Dikuasakan oleh Blogger.

Sabtu, 30 Oktober 2010

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2010 (KM1M 2020)

Peringatan semula kepada SEMUA sekolah untuk melaksanakan program tersebut yang akan berlangsung serentak di seluruh negara pada 8-12 November 2010.

Semua sekolah adalah terlibat untuk prg.KM1M2020.

Asas pelaksanaan adalah seperti berikut:

SK Aminuddin Baki:
08.11.2010 - 'Baca Beramai' (Serentak seluruh negara); Aktiviti program membaca
09-12.10.2010 - Aktiviti program membaca

Lain-lain Sekolah:
08-12.10.2010 - Aktiviti program membaca.

Sila rujuk Kertas Makluman dan Maklumat KM1M2020-1&2 (Muat Turun) untuk panduan.

Semua sekolah akan diminta menyediakan laporan pelaksanaan. Pengumpulan laporan akan dilakukan melalui PKG.

Sekian, terima kasih.

==================================

(09.09.2010)

Semua sekolah adalah terlibat. SK Aminuddin Baki akan mewakili Sekolah-Sekolah Kelompok PKGSR di peringkat kebangsaan. Pelaksanaannya akan berjalan serentak seluruh negara. Baki 23 sekolah di bawah PKGSR akan menjalankan aktiviti KM1M 2010 di lokasi masing-masing.

Lain-lain sekolah dari Daerah Batang Padang ke peringkat kebangsaan ialah SK Pendita Za'aba, SK Tanjong Malim, SK Temoh, SMK Sungkai, SK Bidor dan SK Bikam.

Tarikh pelaksanaan KM1M 2020 adalah mulai 8 November hingga 12 November 2010.

Majlis Pelancaran akan diadakan:
Pada 8 November 2010
Di SRJK (C) Tsun Jin, Kampong Pandan, Kuala Lumpur
Dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdanan Menteri merangkap Menteri KPM

GPM/Penyelaras PSS perlu mula merancang aktiviti yang akan dilaksanakan semasa tempoh program tersebut.

=========================================

[31 Ogos]
"...Program NILAM merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dengan hasrat mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Sekolah perlu mengadakan aktiviti aktiviti galakan membaca secara berperingkat dan berterusan meliputi aktiviti asas, aktiviti pemupukan dan aktiviti pengayaan. Justeru, satu strategi yang berkesan perlu dilaksanakan untuk memperhebatkan lagi pencapaian Program NILAM ke tahap yang lebih baik dan menyeluruh..."



Muat turun:

(Maklumat KM1M 2020-1)


(Maklumat KM1M 2020-2)


(Kertas Makluman KM1M)

2 ulasan:

Kengkawan berkata...

waaa... sounds interesting

PKG Slim River berkata...

Yes, indeed! It IS interesting.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP