Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 30 Jun 2010

SIJIL KURSUS ASAS PENGURUSAN PSS

Dimaklumkan sijil untuk peserta-peserta kursus anjuran BTPN Perak yang telah dijalankan di BTPN Perak pada 17-20 Mei 2010 diterima oleh PKGSR untuk diedarkan.

Tuan/Puan atau wakil tuan/puan boleh hadir ke PKGSR pada bila-bila waktu pejabat untuk mengambilnya. Sila buat pengesahan sebelum hadir untuk mempastikan staf PKGSR berada di pejabat semasa kehadiran tuan/puan.

Berikut adalah senarai peserta yang mana sijil mereka berada di PKGSR.





Nama Peserta Sekolah
Adila bt Abdul Manan SMK Slim
Noraini bt Osman SMK Dato' Zulkifli Muhammad
Norizan btt Adnan SMK Felda Besout
Rohaiza bt Rahmad SM Vokasional Slim River
Norhasimah bt Ismail SK Seri Besout
Zamzurina bt Mansor SK Besout 4
Zali Azuar b Abdul Rahman SK Pos Bersih


Sekian, terima kasih.

Selasa, 29 Jun 2010

LAPORAN PEMASANGAN KAMPUS ASTRO

Dimaklumkan beberapa sekolah masih belum memaklumkan status pemasangan Kampus Astro yang melibatkan pembekalan serta instalasi peralatan.

Pihak sekolah perlu menghantar laporan tersebut menggunakan Lampiran L/UPIM ke PKG Slim River sebaik sahaja menerima peralatan serta instalasi di sekolah masing-masing.

Untuk makluman tuan, pihak pembekal akan menghantar TV LCD dan Standee pada peringkat pertama manakala baki peralatan yang termasuk ODU, decoder, Sim Card, remote control dsb untuk penghantaran kedua. Penghantaran kedua akan disusuli dengan setting untuk penerimaan isyarat yang membolehkan Kampus Astro berfungsi.

Sekian, terima kasih.


Lihat

Status Laporan Oleh Sekolah

Rabu, 16 Jun 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU DAERAH BTG.PADANG

Maklumat Majlis:
Tarikh23 Jun 2010
HariRabu
Masa2.30 ptg
TempatDewan MRSM Felda Trolak
PerasmiTn.Hj.Mohd Radzi bin Abdul Jabar, AMN., AMP.
Pengarah Pelajaran Perak
Raptai21 & 22 Jun 2010

Selasa, 15 Jun 2010

SAMBUTAN HARI GURU

SAMBUTAN HARI GURU

Ahad, 13 Jun 2010

KUTIPAN DATA SPPICTS KALI KE-2

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pengisian SPPICTS bagi Bil 2/2010 akan bermula pada 20 Jun 2010 dan dijangka ditutup pada 9 Julai 2010.

2. Semua PKG diarah membantu pihak sekolah dalam pengisian maklumat bagi memastikan data yang dimasukkan adalah tepat dan benar.

3. Sekolah-sekolah yang bermasalah dengan sambungan internet boleh hadir ke mana-mana PKG pada waktu pejaatt untuk mengakses ke internet bagi mengisikan data tersebut.

4. Untuk makluman tuan/puan pengisian data SPPICTS Bil 1/2010 bagi seluruh negeri Perak adalah 95.76%(1038 Sekolah).

5. Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua sekolah yang telah memberikan kerjasama dalam mencapai peratus tersebut walaupun menghadapi masalah teknikal dan sebagainya. Diharap bagi pengisian SPPICTS Bil 2/2010 Negeri Perak akan berjaya 100 % pengisian.

Sekian dimaklumkan.
Terima kasih.

Sabtu, 12 Jun 2010

SALAM SEJAHTERA

Latar Belakang
Mantan PTP1, Tn.Hj.Zakaria telah berpindah ke SK Proton City manakala jawatan PTP2 belum diisi sejak awal tahun 2010. Pertengahan Mei 2010 FT17 pula bertukar ke sektor swasta seterusnya meninggalkan hanya PT N17 untuk menguruskan PKGSR seorang diri. Keperluan mengisi kekosongan perlu dilakukan kadar segera untuk mengurus PKGSR. Memandangkan PKG Tanjung Malim mempunyai staf yang secukupnya berjumlah 4 orang PTP1 atau PTP2 perlu digerakkan ke PKGSR

Pengurusan Online
Blog PKG Slim River mula dibina hari ini bagi membantu mempelbagai kaedah pengurusan PKG khususnya secara online. Semoga pendekatan ini dapat membantu warga pendidikan khususnya PKGSR serta sekolah-sekolah ahlinya.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP