Mohon kerjasama GPM sekolah-sekolah berikut untuk ambil tindakan bagi memulakan pengisian data aplikasi iQ-PSS dan i-NILAM.
1) iQ-PSS
- SK Pos Tenau
- SMK Agama Slim River
2) i-NILAM
- SK Aminuddin Baki
- SK Pos Tenau
- SM Vokasional
- SMK Agama Slim River
Untuk makluman satu perjumpaan antara PPD BP, KPP BTPN dan PKG Daerah BP telah diadakan pada 5 Oktober 2012 di PPD. Dalam perjumpaan tersebut laporan-laporan telah dibentangkan sepertimana yang diarahkan oleh PPD. PPD meminta tindakan susulan bagi menangani beberapa isu diambil alih oleh pihak PPD sendiri. Justeru PKG Daerah memohon agar kerja-kerja pengisian maklumat 'online' seperti di atas tidak ditangguh-tangguhkan lagi memandangkan musim persekolahan akan berakhir beberapa minggu sahaja lagi.
Seperti yang pernah dilalui sebelum ini, kita masih menunggu arahan satu lagi aplikasi 'online' iaitu SPPICTS yang bakal diterima bila-bila masa terdekat. Semoga kita dapat merancang pembahagian kerja dengan teratur lagi terancang untuk keselesaan bersama.
Sekian, terima kasih.
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan