Dikuasakan oleh Blogger.

Isnin, 31 Disember 2012

ARKIB LAMAN UTAMA 2012

10 Dis : Kutipan Maklumat ICT/Verifikasi
PKG Negeri Perak diarah untuk membuat verifikasi maklumat ICT yang telah dikumpul di BTP.  Sehubungan itu PKGSR akan hadir ke sekolah-sekolah seperti jadual yang disediakan untuk mengumpul serta membuat verifikasi maklumat yang diperlukan.   Mohon kerjasama pihak sekolah bersedia dengan kehadiran Pengetua/Guru Besar (atau PK) serta GPB/GICT untuk maklumat dan verifikasi tersebut.

Sekian, terima kasih.
=============================================
14 Nov : LAPORAN KM1M & READS2012
PKGSR telah hantar Laporan KM1M berdasarkan penerimaan laporan dari sekolah-sekolah seperti berikut:
Sekolah Rendah
SK Ulu Slim, SK Seri Besout, SK Besout 4, SK Besout 5, SK Pos Bersih, SKSlim River, SK Kuala Slim, SJKC Ho Pin, SJKT Slim River, SJKT Slim Village, SJKT Trolak, SJKT L.Kelapa Bali, SJKT Ldg Cluny
Sekolah Menengah
SMKS, SMKDZM

Laporan dari sekolah-sekolah yang tercicir dari senarai di atas masih diperlukan untuk laporan susulan PKGSR pada 16 November 2012.

Sekian, terima kasih.
=============================================
08 Nov : KAJIAN PELUASAN FROG VLE
PKG Negeri Perak sekali lagi diarah untuk menghubungi sekolah untuk memberi maklum balas berkaitan program Frog VLE.  Sekolah-sekolah di bawah Kelompok PKGSR adalah seperti berikut:

1) Sekolah Champion (Borang SC)
    1.1)  SK Balun

2) Sekolah Bukan Champion (Borang BSC)
    2.1)  SJK(T) Trolak
    2.2)  SMK Slim
    2.3)  SK Ulu Slim
    2.4)  SK Besout 4
    2.5)  SK Besout 5
    2.6)  SK Pos Bersih
    2.7)  SK Pos Tenau 
    2.8)  SJK(T) Ladang Kelapa Bali
    2.9)  SJK(T) Ladang Cluny

Kajian ini melibatkan seorang responden dari setiap sekolah iaitu sama ada:

Pengetua/ Guru Besar atau Penolong Kanan/ Guru Kanan atau Admin Frog VLE atau mana-mana guru bagi pihak sekolah berkenaan.

Sekian, terima kasih.
=============================================
07 Nov : KAJIAN LEASING (PAJAKAN/SEWAAN) PERALATAN ICT
Bahagian Teknologi Pendidikan sedang menjalankan kajian leasing (pajakan/sewaan) peralatan ICT ke BTP/BHG KPM/BTPN/PTPB/PKG/JPN/PPD/ SEKOLAH.  Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap perkhidmatan peralatan ICT secara sewaan.  Hasil maklum balas ini akan menjadi input untuk menambah baik inisiatif memanfaatkan penggunaan ICT berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Sehubungan itu, kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Kajian ini melibatkatn 2 responden dari setiap sekolah iaitu:
1) GPB (atau mana-mana guru)
2) Pentadbir (Pengetua/Guru Besar/PK/GK)

Sekian, terima kasih.
=============================================
07 Nov : SALAM AKHIR TAHUN
Terima kasih kepada semua pihak terutama GPM/Penyelaras PSS, GPB/Guru ICT dan JTK sekolah-sekolah Kelompok PKGSR atas kerjasama dan komitmen tinggi yang diberikan sepanjang tahun 2012 terhadap pengurusan dan program di bawah PKGSR.  Dengan berakhirnya mesyuarat untuk GPM dan GPB pada 5 dan 6 Nov 2012 yang lalu maka selesailah aktiviti PKGSR tahun 2012.  Semoga kejayaan dan kegagalan yang telah kita lalui sepanjang tahun ini menjadi panduan/sempadan untuk kita di masa-masa akan datang.

PKGSR juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Bercuti kepada warga pendidik. 

Sekian, Jumpa Lagi di Tahun 2013, Syabas dan Terima Kasih.
=============================================
02 Nov : PENARAFAN KENDIRI PSS : iQ-PSS
Dimaklumkan bahawa akses ke aplikasi iQ-PSS telah ditutup pada 31 Oktober 2012.  Ini bererti kerja-kerja kemasukan data/penarafan tidak boleh lagi dibuat oleh pihak sekolah.  Status pencapaian PSS bagi tahun 2012 akan berdasarkan status berakhir 30 Nov.2012.

Sekian, terima kasih.
=============================================
29 Okt : MESYUARAT PENGURUSAN PSS & ICT
Mesyuarat seperti di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut
1)   Aktiviti : Mesyuarat Pengurusan PSS untuk GPM
       Sasaran : GPM/Penyelaras PSS
       Tarikh   : 05 November 2012 (Isnin)
       Masa     : 2.15 petang
       Tempat  : PKG Slim River

2)   Aktiviti : Mesyuarat Pengurusan ICT untuk GPB
       Sasaran : GPB/Guru ICT
       Tarikh   : 06 November 2012 (Selasa)
       Masa     : 2.15 petang
       Tempat  : PKG Slim River
            
Pengisian utama mesyuarat ialah pelaporan aktiviti dan pra-perancangan aktiviti 2013

Sekian, terima kasih.
=============================================
23 Okt : BENGKEL PENGISIAN DATA iQ-PSS & i-NILAM
Bengkel seperti di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut:
       Tarikh  : 29 Oktober 2012 (Isnin)
       Masa    : 2.00 petang
       Tempat : PKG Slim River
Kepada 12 sekolah yang terlibat sila bawa bersama dokumen berkaitan serta komputer riba untuk pengisian data semasa berbengkel.

Sekian, terima kasih.
=============================================
19 Okt : PENCALONAN GPB DAN STATUS TARIKH LANTIKAN
Mohon kerjasama tuan untuk mengenal pasti status lantikan Guru Penyelaras Bestari sekolah masing-masing bagi urusan pelantikan Guru Penyelaras Bestari sekolah-sekolah Negeri Perak.
Sila Lengkapkan maklumat di dalam borang Status Lantikan GPB di bawah PKG Slim River Sebelum 22 Oktober 2012 (Isnin).

Sekian, terima kasih.
=============================================
17 Okt : PENCALONAN GPM
Terdapat beberapa orang GPM yang masih belum menerima surat lantikan sebagai GPM.  Antara sebab tidak menerima surat lantikan adalah kerana tiada permohonan dibuat.  Bagi yang belum menerima surat lantikan sila hantar Borang Pencalonan ke BTPN Perak (alamat seperti di bawah) dan salinan ke PKGSR.
            Ketua Penolong Pengarah
            Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak
            Jalan Tawas Baru Utara
            Tasek Damai
            30010 Ipoh
            (U.P.: Unit Pengurusan Sumber Pendidikan)
   
Sekian, terima kasih.
=============================================
15 Okt : MAKLUMAT MEDIA & KAMPUS ASTRO
GPM diminta untuk menyalurkan status terkini maklumat Media untuk tujuan rekod 2012.  Sila gunakan borang online untuk tujuan tersebut.

Sekian, terima kasih.
(Rekod Media)
(Rekod Kampus Astro) 
=============================================
11 Okt : PENGEMASKINIAN DATA iQ-PSS & i-NILAM
Mohon kerjasama 4 sekolah yang masih belum mengambil tindakan bagi aplikasi seperti di atas untuk memulakan pengisian data KADAR SEGERA.  Maklumat laporan telah diteliti oleh pihak PPD dan dijangka akan diambil tindakan dalam masa terdekat.  Sebarang pertanyaan sila hubungi PKGSR.

Sekian, terima kasih.
(Maklumat Lanjut)
=============================================
11 Okt : LATIHAN FROG VLE FASA 2, KOHORT 2
Latihan Frog VLE seperti di atas akan diadakan untuk sekolah-sekolah kelompok PKG SR, PKG TM dan PKG Sungkai pada 11-13 Oktober 2012 sepertimana ketetapan maklumat dari Portal PPD bertarikh 10 Oktober 2012.
Tujuh sekolah dari Kelompok PKGSR terlibat dalam latihan tersebut.

Sekian, terima kasih.
=============================================
02 Okt : PESANAN BUKU REKOD BACAAN NILAM 2013
Pihak sekolah diminta untuk membuat tempahan buku rekod membaca NILAM 2013 menggunakan Borang A yang sedang diedarkan ke sekolah-sekolah negeri Perak.  Bagi mempercepatkan proses analisis tempahan di peringkat PKG tuan/puan boleh membuat pra-tempahan secara online.  Borang A yang bakal tuan/puan terima masih diperlukan untuk rekod tempahan secara rasmi.

Sekian, terima kasih.
(Borang Pra-Tempahan)
=============================================
 28 Sept : LAWATAN PENANDA ARAS PSSC DIBATALKAN
PKGSR memohon maaf atas kegagalan lawatan seperti di atas.  Semua prosedur telah ditepati kecuali kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri Perak gagal diperolehi.  Perbincangan dan rundingan terakhir ialah dengan pihak PPDBP jam 11.30 pagi.  PKGSR sebagai JK Penganjur terpaksa akur dengan prosedur yang telah ditetapkan.

Sekali lagi MAAF ATAS PEMBATALAN tersebut.

Sekian, terima kasih.
===========================================
27 Sept : DATA iQ-PSS & i-NILAM
Data terkini iQ-PSS dan i-NILAM berakhir 30 September akan dibentangkan dalam mesyuarat dengan PPD BP pada 9.00 pg, Jumaat, 5 Oktober 2012.  Mohon kerjasama GPM bagi mengemaskini maklumat yang diperlukan sebelum analisis dibuat.

Sekian, terima kasih.
===========================================
27 Sept : ANUGERAH PENGURUSAN PELAKSANAAN PROG.NILAM
Tahniah kepada sekolah-sekolah terpilih untuk mewakili PKGSR: 
- SMK (Felda) Besout
- SMK Slim
- SJK(C) Chin Hua
- SJK(T) Slim River

Sila muat turun borang untuk dilengkapkan.  Hantar borang dalam bentuk folio ke PKGSR pada/sebelum 5 Oktober 2012.
Sekian, terima kasih.
===========================================
25 Sept : SN.PENUH PESERTA LAWATAN PENANDA ARAS PSSC
Berikut adalah senarai penuh pendaftaran sehingga 11.30 pg, 25 September 2012 untuk rujukan semua pihak.

Sila ikuti maklumat selanjutnya dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
===========================================
24 Sept : PENANGGUHAN AKTIVITI PKGSR
Dimaklumkan bahawa SEMUA AKTIVITI PKGSR seperti berikut DITANGGUHKAN
- Bengkel Penghasilan Bhn Media (24-25 Sept)
- Khidmat Bantu PSS di SK Balun (26-27 Sept)
- Khidmat Bantu ICT di SK Slim Village (2-3 Okt)
- Bengkel Fail Pengurusan PSS (8-9 Okt) 

Mohon kerjasama semua pihak untuk memanjangkan maklumat di atas kepada rakan sejawat yang terlibat.
Sekian, terima kasih.
(Maklumat Penuh)
============================================ 
14 Sept : LAWATAN PENANDA ARAS PSS
Maklumat terbaru berkaitan status tindakan dan permohonan:
1) Telah dapat persetujuan/selesai:
     - SK Taman Jana, Syarikat Bas, Pembekal Makanan,
       Permohonan LO
2) Masih dalam proses:
     - Kelulusan Kewangan
     - Surat Panggilan drpd PPD (Setelah Lulus LO)
(Maklumat Penuh) 
============================================ 
14 Sept : SUMBANGAN UNTUK PENGLIBATAN READ2012
2 sekolah telah dicalonkan oleh BTPN menjadikan kesemuanya 5 sekolah yang terlibat dengan Program READ2012.  Lain-lain sekolah sehingga kini akan terlibat dengan KM1M, namun boleh menghubungi PKGSR jika berminat untuk menyertai READ2012.
(Maklumat Penuh) 
============================================ 
13 Sept : SUMBANGAN UNTUK PENGLIBATAN READ2012
Sekolah-sekolah yang terlibat dengan READ 2012 berpeluang menerima sumbangan Kit READ2012 dan/atau 50 buku dari Scholastic.  3 buah sekolah telah dicalonkan oleh PKGSR manakala 2 lagi oleh BTPN.  Pihak sekolah boleh muat turun panduan bagaimana melaksanakan aktiviti tersebut. 
(Maklumat Penuh) 
============================================ 
30 Ogos : PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS (Pindaan)
Program Khidmat Bantu PSS akan jalankan seperti ketetapan berikut:
     Tarikh   : 26-27 September 2012
     Hari      : Rabu-Khamis
     Masa     : 2.15 ptg
     Tempat  : PSS SK Balun
     Peserta  : GPM/Penyelaras PSS Sekolah-sekolah Kel.PKGSR
(Maklumat Penuh) 
============================================ 
28 Ogos : BENGKEL PEMURNIAN FAIL PENGURUSAN PSS
Bengel seperti di atas akan jalankan seperti ketetapan berikut:
     Tarikh   : 08-09 Oktober 2012
     Hari      : Isnin-Selasa
     Masa     : 2.00 ptg - 4.30 ptg
     Tempat  : PKGSR
     Peserta  : GPM/Penyelaras PSS Sekolah-sekolah Kel.PKGSR&PKGTM
(Maklumat Penuh) 
============================================ 
28 Ogos : PROGRAM MEMBACA KM1M & READ2010
KPM dengan kerjasama Scholastic Malaysia akan sekali lagi melaksanakan Program Kem Membaca (KM1M) 2012 dan READ 2012 One Nation Reading Together.  Pelancarannya akan diadakan pada 24 Oktober 2012.
(Maklumat Penuh) 
============================================ 
27 Ogos : LAWATAN PENANDA ARAS PSS
Aktiviti lawatan seperti di atas akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
     Tarikh   : 01 Oktober 2012
     Hari      : Isnin
     Masa     : 7.30 pg - 5.00 ptg
     Tempat  : SK Taman Jana, Taiping
     Peserta  : GPM Sekolah-sekolah Kel.PKG Daerah BP
(Maklumat Penuh) 
============================================
16 Ogos : STATUS PENARAFAN SSQS
Status sehingga 16.08.2012; 5.00 ptg
Tahniah kepada semua sekolah kelompok PKGSR atas kejayaan menyelesaikan tugasan dengan capaian 100% siap.  Semoga usaha gigih yang ditunjukkan akan berterusan demi kecemerlangan agenda KPM.

Perkembangan Status Yang Lalu 
============================================ 
13 Ogo : PENARAFAN KENDIRI iQ-PSS  & DATA i-NILAM
Laporan iQ-PSS dan i-NILAM berakhir 30 Ogos 2012 akan dibentangkan ke PPD semasa perjumpaan awal September ini.  Mohon kerjasama GPM/Penyelaras PSS yang masih belum ambil tindakan melalui aplikasi Tarantula untuk memasukkan maklumat penarafan dan data.

Sekian, terima kasih.
============================================
03 Ogos : PEMANTAUAN PUSAT AKSES SEKOLAH
Berikut adalah tarikh tentatif bagi pemantauan PuAS bagi sekolah-sekolah yang terilibat.
Borang Analisis dan Instrumen PuAS boleh dimuat turun untuk persediaan atau panduan pihak sekolah.
============================================
03 Ogos :JADUAL KESELURUHAN PEMANTAUAN PKG-SEKOLAH
Berikut adalah Jadual Pemantauan dan Khidmat Bantu yang telah dan akan dijalankan untuk rujukan pihak sekolah.  Tarikh yang tertera merupakan tarikh tentatif kerana pegawai terlibat dengan pelbagai program lain di luar kawasan.  Jadual akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


 Sekian, terima kasih.
============================================ 
01 Ogos : PEMANTAUAN PKG-SEKOLAHDimaklumkan bahawa pemantauan PKG-Sekolah berkaitan PSS, ICT dan Teknologi Pendidikan akan disambung dalam masa terdekat ini.  Jadual pergerakan akan dimuat naik untuk rujukan pihak sekolah.  Sila maklumkan kepada PKG sekiranya tarikh yang dicadangkan tidak sesuai dengan aktiviti sekolah pada hari-hari berkenaan.

Sekian, terima kasih.
============================================
26 Jul : PENARAFAN KENDIRI iQ-PSS  & DATA i-NILAMDiingatkan semula kepada GPM/Penyelaras PSS yang belum melaksanakan penarafan kendiri PSS melalui iQ-PSS dan menghantar maklumat data Nilam melalui i-Nilam untuk berbuat demikian.

Untuk makluman pelaksanaan mengisi maklumat juga dipantau oleh pihak KPM.  PPD dan JPN akan merujuk data terkini terutama berkaitan Status Program Nilam melalui sistem dalam talian tersebut.

Sekian, terima kasih.
============================================
21 Jul : PENGISIAN DATA PENARAFAN SSQS
Ekoran daripada permasalahan server SSQS minggu lepas dimaklumkan perkara-perkara berikut:
1) SEMUA sekolah hendaklah mengisi semula data penarafan mulai
    18 Julai 2012
     - Ruj. Surat drpd Pengarah JPN dan Surat drpd Pengarah BTP
2) No.Tag berkemungkinan berubah-ubah dalam tempoh 15hb-18hb
    - menyebabkan data yang dihantar tidak masuk ke sistem
    - Pastikan responden menggunakan senarai terkini
3) Status penarafan oleh sekolah akan dimuat naik untuk rujukan
    dari semasa ke semasa
    - Sila hubungi PKG sekiranya terdapat sebarang keraguan
 ============================================ 
16 Jul : PENARAFAN SSQS DISAMBUNG SEMULA
Dimaklumkan bahawa server SSQS didapati kembali berfungsi seperti sediakala sejak jam 10.40 pagi tadi.  Sekolah-sekolah yang belum selesai membuat penarafan boleh meneruskan penarafan sepertimana yang diarahkan.  Sekian, terima kasih.
============================================
10 Jul : KEPUTUSAN PEMILIHAN T/NILAM DAERAH B/PDG 2012
a) Kategori SM Bandar
    - Tharanitharaan a/l/ Ganesan
       SMK Methodist, Tg.Malim
       (PKG Tanjong Malim)

b) Kategori SM Luar Bandar
    - Nurul Aqilah binti Hamizan
       SMK (F)Besout
       (PKG Slim River)
c) Kategori SR Bandar
    - Fatin Nadirah binti Sazali
       SK Pendita Zaaba, Tapah
       (PKG Tapah Road)
d) Kategori SR Luar Bandar
    - Nurul Amirah Ainnaa binti Abdul Wahab
       SK Temoh
       (PKG Temoh)
=============================================

10 Jul : PENILAIAN PSS CEMERLANG NEGERI PERAK 2012
Tahniah kepada SMK Slim, Slim River kerana berjaya mewakili PKGSR bagi kategori SM Luar Bandar bagi tahun 2012.  Semoga persiapan dan persediaan rapi yang telah dibuat membuahkan hasil yang cemerlang seterusnya mengharumkan nama sekolah dan PKGSR amnya. ============================================
22 Mei :KURSUS TEKNIKAL & PENGKOMPUTERAN
Sedang berlangsung sekarang ialah kursus seperti di atas di PKG Sungkai bermula 21 Mei dan akan berakhir pada 23 Mei.  Seramai 26 orang Juruteknik Komputer dari sekolah-sekolah sekitar Daerah Batang Padang menghadiri kursus tersebut.
[Sesi QA...
[Lihat Respon...]
=============================================
18 Mei : KEPUTUSAN PSS CEMERLANG KEL.PKGSR
[Maklumat tambahan...]
=============================================
24 Sept : SENARAI PESERTA LAWATAN PENANDA ARAS PSSC
Berikut adalah senarai pendaftaran sehingga 4.50 ptg, 24 September 2012 untuk rujukan semua pihak.  Guru-guru yang telah mendaftar tetapi namanya tidak tertera dalam senarai diminta menghubungi PKG masing-masing untuk pengesahan.
Hanya tinggal 1 tempat kosong untuk permohonan.
Sekian, terima kasih.
============================================ 
27 Ogos : BENGKEL PEMBINAAN BAHAN MEDIA
Bengkel seperti di atas akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
     Tarikh   : 18, 24, 25 September 2012
     Hari      : Selasa, Isnin, Selasa
     Masa     : 8.00 pg - 4.30 ptg
     Tempat  : PKGSR
     Peserta  : Guru Mata Pelajaran Sekolah Kelompok PKGSR
(Maklumat Penuh) 
============================================ 
27 Ogos : BENGKEL TATACARA PELUPUSAN PERALATAN ICT
Bengkel seperti di atas akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
     Tarikh   : 29-30 Ogos 2012
     Hari      : Rabu-Khamis
     Masa     : 2.00 ptg - 4.30 ptg
     Tempat  : PKGSR
     Peserta  : GPB/GICT Sekolah Kelompok PKGSR & PKGTM
(Maklumat Penuh) 
============================================ 
15 Ogos : SEMAKAN STATUS PENARAFAN SSQS
Untuk tujuan pengesahan 2 sekolah terlibat menjelang tarikh tutup penarafan dalam talian Status sehingga 15.08.2012; 1.30 ptg ialah seperti berikut:
- SMKS : 59 responden; 95.16%
- SMKFB : 45 responden72.58%
============================================ 
15 Ogos : SEMAKAN STATUS PENARAFAN SSQS
Untuk tujuan pengesahan 3 sekolah terlibat menjelang tarikh tutup penarafan dalam talian Status sehingga 15.08.2012; 11.45 pg ialah seperti berikut:
- SKSR : 61 responden; 98.39%
- SMKS : 59 responden; 95.16%
- SMKFB : 45 responden72.58%
============================================ 
15 Ogos : SEMAKAN STATUS PENARAFAN SSQSUntuk tujuan pengesahan 5 sekolah terlibat menjelang tarikh tutup penarafan dalam talian Status sehingga 15.08.2012; 11.45 pg ialah seperti berikut:
- SMV : 61 responden; 98.39%
- SKSR : 60 responden; 96.77%
- SMKS : 59 responden; 95.16%
- SKUS : 59 responden; 98.39%
- SMKFB : 45 responden72.58%
============================================ 
10 Jul : STATUS SSQS SEHINGGA 10.07.2012 11.30 PG
Sekolah-sekolah diingatkan untuk beri perhatian terhadap JUMLAH RESPONDEN yang perlu terlibat.

=============================================

10 Jul : MAKLUMAN DARI ADMIN SSQS, KPM (Jam 11.30 pg)
Petikan daripada Portal SSQS:
" PERHATIAN
   Penangguhan kutipan data penarafan Smart School

   Qualification Standards (SSQS) 2012 sehingga 
   16 Julai 2012 atas masalah teknikal di luar jangkaan.
   Segala kesulitan amat dikesali. "

============================================
10 Jul : STATUS SSQS SEHINGGA 10.07.2012 8.45 PG
 
Tahniah dan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang telah dan sedang berusaha menguruskan penarafan SSQS bagi sekolah-sekolah kelompok PKGSR.
Sekolah-sekolah diingatkan agar mengisi mengikut kuota Jumlah Responden yang ditetapkan oleh KPM.  Kegagalan menepati tatacara tersebut akan mengakibatkan pengstrukturan semula jumlah responden sekolah terbabit.
=============================================

7 Jun : PENGOPERASIAN PKGSR PADA 13-14 JUN 2012
PKGSR akan ditutup pada 13-14 Jun 2012 kerana perkara-perkara berikut:
-  PTP & JTK bertugas di Politeknik Sultan Azlan Shah untuk
   Majlis Sambutan Hari Guru
-  PT menghadiri Kursus Integriti di BTPN
Diharap pihak sekolah tidak akan berurusan dengan PGKSR sepanjang tempoh tersebut.
Sekian, terima kasih.
(Rekod Pergerakan Staf)
=============================================

16 Mei : SELAMAT HARI GURU
Sempena tema hari guru tahun ini Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara, semoga semua guru dapat menyelami tema yang diberikan dan sentiasa sukses & cemerlang dalam menjalankan tugas. Staf PKGSR mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru.

TERIMA KASIH CIKGU...
[tq kepada pengirim ucapan]
=============================================


16 Apr : PINDAAN JADUAL PENILAIAN PSS CEMERLANG
Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan berikut adalah jadual terkini Penilaian PSS Cemerlang bagi sekolah-sekolah yang terlibat.
=============================================
14 Mei : MAKLUMAT GPM & PSS
Terima kasih kepada semua yang telah membantu menyalurkan maklumat.  Namun masih terdapat 7 sekolah yang perlu mengemaskini borang untuk dikumpul dan dibuat analisis.  Dapat kiranya tuan/puan semak status, seterusnya isi semula maklumat melalui BORANG online yang disediakan.

Sekian, terima kasih.
=============================================

11 Mei : MAKLUMAT GPM & PSS
Mohon kerjasama GPM dan Penyelaras PSS salurkan maklumat melalui BORANG yang disertakan selewat-lewatnya 14 Mei 2012 untuk tindakan PKG. Sila semak status respon setelah maklumat  dihantar.

Sekian, terima kasih.
=============================================
11 Mei : KURSUS TEKNIKAL & PENGKOMPUTERAN
Dimaklumkan bahawa surat panggilan dan jadual kursus seperti di atas telah diedarkan untuk tindakan Juruteknik Komputer (JTK) bagi sekolah-sekolah yang terlibat.  Mohon JTK berkenaan DAFTAR & SAHKAN penerimaan maklumt ini.  Sekian, terima kasih. 
=============================================
11 Mei: 'LOST & FOUND' [ULANGAN 15 Feb]
Sebuah bekas air minuman berwarna biru, jenama Tupperware dijumpai tertinggal di premis ini pada 13 Feb.2012.  Terdapat 3 aktiviti sedang berjalan di PKG pada hari tersebut dengan penglibatan 50 peserta.  Pemilik barang tersebut/wakil boleh hadir dan menuntutnya pada bila-bila waktu pejabat.
Barang yang tidak dituntut selepas 3 bulan akan dianggap tidak dikehendaki lagi oleh pemiliknya.
Sekian, terima kasih.
=============================================
07 Mei : PEMBESTARIAN SEKOLAH ORANG ASLI
Untuk makluman, program Out Reach Pembestarian dan Pembestarian Sekolah Orang Asli yang dilaksanakan oleh Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Perak, akan bersiaran di TV1 pada 7 Mei 2012, jam 8.35 pagi, dalam slot Selamat Pagi Malaysia. Selamat Menonton.
============================================= 
07 Mei : PEMBESTARIAN SEKOLAH ORANG ASLI
Untuk makluman, program Out Reach Pembestarian dan Pembestarian Sekolah Orang Asli yang dilaksanakan oleh Unit Perkhidmatan ICT, BTPN Perak, akan bersiaran di TV1 pada 7 Mei 2012, jam 8.35 pagi, dalam slot Selamat Pagi Malaysia. Selamat Menonton.
============================================= 
18 Apr : MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN PuAS
Sekolah-sekolah yang mempunyai Pusat Akses Sekolah (PuAS) diharap dapat mengoptimumkan penggunaan PuAS.  Laporan berkaitan aktiviti serta keberkesanannya akan diminta selewat-lewatnya bulan Jun ini.  Perlu juga diingatkan bahawa peruntukan GPB dan JTK ke sekolah-sekolah adalah berkaitan dengan pembekalan PuAS.
=============================================
17 Apr : DVD FORUM & PENILAIAN INDIVIDU TOKOH NILAM 2011
Sekolah-sekolah yang berminat untuk memperoleh bahan seperti di atas boleh menghubungi mana-mana PKG berdekatan untuk tempahan.  Bahan yang dimuatkan ialah rakaman video aktiviti Forum SM & SR serta Penilaian Individu SR Penilaian Tokoh Nilam Peringkat Negeri Perak 2011.
=============================================
30 Mac : MINIT & DOKUMEN MESYUARAT J/KUASA PKGSR
PKGSR sedang mengumpul dokumen mesyuarat terutama minit mesyuarat seperti di bawah untuk diserahkan kepada Pengerusi sebelum diedarkan kepada ahli mesyuarat.
1) Mesyuarat Pengurusan PSS Utk GPM Bil.1/2012
2) Mesyuarat Pengurusan ICT Utk GPB Bil.1/2012
3) Mesyuarat JK Pengurusan PKGSR Bil.1/2012
4) Mesyuarat JK Kerja Pembangunan PSS Bil.1/2012
5) Mesyuarat JK Kerja Teknologi MaklumatBil.1/2012
6) Mesyuarat JK Kerja Latihan & Penghasilan Bil.1/2012
7) Mesyuarat JK Kerja Sosial & Kebajikan Bil.1/2012

Setiausaha bagi semua mesyuarat seperti di atas diminta untuk menghantar minit mesyuarat ke PKGSR selewat-lewatnya pada 20 April 2012 untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih. 
=============================================
29 Mac : 'LOST & FOUND' - DIARI & DOKUMEN PENTING Sebuah diari berserta dokumen penting peribadi telah diambil secara tidak sengaja oleh ahli mesyuarat JK Kerja Pembangunan PSS pada 19 Mac 2012 di PKGSR baru-baru ini.  Mohon kerjasama guru yang terambil bahan tersebut untuk memulangkannya di PKGSR atau menghubungi terlebih dahulu PKGSR (05-4528309 / 012-3593975) atau Pn.Ummi Ridha 016-6989987.

Kerjasama dan keperihatinan semua pihak bagi mendapatkan kembali bahan tersebut sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih. 
=============================================
26 Mac : TAHNIAH JK KERJA PKGSR
Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua JK Kerja PKGSR yang telah berjaya melaksanakan tugas menjalankan mesyuarat JK Kerja pada 19-22 Mac dengan jayanya.  Komitmen Pengerusi, S/usaha dan AJK menggambarkan kesungguhan semua pihak dalam merealisasikan fungsi PKG ke arah 'Dari Guru Untuk Guru'.  Semoga usaha seperti ini dapat kekalkan.

Sekian, terima kasih. 
=============================================
21 Mac : PERGERAKAN STAF PKGSR
Beberapa panggilan telah diterima berkaitan urusan sekolah-PKG baru-baru ini.  Untuk makluman PTP PKG sedang menghadiri mesyuarat di BTPN mulai 19 Mac hingga 22 Mac, manakala JTK menghadiri kursus Multi-SEAT di SMKFB pada 19-21 Mac.  Sila rujuk pada 'navigation bar' PERGERAKAN STAF untuk lihat pergerakan lain.

Sekian, terima kasih. 
=============================================
21 Mac : RALAT: JADUAL PENILAIAN PSS CEMERLANG PKGSR
[Ruj: Maklumat bth: 15 Mac 2012]
Dimaklumkan bahawa penglibatan PTP PKGSR di luar kawasan pada 24-31 Mac 2012 telah ditunda ke satu tarikh yang belum diputuskan pada bulan April.  Sehubungan itu semua maklumat yang disiarkan melalui ruang tersebut adalah terbatal.

Sekian, terima kasih. 
=============================================
15 Mac : JADUAL PENILAIAN PSS CEMERLANG PKGSR
PTP PKGSR dijangka bertugas di luar kawasan pada 24-31 Mac 2012. Sehubungan itu mana-mana sekolah yang terlibat dengan tarikh seperti di atas diharap dapat bersedia untuk penilaian pada bila-bila masa bulan April.  Bagaimanapun pihak sekolah yang terlibat akan dihubungi semula sebelum tarikh baru penilaian.

Sekian, terima kasih. 
=============================================
15 Mac : CONTOH AGENDA MESYUARAT JK KERJA PKGSR
Pengerusi-pengerusi JK Kerja boleh menggunakan contoh agenda seperti yang disertakan sebagai panduan untuk menjalankan mesyuarat JK masing-masing.  Sebarang pindaan boleh dilakukan jika difikirkan lebih sesuai.

Sekian, terima kasih. 
=============================================
07 Mac : TAHAP CAPAIAN KE SESAWANG STS Sempena cuti sekolah mulai 10-18 Mac 2012 ini, pihak Unit Meja Bantuan Sektor TMKP akan menyenggara data di STS bermula 9.00 pg hingga 12.30 t/hari.  Sebuhungan itu capaian ke STS akan menjadi perlahan atau tiada capaian.
[Sumber: Unit Meja Bantuan Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan]
=============================================
16 Feb : HADIAH TOKOH NILAM & ANUGERAH PSS CEMERLANG
Hadiah pemenang peringkat kebangsaan bagi aktiviti tersebut di atas adalah seperti berikut:

Anugerah Tokoh NILAM (Sekolah Rendah dan Menengah)
- Tokoh NILAM - RM2000.00, Piala, Sijil dan Bhn Bacaan utk sekolah
- Kedua               - RM1500.00 dan sda
- Ketiga               - RM1000.00 dan sda
- Saguhati            - 2 x RM200.00

Anugerah PSS Cemerlang (Sekolah Rendah dan Menengah)
- Pertama             - RM10,000.00, Piala, Sijil dan Bhn Bacaan utk sekolah
- Kedua                - RM8,000.00 dan sda
- Ketiga                - RM5,000.00 dan sda
- Saguhati             - 2 x RM1,000.00
=============================================
15 Feb : MESYUARAT PENYELARASAN DAN PENGURUSAN
PKG sedang berurusan dengan BTPN dan PPD untuk menjalankan beberapa mesyuarat seperti di bawah.  Sila rujuk surat panggilan yang bakal menyusul untuk pengesahan tarikh dan waktu.
 
=============================================

15 Feb : JADUAL PENILAIAN PSS CEMERLANG KEL.PKGSR 2012
=============================================
15 Feb : PEMILIHAN TOKOH NILAM 2012
Merujuk surat BTPN(PK-UPSP)8871/4/1 Jld.II(174) bertarikh 12 Jan.2012 yang telah diedarkan ke sekolah-sekolah pada 20 Jan.2012.
Takwim
- Peringkat Sekolah : 02-13 Apr 2012
- Peringkat PKG      : 14-25 Mei 2012
- Peringkat Daerah  : 18- 29 Jun 2012

Diminta GPM/Penyelaras PSS mula mengambil tindakan untuk penglibatan ke peringkat PKG mengikut tempoh yang diberi.  
=============================================

14 Feb : PEMANTAUAN PENGGUNAAN BHN DIGITAL MBMMBI

Perhatian kepada sekolah-sekolah berikut:
SMK Slim River                            SMK (F)Besout
SMK Agama Slim River                 SMK Dato' Zulkifli Muhammad

Merujuk Portal PPDBP berkaitan perkara di atas bertarikh 03 Feb.2012 dimaklumkan bahawa masih terdapat sekolah yang belum memberi respon terhadap kajian tersebut. Mohon kerjasama agar guru mata  pelajaran BM dan BI Tingkatan 1 mengisi aplikasi MBMMBI di laman sesawang http://175.145.14.201/upimform/mbmmbikajian/ selewat-lewatnya 23 Februari 2012.

Sekian, terima kasih.

(Maklumat Tambahan)
=============================================
11 Feb : PENGURUSAN i-NILAM DAN iQ-PSS
GPM yang menghadapi masalah Pengurusan Online i-NILAM diharap dapat menghubungi PKG untuk khidmat bantu, seterusnya melengkapkan rekod bulanan mulai Januari 2012.  Selain itu aplikasi online  iQ-PSS juga boleh diakses untuk penarafan kendiri mulai sekarang.

Statistik analisis terkini akan dimuat naik dari semasa ke semasa untuk semakan sekolah-sekolah.

Sekian, terima kasih.
=============================================
11 Feb : BENGKEL PSS ANJURAN BTPN PERAK
Bengkel Pengurusan PSS akan dijalankan di peringkat Daerah manakala Bengkel Jejak Maklumat dan Bengkel Penjilidan akan dijalankan oleh BTPN pada bulan Mac dan April

(Maklumat Penuh)
=============================================
30 Jan : MAKLUMAT GPM/PENYELARAS PSS 2012
PKGSR telah dihubungi oleh beberapa wakil sekolah berkaitan pertukaran GPM.  Sehubungan itu mohon kerjasama GPM/Penyelaras PSS yang baru untuk menyalurkan maklumat ringkas peribadi untuk kemaskini rekod serta kelicinan pengurusan PKGSR.

(Borang Maklumat)
=============================================
30 Jan : PERMOHONAN KURSUS PSS ANJURAN BTPN PERAK
Dimaklumkan permohonan kursus seperti yang disiarkan pada 28 Disember 2011 telah ditutup.  Senarai nama pemohon yang telah dipanjangkan adalah seperti berikut:

=============================================

20 Jan : SENARAI PEMOHON KURSUS PSS ANJURAN BTPN PERAK
Pemohon akan dihubungi setelah kelulusan diterima dari BTPN Perak untuk mengikuti perkembangan maklumat seterusnya.

=============================================
12 Jan : TINDAKAN PEMILIHAN ISP UNTUK TALIAN INTERNET[KHUSUS UNTUK DAERAH BATANG PADANG SAHAJA]
Pihak sekolah diminta untuk tidak menghubungi mana-mana ISP untuk langganan sepertimana yang diarahkan sebelum ini. JPN Perak telah menguruskan langganan untuk semua sekolah negeri Perak. 

(Maklumat Penuh)
=============================================
12 Jan : ANUGERAH PSS CEMERLANG 2012
JPN Perak akan menganjur  Anugerah PSS Cemerlang Negeri Perak 2012.  Penyertaan SEMUA sekolah di peringkat PKG adalah wajib. Terdapat 4 kategori untuk dipertandingkan seperti berikut:
    1)  Kategori SR Bandar
    2)  Kategori SR Luar Bandar
    3)  Kategori SM Bandar
    4)  Kategori SM Luar Bandar
(Baca lagi...)
=============================================
10 Jan : SINDIKET PENIPUAN MENGGUNAKAN NAMA SEKTOR ICT
Portal PPDBP : "Sejak akhir-akhir ini terdapat sindiket penipuan menyamar sebagai pegawai dari Sektor ICT JPN menelefon sekolah untuk mendapatkan butir-butir syarikat Komputer dan Kontraktor Pembersihan.  Pemanggil dipercayai lelaki Melayu, menyamar sebagai En.Fauzi."

Rujuk Portal PPDBP, bth 08.01.2012 untuk artikel sepenuhnya.
=============================================
06 Jan : SENARAI PEMOHON KURSUS PSS SEHINGGA 06.01.2012
 
============================================= 
05 Jan : TINDAKAN PEMILIHAN ISP
Sekolah-sekolah di bawah Kelompok PKGSR diminta untuk tidak menghubungi terus BTPN Perak seperti yang disiarkan dalam Portal PPDBP dalam mendapatkan maklumat berkaitan perkara seperti di atas.  Sebaliknya memadai pihak sekolah menghubungi PPD atau PKG bagi memberi laluan kepada BTPN menangani perkara-perkara mengikut keutamaan.

Untuk makluman maklumat berkaitan ISP tersebut adalah dari KPM dan diturunkan ke JPN.  Seterusnya JPN akan salurkan maklumat ke PPD.

(Baca lagi...)
=============================================

Selasa, 11 Disember 2012

JADUAL KUTIPAN MAKLUMAT/VERIFIKASI

[11.12.2012] - Pindaan
 

 =======================================
[10.12.2012]

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP