BTPN Perak sedang menjalankan kajian berhubung Penggunaan VLE Dalam Kalangan Murid secara dalam talian. Responden terdiri daripada SEMUA murid Tahun 4 dan Tingkatan 2 sekolah-sekolah negeri Perak. Tempoh kajian bermula 19 Oktober 2015 dan berakhir pada 20 November 2015.
Sehubungan dengan itu mohon kerjasama Pentadbir VLE Sekolah untuk menyelaraskan jadual/proses respon murid sekolah masing-masing dalam mendapatkan respon SEMUA murid dalam kategori tersebut. Antara waktu yang sesuai untuk pelaksanaannya ialah semasa sesi PdP di makmal/bilik komputer.
Instrumen secara hardcopy boleh dicetak untuk memudahkan Pentadbir VLE Sekolah menguruskan pelaksanaan kajian secara dalam talian.
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan