Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 28 Disember 2011

BORANG PERMOHONAN KURSUS

MAKLUMAT AKTIVITI

Rabu, 14 Disember 2011

MP5 - MAKLUMAT PENGUNJUNG/PESERTA

Selasa, 29 November 2011

Isnin, 14 November 2011

RISIKO BANJIR - KESELAMATAN PERALATAN

=======================================

Sehubungan dengan itu diminta kerjasama pihak sekolah untuk melaporkan kepada PKG masing-masing sebarang kerosakan/kehilangan harta kerajaan di bawah pengelolaan PSS dan ICT yang berlaku akibat bencana alam termasuk kebakaran, tanah runtuh dsb.

Terima kasih.

Jumaat, 11 November 2011

LAPORAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA DAN READS

Mohon kerjasama semua GPM untuk menghantar laporan aktiviti Kem Membaca 1 Malaysia yang telah dilaksanakan pada 31Okt - 04 Nov 2011 ke PKG Slim River untuk tindakan susulan.  Laporan hendaklah disertakan dengan (Lampiran B) .

PKG sebagai urus setia diarah untuk mengumpul laporan dari sekolah-sekolah untuk semakan dan penghantaran ke peringkat negeri.

Berikut adalah sekolah-sekolah di bawah PKGSR yang telah menghantar laporan menggunakan (Lampiran B) .
     1) SK Seri Besout
     2) SK Slim River
     3) SJK(C) Ho Pin
     4) SJK(C) Chin Hua
     5) SJK(T) Slim River

Sekian, terima kasih.

Selasa, 1 November 2011

KOLEKSI CD & DVD DI SEKOLAH

Isnin, 31 Oktober 2011

BORANG MAKLUMAT PESERTA (BMP3)

Isnin, 24 Oktober 2011

BR MBMMBI - MAKLUMAT MAKMAL

Jumaat, 21 Oktober 2011

KURSUS MAKMAL BAHASA UNTUK MBMMBI FASA 1


Kursus di atas sedang berlangsung di 8 pusat latihan seluruh negeri Perak bagi guru-guru BM dan BI manakala 4 lagi pusat untuk pegawai-pegawai.

Di SK Slim River 18 orang guru BM SR sekitar daerah Batang Padang telah hadir pada 20 Oktober.  Kursus disambung untuk lagi 18 orang guru BI SR pada hari ini.  Kursus akan berakhir pada hari Isnin, 24 Okt. untuk 18 GPB/JTK.

Rabu, 19 Oktober 2011

JUMLAH BUKU PSS

TERIMA KASIH GPM PKGSR


[21.11.2011]
Terima kasih dan tahniah kepada semua GPM/Guru Penyelaras PSS yang telah melengkapkan penarafan iQ-PSS sekolah masing-masing.  Status pencapaian akan dijadikan asas data melalui pelaporan ke semua pihak yang berkaitan.  Penambahbaikan akan diusahakan dengan bantuan PKG dalam penarafan seterusnya.  Diharap semua GPM/GPPSS akan mengambil bahagian dalam 'Pendekatan Kolaborasi' demi memartabatkan PSS masing-masing.

Sekian, terima kasih
================================

[19.10.2011]
Terima kasih kepada semua GPM/Penyelaras PSS yang telah hadir Taklimat Tatacara Pengurusan i-NILAM & iQ-PSS pada 18 Okt. Melalui perbengkelan hands-on dan perbincangan isu-isu/masalah semasa jelas menunjukkan pertemuan dan pendekatan kolaboratif sangat membantu. Pengumpulan data/maklumat serta sebaran semula maklumat amat diperlukan. Justeru usaha seperti ini harap dapat diteruskan agar fungsi dan peranan GPM/Penyelaras PSS dapat dilihat dengan lebih jelas.

Pihak PKG akan berusaha buka lebih banyak peluang melalui blog ini untuk GPM & GPB menyuarakan isu/masalah/pandangan agar kita berupaya bekerja mengikut landasan yang selari. Adalah diharapkan GPM & GPB mengikuti perkembangan demi perkembangan dan melibatkan diri dalam perbincangan ini.

Sekian, terima kasih GPM & GPB.

Jumaat, 14 Oktober 2011

MAKLUMAT PERALATAN MEDIA ELEKTRONIK

TAKLIMAT TATACARA PENGURUSAN i-NILAM

Maklumat Tambahan:
Atas beberapa pertanyaan dari pihak sekolah berikut adalah maklumat tambahan yang mungkin dapat membantu atau dikongsi bersama:
     - Fokus utama bengkel ialah mengemaskini pengisian data i-NILAM
       secara online.  Mana-mana sekolah yang masih menghadapi
       masalah akan diselesaikan pada hari tersebut.
     - Masalah utama yang mungkin dihadapi oleh sekolah termasuk
       tidak dapat login, tidak dapat import senarai murid/naik darjah,
       tidak dapat pindahkan jumlah buku dari tahun lepas, dsb.
     - Sekolah yang tiada masalah dengan i-NILAM akan mengemaskini
       data iQ-PSS.  Segala permasalahan berkaitan akan dibincang cara
       mengatasinya.
     - Satu slot memperkenalkan automasi akan diadakan; termasuk
       penggunaan perisian tarantula. Adalah diharapkan agar sekolah
       menghantar guru yang terlibat dengan pengurusan i-Nilam dan
       iQ-PSS supaya mereka mendapat manfaat dari bengkel tersebut.
     - Walaubagaimana pun sebaik mungkin GPM/Penyelaras PSS
       sendiri dijemput hadir kerana kemahiran di atas perlu dikuasai
       oleh GMP/Penyelaras PSS.

Sekian, terima kasih.

[Siaran 06 Okt] 
Taklimat di atas akan diadakan di PKG Slim River seperti ketetapan berikut:
     -  Tarikh    : 18 Oktober 2011
     -  Hari       : Selasa
     -  Masa     : 8.30 pg - 4.30 petang
     -  Sasaran  : GPM/Penyelaras PSS Sekolah-sekolah Kel.PKGSR
                        GPM/Penyelaras PSS Sekolah-sekolah Kel.PKGTM
     -  Peralatan : Komputer riba, modem broad band, ext.power cable
     -  Bahan     : Data terkini Bacaan NILAM
                        Data SMM terkini (jika sekolah belum muat naik 
                            nama pelajar)

Surat panggilan sedang diuruskan oleh pihak PPD Batang Padang.  Peserta boleh mendapatkan salinan surat tersebut semasa taklimat sekiranya tidak menerimanya di sekolah.  Sila hubungi PKGSR di talian 05-4528309 untuk sebarang pertanyaan.

Sekian, terima kasih.

Borang Pendaftaran Peserta

Khamis, 6 Oktober 2011

BORANG PESANAN BUKU REKOD BACAAN NILAM 2012

BORANG PENDAFTARAN

BENGKEL PENYELENGGARAAN PC

Bengkel di atas akan diadakan di PKG Slim River seperti ketetapan berikut:
     -  Tarikh    : 11-12 Oktober 2011
     -  Hari       : Selasa-Rabu
     -  Masa     : 8.30 pg - 4.30 petang
     -  Sasaran  : GPB/Guru ICT Sekolah-sekolah Kel.PKGTM & PKGSR
     -  Peralatan : Computer Tool Kit (Pemutar skru, test pen, dsb)

Surat panggilan sedang diuruskan oleh pihak PPD Batang Padang.  Peserta boleh mendapatkan salinan surat tersebut semasa taklimat sekiranya tidak menerimanya di sekolah.  Sila hubungi PKGSR di talian 05-4528309 untuk sebarang pertanyaan.

Sekian, terima kasih.
 
Borang Pendaftaran Peserta

Rabu, 5 Oktober 2011

STATUS

=========================================
SPPICTS Kutipan Ke-2, 2011

Status : 8.00 pg; 07.10.2011
 
Status : 9.00 pg; 06.10.2011

Status : 8.30 pg; 05.10.2011

Status : 8.15 pg; 04.10.2011 


 Status : 3.30 ptg; 03.10.2011

 Status : 2.15 ptg; 03.10.2011


Status : 6.30 pg; 28.092011

 Status : 7.00 pg; 26.092011

 Status : 7.50 pg; 21.092011 
Status : 2.00 ptg; 20.092011
=========================================
Laporan Prg.NILAM Berakhir 31 Mac 2011
=========================================
i-NILAM
=========================================
iQ-PSS
=========================================
SSQS
=========================================
LAPORAN KAMPUS ASTRO/TVLCD/BENGKEL EDUWEBTV
=========================================

Selasa, 4 Oktober 2011

LATIHAN MBMMBI FASA 1 NEGERI PERAK

Untuk makluman awal berikut adalah di antara 20 sekolah dari daerah Batang Padang yang telah disenaraikan untuk menghadiri latihan seperti di atas. 
1) SK Kuala Slim
2) SK Slim Village
3) SK Slim River
4) SMK Slim
5) SMKA Slim River

Latihan akan dijalankan di SK Slim River.  Peserta dari setiap sekolah terlibat ialah dari kalangan Juruteknik Komputer, GPB/Guru ICT, Guru B.Melayu dan Guru B.Inggeris.

Surat panggilan atau makluman berkaitan latihan akan diedarkan oleh urus setia melalui pos atau portal PPD.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 27 September 2011

BENGKEL PENYELENGGARAAN PC & MESYUARAT UNTUK GPM

PKGSR & PKGTM sedang dalam proses mendapatkan kelulusan untuk menjalankan 2 aktiviti seperti di bawah.  Sehingga kini kelulusan belum diterima kerana kekangan peruntukan.  Sekiranya diluluskan pihak penganjur akan mendapatkan pula surat panggilan dari PPD. 

1) Aktiviti    : Bengkel Penyelenggaraan PC
    Tarikh     : 4-5 Oktober 2011
    Tempat   : PKGSR
    Sasaran   : GPB/Guru ICT
    Pengisian :

2) Aktiviti    : Mesyuarat Pengurusan PSS untuk GPM
    Tarikh     : 10 Oktober 2011
    Tempat   : PKGSR
    Sasaran   : GPM/Penyelaras PSS
    Pengisian : Mesyuarat; Bengkel Pengurusan iQ-PSS & i-NILAM

Sehubungan dengan itu GPM dan GPB diharap dapat mengikuti perkembangan status permohonan, seterusnya bersedia untuk menghadiri aktiviti tersebut.

Sekian, terima kasih.



Khamis, 22 September 2011

RESPON SPPICTS KUTIPAN KE-2, 2011

Khamis, 15 September 2011

Khamis, 25 Ogos 2011

PEMILIHAN T/NILAM & MAJLIS ANUGERAH T/NILAM DAERAH BP 2011





Tarikh7-8 September 2011 (Tidak Bermalam)
HariRabu-Khamis
Masa8.00 pg
TempatPKG Tapah Road
KategoriSR Bandar, SR L/Bandar, SM Bandar, SM L/Bandar
Wakil PKGSRSK Slim River, SJK(C) Chin Hua, SJK(T) Slim River, SMK (F)Besout, SM Slim, SMK Agama SR
Wakil PKG SungkaiSK Sungkai, SK C/Sulaiman, SK Trolak (U), SK Trolak (S) SMK Trolak, SMK Trolak (S)
Wakil PKGTM....
Wakil PKG Bidor....
Wakil PKG Tapah Rd.....
Wakil PKG Temoh....
PenilaianProsedur Penilaian mengikut format baru, iaitu berdasarkan format peringkat Negeri dan Kebangsaan

Rabu, 20 April 2011

DIREKTORI

PPD Btg.Padang
- Pejabat : 05-4011363

BTPN Perak
- Pejabat : 05-2924933 / 05-2924955

Pusat Kegiatan Guru
- PKG Tanjong Malim : 05-4598145
- PKG Slim River : 05-4528309
- PKG Sungkai : 05-4387514
- PKG Bidor : 05-4343377
- PKG Tapah Road : 05-4181588
- PKG Temoh : 05-4199022

TM Bhd
- Help Desk TM Bhd : 1-800-22-7722
- En.M.Amran Marzuki (IT & Tekno.Rangkaian Perak) : 013-3368686
- En.Hassan Ismail (Sektor Kerajaan N.Perak) : 013-3502013
- En.Ismail M.Nasir ( IT & Rangkaian Tapah) : 013-5288012
- En.Rosli Din (Customer Service) : 013-5281969

Isnin, 21 Mac 2011

MESYUARAT UNTUK GPM DAN GPB

Mesyuarat Pengurusan PSS untuk GPM/Penyelaras PSS
- Tarikh : 28 Mac 2011 (Isnin)
- Masa : 2.15 ptg
- Tempat : PKG SR
- Pengisian : Perancangan Aktiviti 2011
- Pengurusan aplikasi online i-Nilam
- Sasaran : GPM / Penyelaras PSS (PKGSR & PKGTM)

Mesyuarat Pengurusan ICT untuk GPB/Guru ICT
- Tarikh : 31 Mac 2011 (Khamis)
- Masa : 2.15 ptg
- Tempat : PKG SR
- Pengisian : Perancangan Aktiviti 2011
- Inisiatif ICT
- Taklimat & Tunjukcara Pembinaan Bahan Multimedia
- Sasaran : GPM / Guru ICT

* Perhatian kepada GPM dan GPB : Sila bawa laptop pada mesyuarat tersebut

Rabu, 9 Mac 2011

PERMOHONAN PUSAT AKSES SEKOLAH 2012-2015

KEPERLUAN PERMOHONAN PUSAT AKSES SEKOLAH (PuAS)

BTP sedang buka permohonan untuk pembinaan PuAS di sekolah-sekolah mulai 2012 hingga 2015. Sekolah-sekolah yang belum mempunyai PuAS diminta untuk mengemukakan permohonan melalui PKG.

Sekolah yang ingin memohon untuk diwujudkan PuAS perlu memenuhi beberapa perkara iaitu:

1) Ada capaian internet

2) Ada bilik khas untuk PuAS sekurang-kurangnya bersaiz 1 bay

3) Menyalurkan maklumat-maklumat berkaitan seperti berikut:

- Bilik PuAS akan disediakan pada : (2012/2013/2014/2015)

- Tahun dipohon untuk pembinaan PuAS : (2012/2013/2014/2015)

- Jarak antara router dan bilik PuAS : ___ meter

- Teknologi Internet : ( ADSL / VSAT )

- Jumlah Murid (2011): ___ orang

- Jumlah Guru (2011): ___ orang

- Bil.Makmal Komputer : ___ buah

- Bil.Komputer di Makmal Komputer : ___ buah

- Model Makmal Komputer : ( M1 / M2 / M3 )

- Bil.Bilik Komputer : ___ buah

- Jumlah Komputer di Bilik Komputer : ___ buah

- Parlimen :

- DUN :

- Status Bekalan Elektrik : ( TNB / Generator / Lain-lain (nyatakan:_______)

4) Pihak sekolah perlu menyediakan pelan lokasi PuAS untuk menunjukkan laluan kabel serta jarak dari router ke Switch di PuAS setelah permohonan diluluskan.

Sila hantar maklumat di atas selewat-lewatnya pada 10 Mac 2011 ke PKG untuk dipanjangkan ke BTPN bagi proses permohonan.

Sekian, terima kasih.

1 BestariNet


javascript:void(0)

Isnin, 28 Februari 2011

MINGGU PENILAIAN PEMANTAUAN PSS CEMERLANG

Berikut adalah 5 buah sekolah yang terlibat dalam Penilaian Pemantauan PSS Cemerlang dalam minggu ini.

Tarikh : 28.02.2011 (isnin)
Sekolah : SMK (F) Besout

Tarikh : 01.03.2011 (selasa)
Sekolah : SMK Dato' Zulkifli Muhammad

Tarikh : 02.03.2011 (Rabu)
Sekolah : SK Kuala Slim

Tarikh : 03.03.2011 (Khamis)
Sekolah : SJK(T) Slim River

Tarikh : 04.03.2011 (Jumaat)
Sekolah : SK Slim River

Rabu, 16 Februari 2011

STATUS GPB - Guru Penyelaras Bestari (ITC)



* Guru Penyelaras Bestari atau GPB merupakan suatu waren perjawatan yang diperturunkan oleh KPM kepada sekolah-sekolah KPM seperti berikut:

i. SEKOLAH BESTARI (PILOT PROJECT) - 9 Sekolah Bestari di negeri Perak
ii. SEKOLAH BESTARI LUAR BANDAR - 4 sekolah di negeri Perak
iii. SEKOLAH YANG MEMPUNYAI PUSAT AKSES (FASA 1, 2 & 3) - 322 sekolah

Bagi sekolah-sekolah yang BUKAN SEPERTI DI ATAS adalah sekolah yang TIDAK MEMPUNYAI GPB, dan hanya lantikan dalaman oleh pentadbir dan dikenali sebagai Guru ICT yang tidak mempunyai lantikan yang ditandatangani oleh Pengarah JPN dan tidak termaktub sebagai guru di luar norm.

Jumaat, 28 Januari 2011

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT iQ-PSS 2010

Dimaklumkan bahawa masih terdapat sekolah yang belum melengkapkan maklumat dalam perisian online iQ-PSS 2010. Status ini akan menyebabkan sekolah tersebut tidak dapat senaraikan dalam Penarafan PSS 2010.

Proses kemaskini masih boleh dilakukan sehingga 31 Januari 2011, jam 5.00 petang bagi tujuan proses penarafan.

Sehubungan itu mohon kerjasama pihak sekolah yang belum selesai tugasan tersebut untuk melaksanakannya dalam tempoh yang diberikan.

Sekian, terima kasih.

Sabtu, 22 Januari 2011


Dimaklumkan bahawa The Asia Foundation berbesar hati untuk menyumbangkan bahan bacaan tambahan (BBT) kepada Pusat Sumber Sekolah mulai minggu hadapan (Isnin, 24 Januari 2011).

Tuan / puan adalah dipelawa untuk mengambil BBT tersebut sendiri dan /atau menguar-uarkan kepada PSS seliaan masing-masing. Semua BBT adalah berdasarkan konsep "first come, first serve basis."

* maklumat lanjut sila hubungi Ms. Vasantha Charles di 03-22820385 / 0123916540 untuk maklumat lanjut atau bagi membuat temu janji.

* Bersama-sama ini disertakan alamat stor The Asia Foundation untuk rujukan bersama.

The Asia Foundation Bookstore
No. 221, level 2,
Block B2, Leisure Commerce Square
Jalan PJS 8/9
Petaling Jaya
(berhampiran intersection LDP- Lebuhraya Damansara Puchong dan Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway)

* Terima kasih.

Jumaat, 21 Januari 2011

PROMOSI PERALATAN ICT



1 WEEKEND OF ULTIMATE SAVINGS


*On computer products from the biggest brands in Malaysia.

*Happening at the Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur from the 28th to 30th
of January 2011.

*Cure your desire for the latest products from
Dell, HP, Acer, Lenovo, Digi, Maxis, Celcom, Canon, Asus, , Sony, Toshiba &
many more…

*Talk to us on www.facebook.com/MalaysiaITFair


*Visit www.MalaysiaITFair.com.my

*For more information.

*A MUST VISIT EVENT
Definitely worth your visit.

*Wishing you a Happy Chinese New Year & Happy Valentine’s Day!*

Selasa, 11 Januari 2011

KURSUS ANJURAN BTPN PERAK 2011

Berikut adalah maklumat ringkas berkaitan kursus-kursus yang akan dijalankan.

Kursus Penjilidan dan Baik Pulih Ringan
Calon Peserta : GPM
Kuota Setiap PKG : 1 orang
Tarikh : Belum ditetapkan
Tempat : BTPN Perak
Pengisian : Teknik-teknik menjilid buku/majalah; merawat buku-buku yang rosak
Borang :

Borang PBPR



Kursus Jejak Maklumat
Calon Peserta : Terbuka kepada mana-mana guru yang berminat
Kuota Setiap PKG : 1 orang
Tarikh : Belum ditetapkan
Tempat : BTPN Perak
Pengisian : Pelaksanaan menjalankan aktiviti mencari maklumat ilmiah ala 'Treasure Hunt'
Borang :

Borang KJM

Jumaat, 7 Januari 2011

PENAMATAN PERKHIDMATAN SCHOOLNET

[07 Jan]

Maklumat Mesyuarat Berkaitan

BTPN Perak telah mengadakan mesyuarat permuafakatan bersama JPN (Sektor ICT & Sektor Akademik), TM Bhd. K-Perak dan GiTN pada hari Khamis 6 Jan 2011 dan antara lain pengisiannya adalah seperti berikut:

1) Mesyuarat diperjelaskan mengenai istilah 'intreme' dalam surat KP(KSU)001/10 yang diistilahkan bahawa pihak KPM boleh menamatkan bila-bila masa peruntukan RM600 yang diperuntukkan untuk talian internet apabila KPM memutuskan satu talian internet khas untuk sekolah-sekolah KPM seperti sebelum ini.

2) Pihak sekolah melalui Pengetua atau Guru Besar memang dinyatakan boleh secara terus mendapatkan khidmat dari mana-mana ISP untuk talian internet. Walau bagaimanapun, sekolah berkemungkinan akan menghadapi masalah kerana ISP yang sedia ada memberi khidmat talian berserta dengan syarat perjanjian perkhidmatan selama 2 tahun. Hal ini bakal menyulitkan sekolah kerana

surat KP(KSU)

menyatakan pemberian peruntukan secara intreme iaitu tanpa mensyaratkan suatu tempoh yang khusus.

3) Sekiranya pihak sekolah membuat pilihan ISP secara terus, bermaksud BTPN/PKG tidak akan bertanggungjawab dan tiada berkaitan atas segala perihal berkaitan dengannya.

4) Rumusan dan dapatan mesyuarat permuafakatan akan dimaklumkan kepada Tuan Pengarah JPN Perak untuk kelulusan secara terus atau kelulusan melalui JPICT negeri Perak. Sekiranya mendapat kelulusan JPN & BTPN akan melaksanakan perkara berikut:
- Jeyarawara (Road show ) bersama JPN & ISP yang dilantik akan melaksanakan proses penerimaan talian internet mengikut daerah melalui surat PPD untuk mendapatkan persetujuan semua sekolah secara berkelompok mengikut daerah.
- ISP yang dilantik akan menyediakan Help Desk serta talian khas untuk sekolah-sekolah dan ISP ditegaskan agar kesulitan seperti sebelum ini tidak seharusnya berlaku lagi pada masa hadapan demi kepentingan P&P murid-murid di sekolah.
- Perbelanjaan kehadiran dan lain-lain di bawah seliaan ISP tersebut.




Justeru, warga PKG disyorkan untuk memberi penjelasan yang sewajarnya dan memberi penekanan bahawa segala keputusan dan apa juga berkaitan dengan surat KP(KSU) ini adalah keputusan JPN dan bukan BTPN seperti tertera dalam surat berkenaan, dan hanya salinan kepada BTP/BTPN.


===============================
[06 Jan]

Satu pertemuan antara pegawai JPN, BTPN dan wakil-wakil ISP termasuk TM net dan GITN akan diadakan pada 06 Jan.2011 di BTPN Perak untuk mendapatkan maklumat bagi mendapatkan persetujuan dan maklumat berhubung perkhidmatan talian internet khususnya untuk sekolah-sekolah negeri Perak.

Sehubungan itu pihak sekolah diminta untuk mengambil langkah berhati-hati dalam membuat keputusan dalam menerima perjanjian perkhidmatan talian internet.

PKGSR akan salurkan maklumat seberapa segera yang mungkin kepada sekolah-sekolah melalui blog ini setelah menerima maklumat perkembangan berkaitan.

Sekian, harap maklum.

=================================

[30 Dis]
Untuk makluman semua, talian Schoolnet yang dibekalkan oleh Syarikat Government Integrated Telecommunication Network Sdn. Bhd. (GITN) akan tamat kontrak bermula 31 Disember 2010.

"Sehubungan itu, bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan rangkaian internet di semua sekolah di bawah KPM berjalan lancar pada tahun 2011, adalah diputuskan pihak sekolah boleh memilih mana-mana Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider). Perkhidmatan untuk tempoh interim ini berkuatkuasa dari Januari 2011sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak."

Sila rujuk

Surat Arahan

dan

Lampiran A (Garis Panduan)

untuk maklumat lanjut.

Selasa, 4 Januari 2011

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP