Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 23 Jun 2016

PENYELENGGARAAN TV ASTRO

23 Jun 2016: PENYELENGGARAAN PERALATAN KAMPUS ASTRO.
Sukacita dimaklumkan pihak Astro akan melakukan kerja penyelenggaraan Kampus Astro di semua  sekolah bawah Kelompok PKGSR. Sehubungan dengan itu pihak sekolah diminta untuk menyediakan dan memastikan peralatan-peralatan berikut sedia ada untuk diselenggara oleh pihak Astro. Kerja-kerja penyelenggaraan akan berlaku dari 15 Jun hingga 22 Julai 2016.

1) Kad Pintar (Smart Card)
2) Set Dekoder
3) TV
4) Out Door Unit (ODU)

PKGSR diarah untuk hadir semasa berlakunya penyelenggaraan bagi memantau kerja-kerja penyelenggaraan.  Justeru pihak sekolah diminta menghubungi PKG Slim River semasa kehadiran pihak Astro.
 
Sila rujuk instrumen pemantauan penyelenggaraan sebagai panduan persediaan sekolah.

Kerjasama daripada warga sekolah amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
============================================

Rabu, 8 Jun 2016

BENGKEL PIE (ASAS FROG VLE)

08 Jun 2016: BENGKEL PIE (ASAS FROG VLE)
PKGSR akan laksanakan bengkel di atas seperti ketetapan berikut:
Tarikh  : 27 Jun 2016
Hari     : Isnin
Masa    : 2.00 ptg-5.00 ptg
Tempat : PKG Slim River

SASARAN
Dibuka untuk semua guru matapelajaran.  Keutamaan adalah bagi yang belum menguasai asas (beginners) penggunaan Frog VLE.

JUMLAH PESERTA
Jumlah peserta terhad kepada 20 orang sahaja. Justeru guru-guru yang berminat diminta untuk memohon melalui borang dalam talian untuk disenarai pendekkan.
Hanya seorang guru dari setiap sekolah yang akan disenaraikan sebagai peserta.  Nama guru dari sekolah yang sama akan dimasukkan dalam senarai peserta menanti/menunggu (reserve list) dan akan dijemput sekiranya terdapat kekosongan.

MAKAN-MINUM
Tiada makan minum disediakan untuk bengkel ini.

KEPERLUAN BENGKEL
Komputer Riba:ID Frog (Guru)
Broadband/dongle (jika ada)
Nota & maklumat-maklumat berkaitan PdP

KERJA KURSUS
Peserta diwajibkan menghantar bahan bukti hasil kerja bengkel setelah selesai berbengkel.

Sekian, terima kasih.
============================================

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP