Dimaklumkan beberapa sekolah masih belum memaklumkan status pemasangan Kampus Astro yang melibatkan pembekalan serta instalasi peralatan.
Pihak sekolah perlu menghantar laporan tersebut menggunakan Lampiran L/UPIM ke PKG Slim River sebaik sahaja menerima peralatan serta instalasi di sekolah masing-masing.
Untuk makluman tuan, pihak pembekal akan menghantar TV LCD dan Standee pada peringkat pertama manakala baki peralatan yang termasuk ODU, decoder, Sim Card, remote control dsb untuk penghantaran kedua. Penghantaran kedua akan disusuli dengan setting untuk penerimaan isyarat yang membolehkan Kampus Astro berfungsi.
Sekian, terima kasih.
Lihat
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan