Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 20 Julai 2010

PENARAFAN TAHAP BESTARI MELALUI SSQS

ARKIB:

Penarafan Online Melalui SSQS 2010

Penarafan tahap bestari sekolah-sekolah melalui aplikasi SSQS online telah pun bermula mulai jam 10.00 pg, 19 Julai 2010 dan akan berakhir pada jam 4.00 ptg, 30 Ogos 2010.

Memandangkan pengisian data kali ini melibatkan penggunaan 'local host' di BTPN serta penggunaan talian schoolnet maka pihak sekolah diberi 2 opsyen untuk melaksanakannya iaitu:
1) Data diisi di sekolah terus ke BTPTN menggunakan talian schoolnet
2) Data diisi di PKG secara offline untuk dikumpulkan.

Langkah pertama yang sedang PKG lakukan sekarang ialah untuk memuatnaik borang-borang untuk 4 kategori responden iaitu pentadbir (1 orang), GPB/Guru ICT (1 orang), Guru Mata Pelajaran (5 orang x 6 subjek teras) dan Murid (5 orang x 6 subjek teras).

Sehubungan itu pihak sekolah boleh mengikuti perkembangan maklumat melalui blog ini
yang akan membolehkan instrumen dimuatturun untuk tujuan proses peringkat awal.

Makluman akan disusuli dengan maklumat dan langkah-langkah berikutnya.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP