Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 7 Januari 2011

PENAMATAN PERKHIDMATAN SCHOOLNET

[07 Jan]

Maklumat Mesyuarat Berkaitan

BTPN Perak telah mengadakan mesyuarat permuafakatan bersama JPN (Sektor ICT & Sektor Akademik), TM Bhd. K-Perak dan GiTN pada hari Khamis 6 Jan 2011 dan antara lain pengisiannya adalah seperti berikut:

1) Mesyuarat diperjelaskan mengenai istilah 'intreme' dalam surat KP(KSU)001/10 yang diistilahkan bahawa pihak KPM boleh menamatkan bila-bila masa peruntukan RM600 yang diperuntukkan untuk talian internet apabila KPM memutuskan satu talian internet khas untuk sekolah-sekolah KPM seperti sebelum ini.

2) Pihak sekolah melalui Pengetua atau Guru Besar memang dinyatakan boleh secara terus mendapatkan khidmat dari mana-mana ISP untuk talian internet. Walau bagaimanapun, sekolah berkemungkinan akan menghadapi masalah kerana ISP yang sedia ada memberi khidmat talian berserta dengan syarat perjanjian perkhidmatan selama 2 tahun. Hal ini bakal menyulitkan sekolah kerana

surat KP(KSU)

menyatakan pemberian peruntukan secara intreme iaitu tanpa mensyaratkan suatu tempoh yang khusus.

3) Sekiranya pihak sekolah membuat pilihan ISP secara terus, bermaksud BTPN/PKG tidak akan bertanggungjawab dan tiada berkaitan atas segala perihal berkaitan dengannya.

4) Rumusan dan dapatan mesyuarat permuafakatan akan dimaklumkan kepada Tuan Pengarah JPN Perak untuk kelulusan secara terus atau kelulusan melalui JPICT negeri Perak. Sekiranya mendapat kelulusan JPN & BTPN akan melaksanakan perkara berikut:
- Jeyarawara (Road show ) bersama JPN & ISP yang dilantik akan melaksanakan proses penerimaan talian internet mengikut daerah melalui surat PPD untuk mendapatkan persetujuan semua sekolah secara berkelompok mengikut daerah.
- ISP yang dilantik akan menyediakan Help Desk serta talian khas untuk sekolah-sekolah dan ISP ditegaskan agar kesulitan seperti sebelum ini tidak seharusnya berlaku lagi pada masa hadapan demi kepentingan P&P murid-murid di sekolah.
- Perbelanjaan kehadiran dan lain-lain di bawah seliaan ISP tersebut.




Justeru, warga PKG disyorkan untuk memberi penjelasan yang sewajarnya dan memberi penekanan bahawa segala keputusan dan apa juga berkaitan dengan surat KP(KSU) ini adalah keputusan JPN dan bukan BTPN seperti tertera dalam surat berkenaan, dan hanya salinan kepada BTP/BTPN.


===============================
[06 Jan]

Satu pertemuan antara pegawai JPN, BTPN dan wakil-wakil ISP termasuk TM net dan GITN akan diadakan pada 06 Jan.2011 di BTPN Perak untuk mendapatkan maklumat bagi mendapatkan persetujuan dan maklumat berhubung perkhidmatan talian internet khususnya untuk sekolah-sekolah negeri Perak.

Sehubungan itu pihak sekolah diminta untuk mengambil langkah berhati-hati dalam membuat keputusan dalam menerima perjanjian perkhidmatan talian internet.

PKGSR akan salurkan maklumat seberapa segera yang mungkin kepada sekolah-sekolah melalui blog ini setelah menerima maklumat perkembangan berkaitan.

Sekian, harap maklum.

=================================

[30 Dis]
Untuk makluman semua, talian Schoolnet yang dibekalkan oleh Syarikat Government Integrated Telecommunication Network Sdn. Bhd. (GITN) akan tamat kontrak bermula 31 Disember 2010.

"Sehubungan itu, bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan rangkaian internet di semua sekolah di bawah KPM berjalan lancar pada tahun 2011, adalah diputuskan pihak sekolah boleh memilih mana-mana Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider). Perkhidmatan untuk tempoh interim ini berkuatkuasa dari Januari 2011sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak."

Sila rujuk

Surat Arahan

dan

Lampiran A (Garis Panduan)

untuk maklumat lanjut.

Tiada ulasan:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP