalankan soal-selidik Kajian Kepuasan Pelanggan Mengenai Perlaksanaan SSQS 2011. Soal-selidik ini bermula pada Khamis, 14 Julai 2011 sehingga Khamis, 21 Julai 2011.

Soal-selidik ini amat diperlukan untuk memudahkan BTPN Perak menyuarakan sebarang kekangan yang dihadapi oleh semua sekolah KPM negeri Perak secara profesional dan berkesan.

Kerjasama dari pihak sekolah (Guru Penyelaras Bestari atau Guru ICT) untuk mengisi soal-selidik ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sila klik di sini untuk mula menjawab.
=============================================

30 Jun : PELANCARAN LARIAN 1M1S1M 2011
Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan majlis Pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia 2011 yang akan berlangsung pada 2 Julai 2011 di Padang Esplanade, Taiping, Perak.
Acara ini akan disiarkan secara Live Streaming melalui Portal EduwebTV di alamat www.eduwebtv.com mulai jam 7.30 sehingga 9.00 pagi.
Marilah kita saksikan acara bersejarah ini yang merupakan larian terbesar yang disertai oleh murid-murid sekolah yang pernah diadakan di negara ini.
Acara ini juga akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBR).
=============================================
29 Jun : PENARAFAN SSQS 2011 NEGERI PERAK

Penarafan SSQS 2011 bagi negeri Perak akan bermula 4 Julai - 24 Julai 2011. (Zon Utara/Timur)
Semua sekolah diminta dapat memberikan kerjasama yang terbaik agar pencapaian SSQS Negeri Perak dapat dipertingkatkan.
Penarafan SSQS boleh dilakukan melalui url:
http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/
=============================================
07 Jun: PENUTUPAN SEMENTARA SERVER SSQS
Dimaklumkan bahawa server SSQS sedang diselenggara untuk peningkatan tahap keselamatan. Server SSQS akan dibuka semula pada 9 Julai 2011.

Kerja-kerja mengisi data dijadualkan pada 14 Julai 2011 di PKGSR semasa bengkel.
Sementara itu pihak sekolah diminta menguruskan pengisian data menggunakan borang secara manual yang akan dirujuk semasa perbengkelan dijalankan.

Sehubungan itu peserta bengkel diminta membawa Notebook dan Borang Responden yang telah lengkap diisi untuk pengisian data.
=============================================
05 Jun: BENGKEL PENGISIAN DATA SSQS KEL.PKGSR
Berikut adalah Sasaran Tindakan Pengisian Data seperti yang telah ditaklimatkan kepada GPB/GICT.
Mulai 04 Julai 2011 :
- Pengisian data secara manual melalui instrumen
14 Julai 2011 :
- Bengkel Pengisian Data
Mulai 14 Julai 2011 :
- Pengisian data secara online
24 Julai 2011 :
- Tarikh akhir pengisian data SSQS secara online
(Maklumat penuh)
=============================================
18 Jul: STATUS SSQS PKGSR
Sekadar peringatan iaitu tarikh akhir pengisian data SSQS Negeri Perak ialah 24 Julai 2011. Terima kasih dan tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah capai 100% siap.

=============================================
26 Jun : BHN EDARAN BENGKEL PENGHASILAN FAIL TEGAK
Peserta Bengkel Pembinaan Fail Tegak Anjuran PKGSR dan PKGTM boleh memuat turun bahan-bahan edaran kursus seperti berikut:
- Bhn 1 : Nota Fail Tegak
- Bhn 2 : Kriteria Penghasilan Fail Tegak
- Bhn 3 : Borang Keratan Akhbar
- Bhn 4 : Muka Fail Tegak
- Bhn 5 : Tajuk Sisi Fail Tegak
=============================================
17 Jun : BENGKEL PEMBINAAN FAIL TEGAK
Bengkel seperti di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut:
* Tarikh : 28-29 Jun 2011
* Masa : 8.00 pg - 5.00 ptg
* Tempat : PKG Slim River
* Peserta : GPM / Penyelaras PSS Sekolah-sekolah Kelompok PKGSR
Keperluan : Ring file (4cm), surat khabar lama, cutting mat, pisau, alat tulis
=============================================
17 Jun : MESYUARAT JK PENGURUSAN PKGSR
Penetapan Mesyuarat JK Pengurusan PKGSR 2011:
Tarikh : 23 Jun 2011 (Tunda dari 22 Jun 2011)
Masa : 2.15 ptg
Tempat : PKG Slim River
Ahli : Pengetua & Guru Besar Sekolah Kelompok PKGSR
Turut Hadir : PPD Btg.Padang, KPP BTPN Perak
=============================================
17 Jun : TAKLIMAT PENGISIAN DATA SSQS 2011
Semua GPB & Guru ICT Sekolah-sekolah Daerah Batang Padang dijemput hadir untuk taklimat pengisian data SSQS seperti ketetapan berikut:
* Tarikh : 23 Jun 2011
* Masa : 2.30 ptg
* Tempat : SMK Tapah
* Peserta : GPB / Guru ICT
Kehadiran adalah wajib. Pengisian data secara online akan dibuat mulai 4 Julai 2011.
=============================================
09 Jun : SAMBUTAN HARI GURU DAERAH BTG.PADANG 2011
Tarikh : 16 Jun 2011
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River
Perasmi : YB Dato' Seri Ong Ka Chuan, SPMP., DPMP., PMP. Ahli Parlimen Tg.Malim
Raptai : 14 & 15 Jun - 2.00 ptg; 16 Jun 8.00 pg
=============================================
08 Jun : MESYUARAT JK PENGURUSAN PKGSR
Penetapan Mesyuarat JK Pengurusan PKGSR 2011:
* Tarikh : 22 Jun 2011
* Masa : 2.15 ptg
* Tempat : PKG Slim River
* Ahli : Pengetua & Guru Besar Sekolah Kelompok PKGSR
* Turut Hadir : PPD Btg.Padang, KPP BTPN Perak

Surat jemputan telah diedarkan ke sekolah-sekolah pada 07 Jun 2011.
=============================================
06 Jun : PERKHIDMATAN APLIKASI STS
Pesanan drpd
Unit Meja Bantuan
Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pendidikan, BTP
:

SEMPENA CUTI SEKOLAH INI, PIHAK UNIT MEJA BANTUAN, SEKTOR TMKP AKAN MENYENGGARA DATA DI STS BERMULA JAM 9.00 AM - 12.30 PM.

SEHUBUNGAN ITU, CAPAIAN KE STS AKAN MENJADI PERLAHAN ATAU TIADA CAPAIAN KE STS.

KERJASAMA DARI TUAN/PUAN AMATLAH DIHARGAI DAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

=============================================
27 Mei : SENARAI CD & VCD BTPN PERAK
PKGSR sedang mengedarkan bahan seperti di atas untuk sekolah-sekolah kelompok PKGSR. GPM/Wakil sekolah-sekolah boleh mengambilnya di PKGSR pada bila-bila masa waktu pejabat. Sekian, terima kasih.
=============================================
27 Mei : PENANGGUHAN MESYUARAT JK PENGURUSAN PKGSR 2011
Dimaklumkan bahawa mesyuarat seperti di atas yang dijadualkan pada 31 Mei 2011 di PKGSR terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Penangguhan terpaksa dilakukan kerana Semua Pengetua dan Guru Besar terlibat dengan Sambutan Hari Guru pada tarikh tersebut. Surat panggilan mesyuarat akan dikeluarkan semula dalam masa terdekat.
=============================================
26 Mei : SELAMAT BERCUTI
Selamat Bercuti kepada semua guru & murid. Semoga cuti kali ini dapat memberi sedikit kelegaan dan masa rehat bersama keluarga setelah sekian lama mengharungi tugas-tugas berat di sekolah. Adalah juga diharapkan kita dapat bertemu semula dengan semangat dan azam yang lebih kental dalam memikul amanah terhadap anak didik kita di sekolah.
=============================================
16 Mei : SELAMAT HARI GURU
Kami warga PKGSR merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru seluruh Malaysia khususnya dari Daerah Batang Padang atas jasa dan pengorbanan demi memartabatkan profesion keguruan. SELAMAT HARI GURU cikgu!
=============================================
11 Mei : SURAT EDARAN PKGSR KE SEKOLAH-SEKOLAH AHLI
Sukacita dimaklumkan terutama kepada GPM dan GPB bahawa PKGSR telah edarkan surat-surat berikut untuk perhatian dan tindakan:
1) Pencalonan Tokoh Nilam
2) Maklumat Asas Peralatan ICT
3) Pemantauan PKG-Sekolah

Sila abaikan perkara (1) dan (2) sekiranya sekolah tuan telah mengambil tindakan dalam perkara tersebut.

Sekian, terima kasih.
=============================================
07 Mei : PENCALONAN TOKOH NILAM
Dimaklumkan masih terdapat sekolah yang belum menghantar borang pencalonan Tokoh Nilam ke PKGSR. SEMUA sekolah perlu mencalonkan sekurang-kurangnya 1 orang pelajar. Sekiranya tiada langsung pelajar yang menepati syarat maka sekolah masih perlu mencalonkan pelajar yang terbaik dari kalangan pelajar Tingkatan 4 atau Tahun 5.

Sekiranya pihak sekolah masih juga tidak dapat mencalonkan mana-mana pelajar borang pencalonan hendaklah dikembalikan dengan pengesahan Pengetua/Guru Besar dengan kenyataan "Tiada Pencalonan".

Sekian, terima kasih.
=============================================
04 Mei : SPPICTGS - MAKLUMAT ASAS PERALATAN ICT SEKOLAH
Mohon kerjasama sekolah-sekolah untuk mengambil tindakan bagi perkara di atas untuk tindakan susulan PKGSR.

Sekian, terima kasih.
(Maklumat Penuh)
=============================================
27 Apr : MAKLUMAT PERKHIDMATAN SCHOOL BROADBAND 2011
Terima kasih kepada semua sekolah yang telah menyalurkan maklumat berkaitan ke PKG. Semoga maklumat permasalahan yang dikemukakan akan dirujuk dalam sesi perbincangan antara pihak atasan JPN/BTPN dengan ISP.

Sekian, terima kasih atas kerjasama.
(Maklumat Penuh)
=============================================
21 Apr : MAKLUMAT PERKHIDMATAN SCHOOL BROADBAND 2011
Mohon kerjasama sekolah-sekolah berikut untuk menghantar maklumat seperti tersebut di atas dengan kadar segera. Maklumat lengkap diperlukan untuk mesyuarat pihak tertinggi JPN dengan ISP (TM Bhd).
- SK Pos Tenau
- SK Besout 4
- SJK(T) Slim River
=============================================
20 Apr: TINDAKAN UNTUK SUPPORT TICKETING SYSTEM (STS)
1) Sila sertakan 11 maklumat asas semasa membuat aduan
2) Sila tutup tiket aduan kepada 'Closed' setelah selesai
penyelenggaraan

Terima kasih.
=============================================

15 Apr: SPPICTS PKGSR LENGKAP 100%
TERIMA KASIH & SYABAS kepada warga sekolah terutama GPB dan GPM yang telah melaksanakan tugas melengkapkan maklumat SPPICTS seterusnya melengkapkan SPPICTS dari sekolah-sekolah kelompok PKGSR sehingga 100%. Semoga semangat dan usaha gigih ini dapat diteruskan.

=============================================
12 Apr: KEPUTUSAN PENILANAN PSS CEMERLANG DAERAH B/PADANG
Tahniah kepada sekolah-sekolah yang memenangi bagi kategori masing-masing.


14 Apr: RANKING SPPICTS PKGSR 34/50

14 Apr: RANKING SPPICTS PKGSR 28/50

=============================================
13 Apr: STATUS PENCAPAIAN SPPICTS PKGSR
Terima kasih kepada Pentadbir, GPM, GPB dan warga sekolah yang telah melengkapkan data SPPICTS sehingga 91.67% hari ini. Hanya menunggu2 sekolah untuk mencapai 100% siap.

=============================================
12 Apr: 4 HARI LAGI UNTUK DATA SPPICTS
Kerjasama sekolah-sekolah yang belum selesai mengemaskini data SPPICTS sangat dipohon kerana tarikh akhir semakin hampir iaitu 16 April 2011. Talian dijangka semakin sesak. Terima kasih.

Status 12 Apr 2011; 10.00 mlm:
Lengkap = 18; Belum Lengkap = 6; Belum Mula = 0; Jum.Sekolah 24
(Lihat Status Penuh)
=============================================
07 Apr: PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT
Laporan kerosakan peralatan ICT melalui STS masih diguna pakai. Sila lapor mengikut format dan prosedur yang telah ditetapkan. Terima kasih.
(Maklumat penuh)
=============================================
06 Apr : STATUS MAKLUMAT SPPICTS
Terima kasih dan tahniah kepada 10 sekolah yang telah mengambil tindakan mengemaskini data online SPPICTS bagi kutipan pertama 2011. Kepada yang belum memulakan diingatkan tarikh akhir pengisian data adalah pada 16 April.
Seperti biasa kesesakan ke server SPPICTS dijangka akan sesak menjelang tarikh akhir pengisian data.
Sekian, terima kasih.
(Lihat Status)
=============================================
05 Apr : PENGESAHAN BILANGAN SEKOLAH YANG ADA PPKI
Berikut adalah senarai nama sekolah yang ada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Bagi sekolah yang mempunyai PPKI tetapi tidak dinyatakan dalam senarai , sila hubungi PKGSR dengan KADAR SEGERA.

1) SK SERI BESOUT
2) SK SLIM VILLAGE
3) SK AMINUDDIN BAKI

Sekian, terima kasih.
=============================================
05 Apr : ANALISIS B.INGGERIS UPSR 2010
Terima kasih dan tahniah kepada SEMUA sekolah kelompok PKGSR atas kerjasama menghantar dokumen seperti di atas dalam tempoh yang diberi. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan.
=============================================
30 Mac : KURSUS LAT.PENGGUNAAN EDUWEBTV VERSI 2.0
Adalah dimaklumkan bahawa kursus anjuran PKGSR tersebut akan dijalankan pada 6 April 2011 pada pukul 8.00 pg di Bilik Kuliah PKGSR. Peserta diminta untuk membawa laptop pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih.
=============================================
30 Mac : ANALISIS B.INGGERIS UPSR 2010
Mohon kerjasama sekolah-sekolah berikut untuk menghantar analisis keputusan UPSR 2010 ke PKG Slim River sebelum 31.03.2011.

-SK ULU SLIM
-SK SLIM VILLAGE
-SK SERI BESOUT
-SK POS BERSIH
-SK POS TENAU
-SJK (C) HO PIN
-SJK (C) CHIN HUA
-SJK (T) SLIM VILLAGE
-SJK (T) TROLAK

Penghantaran
borang analisis boleh dilakukan melalui email PKG iaitu: pkg_slim_river@moe.edu.my.
=============================================
22 Mac : PENILAIAN PSS CEMERLANG PERINGKAT DAERAH B/PADANG
Perhatian terutama kepada wakil-wakil PKGSR :
1) SMK DATO' ZULKIFLI MUHAMMAD
2) SK SLIM RIVER
3) SK KUALA SLIM

Penilaian akan dijalankan seperti jadual yang disertakan.

Sekian terima kasih.
=============================================
22 Mac : MESYUARAT UNTUK GPM DAN GPB
Mesyuarat berikut akan diadakan untuk GPM dan GPB seperti berikut:

Mesyuarat Pengurusan PSS untuk GPM/Penyelaras PSS
- Tarikh : 28 Mac 2011 (Isnin)
- Masa : 2.15 ptg
- Tempat : PKG SR

Mesyuarat Pengurusan ICT untuk GPB/Guru ICT
- Tarikh : 31 Mac 2011 (Khamis)
- Masa : 2.15 ptg
- Tempat : PKG SR
(Maklumat penuh)
=============================================
21 Mac : SEGERA - PEMBESTARIAN PUSAT AKSES NEGERI PERAK 2011
Mohon kerjasama SEMUA GURU PENYELARAS BESTARI (GPB) untuk melengkapkan maklumat melalui instrumen yang disediakan dengan kadar SEGERA. PKG diarahkan untuk menyalurkan ke pihak KPM sebelum 2.30 ptg, 21.03.2011.
Kerjasama tuan diucapkan ribuan terima kasih.
(Instrumen GPB)

=============================================
18 Mac : KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL MBMMBI 2011
Dimaklumkan PKG diarah untuk melaksanakan kajian seperti tersebut di atas. Mohon semua Sekolah Rendah Kelompok PKGSR melengkapkan borang kajian tersebut dan mengembalikannya ke PKGSR dalam bentuk hardcopy atau softcopy. Sekian, terima kasih.
(Instrumen MBMMBI)
=============================================
09 Mac (ULANGAN): PERMOHONAN BINA PUSAT AKSES SEKOLAH
Sekolah-sekolah yang belum dibekalkan Pusat Akses Sekolah (PuAS) boleh mengemukakan permohonan melalui PKG bagi tujuan pembinaan untuk tahun 2012 hingga 2015.
(Maklumat penuh)
=============================================

09 Mac : PEKELILING TATACARA PEROLEHAN ICT.
Merujuk Portal PPD BP bertajuk "SURAT PERINGATAN PEROLEHAN ICT TANPA KELULUSAN TEKNIKAL JAWATANKUASA ICT NEGERI JPN PERAK" bertarikh 15-03-2011 sila rujuk Pekeliling Am Bil.1/2009 sebagai panduan. Sekian, terima kasih.
(Lain-lain Pekeliling)
=============================================
09 Mac : PELAKSANAAN 1 BESTARINET.

1 BestariNet akan dilaksanakan di semua sekolah Malaysia mulai 2011
(Maklumat penuh)
=============================================
09 Mac : PERMOHONAN BINA PUSAT AKSES SEKOLAH
Sekolah-sekolah yang belum dibekalkan Pusat Akses Sekolah (PuAS) boleh mengemukakan permohonan melalui PKG bagi tujuan pembinaan untuk tahun 2012 hingga 2015.
(Maklumat penuh)
=============================================
07 Mac : KEPUTUSAN PENILAIAN PSS CEMERLANG
Berikut adalah keputusan bagi Penilaian PSS Cemerlang :

1) Kategori Sekolah Rendah Bandar :
* SK Slim River
2) Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar :
* SK Kuala Slim
3) Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar :
* SMK Dato' Zulkifli Muhammad
=============================================
01 Mac : MINGGU PENILAIAN PSS CEMERLANG
Berikut adalah tarikh dan nama sekolah yang terlibat dalam Penilaian PSS Cemerlang Kelompok PKGSR.
(maklumat lanjut)
=============================================
16 Feb : KRITERIA GPB - Guru Penyelaras Bestari (ITC)
Berikut adalah status GPB sekolah-sekolah.
(Maklumat lanjut)
============================================
02 Feb : ANUGERAH PSS CEMERLANG 2011
Portal PPD BP bertarikh 18.01.2011 adalah dirujuk:
Dimaklumkan bahawa SEMUA sekolah adalah terlibat untuk mengembalikan borang yang telah dilengkapkan kepada PKG masing-masing mengikut tempoh yang diberi. Pengumpulan borang-borang dari sekolah yang belum hantar masih dibuka sehingga 11 Februari 2011.
(Muat Turun Borang)
=============================================
31 Jan : SELAMAT TAHUN BARU CINA
Warga PKGSR mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga pendidikan kaum Cina yang akan merayakan perayaan tersebut...Semoga bergembira di samping keluarga dan rakan-rakan sekeliling...dan Selamat Bercuti...GONG XI FA CAI
=============================================
28 Jan : PENGEMASKINIAN DATA iQ-PSS 2010
Sekolah-sekolah yang belum selesai pengemaskinian data iQ-PSS 2010 diberi tempoh hingga 31 Januari 2011, jam 5.00 petang untuk melaksanakannya.
(Maklumat Penuh)
=============================================
27 Jan : PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET
Pihak sekolah diminta mengambil tindakan untuk penyambungan talian internet
(Maklumat lanjut)
=============================================
22 Jan : SUMBANGAN BAHAN BACAAN TAMBAHAN
Dapatkan Sumbangan bahan bacaan tambahan (BBT) PERCUMA.
(Maklumat Penuh)
=============================================
21 Jan : PROMOSI PERALATAN ICT
Dapatkan peralatan ICT dengan harga yang menarik di IT Fair.
(Maklumat Penuh)
=============================================
11 Jan : MAKLUMAT KURSUS ANJURAN BTPN 2011"
Permohonan dari GPM dan guru masih dibuka untuk menyertai kursus-kursus seperti di bawah.
1. Kursus Penjilidan dan Pembaikan Ringan
2. Kursus Jejak Maklumat
(Maklumat Penuh)
=============================================
11 Jan : MAKLUMAT ADSL BONDING 4 Mbps/768Kbps"
Bagi sekolah-sekolah yang memerlukan borang berkaitan sila dapatkan melalui pautan seperti berikut:
Br.Bonding Apr-Jun
Br.Bonding Jul-Sept
Br.Bonding Okt-Dis
=============================================
07 Jan : KEPUTUSAN MESY. "PENAMATAN PERKHIDMATAN SCHOOLNET"
Keputusan untuk tindakan sekolah akan diputuskan oleh Pengarah JPN. 'Road Show' akan diadakan untuk prosedur susulan.
(Maklumat Penuh)
=============================================
06 Jan : TINDAKAN SEKOLAH PENAMATAN PERKHIDMATAN SCHOOLNET
Ekoran arahan daripada KS, KPM berhubung perkara di atas, pihak BTP masih menunggu perkembangan arahan untuk tindakan selanjutnya. Sehingga kini BTPN Perak sedang mengambil inisiatif untuk menyalurkan maklumat sebagai panduan untuk sekolah bertindak.
(Maklumat Penuh)
=============================================
04 Jan : PENGALAMAN BARU ANAK DIDIK KITA

(Gambar lagi)
=============================================
03 Jan : PERMOHONAN MENYERTAI KURSUS ANJURAN BTPN
Guru-guru yang berminat untuk menghadiri kursus seperti di bawah diminta menghubungi PKGSR untuk dicalonkan sebagai peserta.
1. Kursus Penjilidan dan Pembaikan Ringan
2. Kursus Jejak Maklumat
=============================================
03 Jan : SELAMAT TAHUN BARU 2011
PKGSR mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua warga pendidik. Semoga tuan/puan bertambah energetic tahun ini, seterusnya membawa lebih kejayaan kepada semua. Mudah-mudahan tahun ini akan lebih bermakna dalam profesion dan hidup kita...
=============================================

Rabu, 15 Februari 2012

PEMILIHAN TOKOH NILAM 2012

Merujuk surat BTPN(PK-UPSP)8871/4/1 Jld.II(174) bertarikh 12 Jan.2012 yang telah diedarkan ke sekolah-sekolah pada 20 Jan.2012.

Takwim
- Peringkat Sekolah : 02-13 Apr 2012
- Peringkat PKG      : 14-25 Mei 2012
- Peringkat Daerah  : 18- 29 Jun 2012

Diminta GPM/Penyelaras PSS mula mengambil tindakan untuk penglibatan ke peringkat PKG mengikut tempoh yang diberi.

PEMANTAUAN PENGGUNAAN BHN DIGITAL MBMMBI

Berikut adalah beberapa maklumat tambahan berkatian dengan pemantauan di atas.

Tempoh Kajian
- 03 Feb.2012 hingga 23 Feb.2012


Sekolah Terlibat (Kel.PKG Slim River)
- SMK (F)Besout
- SMK Slim River
- SMK Agama Slim River
- SMK Dato' Zulkifli Muhammad

Responden
- Semua Guru BM Tingkatan 1
- Semua Guru BI Tingkatan 1
- Peserta Kursus MBMMBI di Bidor yang menerima CD MBMMBI

Sabtu, 11 Februari 2012

BENGKEL PSS ANJURAN BTPN 2012

Berdasarkan Mesyurat Penyelarasan Aktiviti di BTPN Perak berkaitan pelaksanaan bengkel berikut adalah maklumat terkini untuk dikongsi bersama:
1) Bengkel Pengurusan PSS akan dijalankan oleh PKG Daerah masing-
     masing, tidak akan dilaksanakan oleh BTPN.
2) Bengkel Jejak Maklumat : 12-15 Mac 2012
3) Bengkel Penjilidan : 23-26 April 2012


Senarai peserta yang dipilih belum diterima oleh PKG.  Justeru pemohon-pemohon diminta untuk mengikuti perkembangan maklumat dalam masa terdekat melalui blog ini.

Sekian, terima kasih.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP