Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 12 Ogos 2010

KURSUS UNTUK GPB & GPM

12 Ogos - Sukacita dimaklumkan surat panggilan bengkel dari PPD untuk perkara di atas telah dipos ke sekolah-sekolah. Emel juga telah dihantar ke sekolah-sekolah serta guru yang telah mengemukakan emel masing-masing.
Tarikh sebenar bengkel untuk GPM dan GPB serta maklumat berkaitan adalah seperti berikut:

Bengkel Pengurusan Online Untuk GPB/Guru ICT
Tarikh : 16 & 23 Ogos 2010
Hari : Isnin
Masa : 2.00 ptg - 4.30 ptg
Tempat : PKG Slim River
Peserta : GPB/Guru ICT/FT/FS
Keperluan : Komputer Riba, Dokumen SSQS & Maklumat Asas Sekolah
Muat turun

Surat GPB



Bengkel Pengurusan iQ-PSS & i-NILAM Untuk GPM/Penyelaras PSS
Tarikh : 24-25 Ogos 2010
Hari : Selasa-Rabu
Masa : 2.00 ptg - 4.30 ptg
Tempat : PKG Slim River
Peserta : GPM/Penyelaras PSS
Keperluan : Komputer Riba, Maklumat Prg.NILAM, Maklumat PSS, Softcopy fail TMURID.TXT (dalam emis), Maklumat GPM/Penyelaras PSS, Nama & No.KP Guru Data
Muat turun

Surat GPM



Peserta bengkel dikehendaki menghantar

borang maklumat peserta

melalui borang online untuk pengurusan PKGSR.

Sila berhubung dengan PKGSR untuk sebarang pertanyaan atau butiran lanjut.

Sekian, terima kasih.

============================================

9 Ogos - Dimaklumkan bahawa surat panggilan dari PPD untuk diedarkan ke sekolah-sekolah masih belum diterima sehingga ke hari ini.

Dengan ini bengkel untuk GPB yang dirancang dijalankan pada 11-12 Ogos 2010 terpaksa ditunda. Tarikh tentatif ialah 16 dan 23 Ogos 2010.

Sekian, harap maklum.

============================================

7 Ogos - Dimaklumkan bahawa PKGSR masih menunggu surat panggilan dari pihak PPD BP untuk diedarkan ke sekolah-sekolah. Secara lisan kelulusan telah diperolehi namun pelaksanaan sebenar perlu menepati prosedur kerja. Kursus untuk GPB berkemungkinan ditunda sekiranya surat tidak dapat dikeluarkan.

Sehubungan itu pihak sekolah perlu menunggu pengesahan terkini yang akan diumumkan oleh PKGSR melalui blog ini atau telefon dalam masa terdekat.

Diharap tuan/puan dapat terus mengikuti perkembangan maklumat dari semasa ke semasa melalui blog PKG di samping mengikuti Portal PPD.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP