Dimaklumkan bahawa BTPN dan PKG menerima sumber yang sama sepertimana yang diterima oleh pihak PPD. Sumber utama adalah dari KPM yang kemudiannya diturunkan ke pengetahuan JPN. JPN akan menyelaras tindakan susulan seterusnya memaklumkan kepada PPD.
Di samping itu semua pembayaran akan melibatkan PPD dan JPN. Justeru adalah lebih wajar untuk pihak sekolah mendapat maklumat terus dari PPD. Walaubagaimanapun, PKG akan mendapatkan maklumat perkembangan terkini dari semasa ke semasa untuk dikongsi bersama dengan sekolah-sekolah.
Berikut adalah antara maklumat yang telah diterima:
27.12.2011 - Emel : Surat Siaran Drpd KSU dan Lamp.A (sepertimana
yang diedarkan oleh PPD.
05.01.2012 - Telefon : PPD dan BTPN/PKG menerima bahan yang sama
(Seperti di atas)
05.01.2012 - Telefon : JPN akan berbincang dengan TM Ipoh untuk
tindakan susulan; Akan maklumkan PPD.
05.01.2012 - Telefon : PPD minta sekolah tunggu perkembangan untuk
tindakan.
05.01.2012 - Telefon : BTPN sedang tunggu senarai sekolah yang
dapat 1Bestari Net mulai Jan.2012; PKG akan
dimaklumkan untuk pantau tindakan sekolah.
10 tahun yang lalu
