Dikuasakan oleh Blogger.

Rabu, 4 Ogos 2010

KURSUS PEMANTAPAN ORACLE ThinkQuest


Kursus di atas sedang berjalan sejak 8.30 pg tadi, dimulai dengan taklimat dan pengenalan program kepada para peserta dan Guru Besar sekolah-sekolah yang terlibat.

Kursus yg akan berakhir esok, 05 Ogos 2010 dihadiri oleh 20 GPB sekolah Kelompok 4, 5 dan 6. Turut hadir ialah En.Wong Kim Khat dan Cik Aminor bt Jaya Waras dari BTP, penceramah iaitu En.Rahim Omar dari SK Seri Bintang Utara dan Cik Rodzalina dari Oracle Think Foundation. Wakil dari BTPN Perak En.Ismail Yusof dan En.Azri juga hadir hari ini manakala wakil JPN akan hadir esok, 05 Ogos 2010.

Maklumat Asas Oracle ThinkQuest
Oracle Thinkquest adalah sebuah laman web pembelajaran online secara kolaboratif yang ditaja oleh Oracle Education Foundation. Laman ini dikhususkan untuk pelajar dan guru yang berdaftar dari mana-mana sekolah yang berminat. Di laman ini pengguna boleh melaksanakan aktiviti pembelajaran kolaboratif online antara pengguna OTQ tempatan mahu pun pengguna antarabangsa.

Akttiviti juga boleh dianggap lebih kepada Project-Based Learning.

















Tiada ulasan:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP