Dikuasakan oleh Blogger.

Selasa, 6 Januari 2015

ARKIB LAMAN UTAMA 2014

29 Ogos : SSQS - STATUS SEHINGGA 7.00 PG
Terima kasih kepada sekolah yang selesai 100%.
Terima kasih juga kepada sekolah yang dalam proses melengkapkannya.
Hari ini hari terakhir untuk memasukkan data.





 Terima kasih.
============================================
22 Apr : PEMANTAUAN PKG-SEKOLAH & PSS CEMERLANG
Pemantauan PKG-Sekolah dan Penilaian PSS Cemerlang akan dilaksanakan mengikut jadual di bawah.  Sila klik jadual untuk besarkan.










Baca Lagi...
============================================
03 Apr : BENGKEL PEMANTAPAN PENGGUNAAN FROG VLE
Bengkel seperti di atas akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh      : 07-08 April 2014 (Isnin-Selasa)
Masa        : 2.00 ptg - 4.30 ptg
Tempat     : PKG Slim River
Sasaran    : Ketua Panitia BM Sekolah-sekolah Kel.PKGSR
Keperluan: Komputer riba, Bahan Rujukan (Buku Teks, HSP, dsb)

Sila muat turun surat panggilan.
Sekian, terima kasih.
============================================
 27 Mac : MESYUARAT JKPA, JK GPM DAN JK GPB 2014
Mesyuarat seperti di atas akan dijalankan sepertimana ketetapan berikut:

Aktiviti    : Mesy.JK Pemuafakatan Aktiviti PKGSR Bil.1/2014
Tarikh       : 31 Mac 2014 (Isnin)
Masa        : 2.15 ptg
Tempat     : PKG Slim River
Ahli Mesy. : Pengetua & G.Besar Kel.PKGSR

13 Okt : LAPORAN iQ-PSS
Pengesahan penarafan kendiri dalam aplikasi iQ-PSS telah dibuat bagi 18 sekolah dengan pencapaian 2 hingga 5 bintang. Bagi 6 sekolah lagi yang belum dibuat pengesahan sila kemaskini dan majukan ke peringkat 'Tindakan PKG' untuk disahkan.

Sekian, terima kasih.
============================================
10 Okt : PENYERTAAN SEKOLAH DALAM PPAT PPPM
Menjawab pertanyaan dari beberapa pihak sekolah dimaklumkan bahawa SEMUA sekolah adalah terlibat dalam Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Pembelajaran Maya Negeri Perak Tahun 2014. Tiga sekolah dalam kelompok PKGSR akan hadir sebagai pembentang bagi program tersebut seperti berikut:
1) SJK(T) Slim River
2) SMK Agama Slim River
3) SMK Slim

Sekian, terima kasih.
============================================
10 Okt : PPAT PPPM UNTUK PENGETUA & G.BESAR
Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Pembelajaran Maya Negeri Perak Tahun 2014 akan dijalankan untuk Pengetua dan Guru Besar seluruh Perak.  Bagi daerah Batang Padang ialah pada 13-14 November 2014 di Hotel Grand Kampar, Kampar.

Sila rujuk Portal JPN untuk maklumat lanjut.  PKGSR difahamkan bahawa makluman ini juga telah dihantar melalui emel rasmi (1bestarinet) ke semua sekolah.

Sekian, terima kasih.
============================================
08 Okt : PENGEMASKINIAN DATA APLIKASI KPM
Sebagai peringatan mesra dimaklumkan bahawa semakan pelaporan aplikasi dalam talian iQ-PSS dan i-NILAM menunjukkan beberapa sekolah masih di tahap asas iaitu belum memulakan kemasukan data.

Pihak sekolah yang terlibat diminta memberi kerjasama kerana PKGSR diarah untuk terus memantau dan membuat laporan. 

Lain-lain aplikasi dalam talian yang perlu diberi perhatian oleh pihak sekolah selain iQ-PSS dan i-NILAM ialah SPS dan Frog VLE.

Sekian, terima kasih.
============================================
29 Sep : PENGEMASKINIAN DATA APLIKASI KPM
Diingatkan bahawa proses pengesahan data dalam beberapa aplikasi dalam talian sedang dijalankan di peringkat PKG.  Maklumat yang telah dihantar oleh sekolah dalam aplikasi-aplikasi tersebut juga boleh diakses oleh pihak pengurusan tertinggi KPM.

Sehubungan itu mohon pihak sekolah mengemaskini/menghantar maklumat mengikut jadual penghantaran.  Buat masa ini keutamaan sedang diberi kepada perkara-perkara berikut:
1) iQ-PSS : dihantar SEGERA ke peringkat PKG untuk pengesahan
2) SPS : senarai staf dan murid tepat mengikut enrolmen
3) i-NILAM : dikemaskini di peringkat sekolah

Sekian, terima kasih.
============================================
22 Sept : GANGUAN TALIAN INTERNET ( VSAT )
Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Perkara di atas adalah dirujuk, emel daripada YTLC seperti berikut adalah berkaitan.
2.  Adalah dimaklumkan bahawa Autumnal Equinox akan bermula 20 September 2014 sehingga 30 September 2014, dijangka akan berlaku outage pada tarikh seperti dalam jadual yang disertakan bagi sekolah-sekolah yang menggunakan perkhidmatan VSAT .
3.  Kerjasama dan sokongan pihaktuan/puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.  
===========================================
10 Sept : MAKLUMAT KETUA PANITIA DAN GURU CEMERLANG  SEKOLAH-SEKOLAH KELOMPOK PKG SLIM RIVER

Borang untuk sekolah-sekolah kelompok PKG Slim River


https://drive.google.com/file/d/0B-BSq05D-ddgNEdveWFVekdzSms/edit?usp=sharing


Terima kasih.
============================================ 
29 Ogos : SSQS - STATUS 3.00 PTG SELESAI 100%
Terima kasih dan tahniah kepada SEMUA sekolah yang telah bertungkus lumus menyelesaikan pengisian data SSQS sehingga 100%.

Semoga komitmen seperti ini dapat terus ditunjukkan dalam mencapai kecemerlangan bersama.


Terima kasih.
============================================
29 Ogos : SSQS - STATUS SEHINGGA 10.30 PG
Terima kasih kepada sekolah yang selesai 100%.
Terima kasih juga kepada sekolah yang dalam proses melengkapkannya.
Hari ini hari terakhir untuk memasukkan data.




 Terima kasih.
============================================
28 Ogos : SSQS - STATUS SEHINGGA 4.00 PTG
Tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah melengkapkan pengisian data.
Bagi yang masih dalam proses pengisian data diharap dapat melengkapkannya dengan kadar segera.  Sila hubungi PKGSR jika menghadapi sebarang masalah.


Terima kasih.

 ============================================
28 Ogos : SSQS - STATUS SEHINGGA 12.00 TGH
- Terima kasih dan tahniah kepada sekolah yang telah capai 100% pengisian data
- SJK(T)LKB sila berhenti memberi respon
- Yang belum capai sila teruskan.



Terima kasih.

============================================

28 Ogos : SSQS- STATUS SEHINGGA 8:00 PAGI



1.
Status terkini sehingga 8.00 pagi, 28.08.2014
2.
Tindakan sekolah:

-  SKPB dan SJK(T)LKB telah melebihi jumlah responden.  Jangantambah lagi responden
-  Sekolah yang ditanda kuning perlu
   lengkapkan selewat-lewatnya petang ini.  ‘Data Cleaning’akan dibuat pada 29 Ogos 2014.

Terima kasih.
============================================
27 Ogos : SSQS - PANDUAN PENYEMAKAN STATUS PENGISIAN DATA SEKOLAH 
-Data SSQS bagi Sekolah Daerah batang padang untuk Semakan Sekolah.

-Nota sebagai panduan pihak sekolah bagi Menyemak Status Guru/Murid yang telah dan belum
 mengisi data SSQS.

============================================
25 Ogos : KEPUTUSAN PENILAIAN T/NILAM PKGSR
Tahniah kepada sekolah-sekolah yang berjaya seterusnya terpilih untuk mewakili PKGSR ke peringkat daerah Batang Padang yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

- Tarikh
: 27 Ogos 2014 (S.Rendah)
  28 Ogos 2014 (S.Menengah)
- Masa
: 2.00 petang
- Tempat
: SJK(T) Tapah





TEMA PILIHAN TOKOH NILAM 2014

Sekolah Rendah
Sekolah Menengah

Sekian, terima kasih.
============================================
21 Ogos : PANDUAN ASAS PENGISIAN DATA SSQS
Atas permintaan sekolah ahli, disertakan 'Nota Panduan' untuk rujukan sekolah-sekolah yang memerlukannya bagi melaksanakan pengisian data.

Sekian, terima kasih.
============================================ 
20 Ogos : PERINGATAN MESRA - PENGISIAN DATA SSQS
Diingatkan kepada sekolah-sekolah yang belum memulakan pengisian data SSQS agar dapat mengambil tindakan memandangkan tarikh akhir semakin hampir.  Dibimbangi capaian ke laman berkenaan akan menjadi sesak menjelang tarikh akhir.


Sekian, terima kasih.
============================================ 

15 Ogos : MAKLUMAT TERKINI PEMILIHAN T/NILAM
Aktiviti Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat PKGSR akan dijalankan bersama PKG Tanjong Malim dan PKG Sungkai seperti ketetapan berikut:

Tarikh
: 18.08.2014 (Isnin)
  -  SR Kelompok PKG Slim River

  -  SR Kelompok PKG Tanjong Malim
: 19.08 2014 (Selasa)
  -  SR & SM Kelompok PKG Sungkai
  -  SM Kelompok PKG Slim River
  -  SM Kelompok PKG Tanjong Malim
Masa
: 2.00 petang
Tempat
: PKG Slim River

Dapatkan dokumen-dokumen berkaitan untuk panduan sekolah.

Sekian, terima kasih.
============================================

11 Ogos : PENGISIAN DATA SSQS 2014
Dimaklumkan bahawa pengisian data SSQS 2014 telah pun bermula melalui surat arahan yang boleh dimuat turun dari Portal BTPN.  PKG Negeri Perak diarah untuk memantau perkembangan serta memastikan sekolah-sekolah kelompok masing-masing menyelesaikan pengisian data yang akan berakhir 30 Ogos ini.

Sehubungan itu taklimat pengisian data SSQS akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh
: 14 Ogos 2014 (Khamis)
Masa
: 2.00 petang
Tempat
: 1
PKG Bidor bagi sekolah-sekolah kelompok
-  PKG Temoh
-  PKG Tapah Road
-  PKG Bidor

  2
PKG Slim River bagi sekolah-sekolah kelompok
-  PKG Tanjong Malim
-  PKG Slim River
-  PKG Sungkai

Muat Turun Surat Panggilan

Sekian, terima kasih.
============================================

02 Jul : PINDAAN TARIKH PENILAIAN PSS CEMERLANG
Perhatian kepada sekolah-sekolah berikut kerana terdapat pindaan tarikh penilaian. Hakim-hakim terlibat dengan mesyuarat yang perlu dihadiri pada tarikh asal yang dijadualkan.

- SJK(T) Ladang Cluny
- SJK(T) Ladang Behrang River

Sekian, terima kasih.
============================================
 
17 Jun : PENILAIAN PSS CEMERLANG PERINGKAT DAERAH
Merujuk siaran maklumat pada 04 Jun seperti di bawah, tarikh penilaian PSS Cemerlang Peringkat Daerah Batang Padang ditunda dan akan bermula pada 30 Jun 2014.

Sekian, terima kasih.
============================================

04 Jun : MAKLUMAN AWAL AKTIVITI PKGSR
Beberapa jadual aktiviti PKGSR yang dirancang dalam masa terdekat terpaksa diubah untuk memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti melibatkan aktiviti peringkat daerah dan negeri.

Berikut adalah perancangan aktiviti yang dimaksudkan:
Pemilihan T/Nilam PKGSR   :  Tunda Tarikh
Pemantauan PKG-Sekolah    :  Tunda Tarikh
Penilaian PSS Cemerlang (Daerah):  16-20 Jun 2014

Sekian, terima kasih.
============================================
 
22 Mei : BENGKEL FROG VLE DAERAH B/PADANG 
Bengkel di atas akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
Tajuk      :    Bengkel Pembinaan Lmn Pembelajaran Frog VLE
Sasaran  :    2 Guru Sains setiap Sekolah Menengah
                        (GC/Guru Ting.3/Guru Ting.2)
Tarikh     :    17-18 Jun 2014 (Tentatif)
Masa      :    8.30 pg - 4.30 ptg
Tempat   :    PKG Bido
Keperluan bengkel adalah seperti berikut:
- Komputer riba
- Buku Teks Sains Tingkatan 3 / Buku Aktiviti
- Huraian Sukatan Pelajaran
- Gambar & Imej yang bersesuaian dgn tema
              a) Jisim & Alam
             
b) Tenaga dalam Kehidupan
- Dongle Yes 1Bestari 
Surat panggilan sedang diuruskan di peringkat PPD.

Sekian, terima kasih.
============================================
 
15 Mei : SELAMAT HARI GURU
PKGSR mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidikan.  Semoga dapat keberkatan dan kenikmatan hidup hasil usaha gigih dan komitmen tinggi selama ini.

Sekian, terima kasih.
============================================ 
28 Apr : CTH CARTA ORGANISASI PSS & PENGAWAS PSS
Disediakan contoh carta organisasi Induk dan JK Kerja PSS serta Pengawas PSS untuk rujukan GPM yang memerlukan sebagai panduan.

Sekian, terima kasih.
============================================ 
25 Apr : PEMANTAUAN PKG-SEKOLAH & PSS CEMERLANG
Dipaparkan jadual pemantauan yang terdapat beberapa pindaan tarikh yang tidak dapat dielakkan.  Sila klik jadual untuk besarkan.

Baca Lagi...
============================================
24 Apr : PROGRAM/AKTIVITI PKG YANG MENYUSUL
Disenaraikan beberapa program/aktiviti yang sedang/akan dijalankan dalam masa terdekat..
1) Pemantauan Penyelenggaraan Peralatan ICT (Berterusan)
2) Pemantauan PKG-Sekolah (Berterusan)
3) Penilaian PSS Cemerlang (Apr-Mei)
4) Khidmat Bantu Projek Di Bawah 1BestariNet (Apr-Mei)

Sekian, terima kasih.
============================================
24 Apr : BAHAN EDARAN PKG-SEKOLAH
Perhatian kepada SMK Agama Slim River dan SK Pos Tenau untuk mengambil bahan edaran yang masih belum dituntut dari PKGSR.  Pihak sekolah boleh hantar wakil untuk menerima bahan-bahan tersebut pada waktu pejabat.

Sekian, terima kasih.
============================================
24 Apr : PROG. K/BANTU PROJEK DI BAWAH 1BESTARINET
PKG diarah untuk melaksanakan program seperti di atas sehingga 31 Mei 2014.  Sehubungan itu mohon kerjasama Pengetua/Guru Besar membenarkan GPM/Penyelaras PSS dan GPB/Guru ICT untuk menyediakan dokumen-dokumen berkaitan semasa kunjungan pihak PKG seperti berikut:
- Infrastruktur & Pengurusan Rangkaian Internet
- Penggunaan Frog VLE
- Penggunaan SPS- Penggunaan EduwebTV,
- Pengurusan & Penggunaan PSS
- Program NILAM
- Bahan Digital MBMMBI


Maklumat akan dikumpul menggunakan instrumen yang kemudiannya dihantar secara dalam talian ke pihak KPM.
Tarikh lawatan pihak PKGSR ke sekolah-sekolah adalah berdasarkan Jadual Pemantauan PKG-Sekolah.
============================================
02 Apr : Senarai Sekolah Penyelenggaraan 2014 PKG S/River
Berikut adalah senarai sekolah yang terlibat- RHL2014
Download.xls

============================================
21 Mac : MAKLUMAT SEKOLAH STATUS 21.03.2014Disediakan paparan maklumat sekolah-sekolah ahli untuk rujukan.  Sila semak dan laporkan  sebarang kesilapan atau keciciran maklumat serta lain-lain maklumat sekolah untuk rujukan bersama.  Maklumat tertera adalah maklumat terkini bth 21.03.2014.

Sekian, terima kasih.
============================================
13 Feb : PEMANTAUAN PKG-SEKOLAH & PSS CEMERLANG PKGSR sedang merancang untuk memulakan pelaksanaan program seperti di atas mulai Mac 2014.  Jadual pergerakan akan dihantar ke sekolah untuk makluman sekolah ahli.  Pihak pengurusan PSS, ICT dan Teknologi Pendidikan diharap dapat bersedia dengan dokumen/maklumat bagi melicinkan proses pengisian instrumen pemantauan/penilaian.

Sekian, terima kasih.
============================================
06 Jan : EMEL BARU PKGSR Mulai Januari 2014 alamat emel PKG Slim River telah ditukar kepada pkg_slim_river@moe.gov.my. Emel yang digunakan sebelum ini telah dinyahaktifkan.  Justeru sila gunakan alamat emel baru tersebut untuk semua pengurusan melalui emel dengan PKGSR.

Sekian, terima kasih.
============================================

Aktiviti    : Mesy JK GPM PKGSR Bil.1/2014
Tarikh      : 01 April 2014 (Selasa)
Masa        : 2.15 ptg
Tempat     : PKG Slim River
Keperluan : Komputer Riba
Ahli Mesy. : GPM/Penyelaras PSS Kel.PKGSR

Aktiviti    : Mesy JK GPB PKGSR Bil.1/2014
Tarikh      : 02 April 2014
Masa        : 2.15 ptg
Tempat     : PKG Slim River
Keperluan : Komputer Riba
Ahli Mesy. : GPB/Guru ICT Kel.PKGSR

Muat Turun Surat Panggilan :
Mesy JKPA
Mesy JK GPM
Mesy JK GPB 


Sekian, terima kasih.
============================================
13 Mac : PROGRAM/AKTIVITI PKG YANG MENYUSUL
Disenaraikan beberapa program/aktiviti yang akan dijalankan dalam masa terdekat. Kelulusan serta surat panggilan dari PPD sedang diuruskan.
1) Mesyuarat JK GPM/Penyelaras PSS - 01.04.2014
2) Mesyuarat JK GPB/GICT - 02.04.2014
3) Mesyuarat JK Pemuafakatan Aktiviti - 31.03.2014
4) Pemantauan Penyelenggaraan Peralatan ICT (Berterusan)
5) Pemantauan PKG-Sekolah (Berterusan)
6) Penilaian PSS Cemerlang (Apr-Mei)

Sekian, terima kasih.
============================================
13 Mac : MAKLUMAT SEKOLAH STATUS 11.03.2014
Disediakan paparan maklumat sekolah-sekolah ahli untuk rujukan.  Sila semak dan laporkan  sebarang kesilapan atau keciciran maklumat serta lain-lain maklumat sekolah untuk rujukan bersama.  Maklumat tertera adalah maklumat terkini bth 10.02.2014.

Sekian, terima kasih.
============================================
06 Mac : KHIDMAT BANTU ICT - SK SLIM VILLAGE
Program seperti di atas akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh       : 10-11 Mac 2014 (Isnin-Selasa)
Masa        : 8.30 pg - 4.30 ptg
Tempat     : SK Slim Village
Peserta     : Warga Sekolah SK Slim Village

Sekian, terima kasih.
============================================
06 Mac : BENGKEL PENGURUSAN i-NILAM & iQ-PSS 
Bengkel seperti di atas akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh       : 12-13 Mac 2014 (Rabu-Khamis)
Masa        : 2.00 ptg - 4.30 ptg
Tempat     : PKG Slim River
Keperluan : Komputer Riba, Data Prg.Nilam dan PSS
Sasaran     : GPM/Penyelaras PSS

Muat Turun Surat Panggilan

Sekian, terima kasih.
============================================
17 Feb : MAKLUMAT SEKOLAH STATUS 17.02.2014
Disediakan paparan maklumat sekolah-sekolah ahli untuk rujukan.  Sila semak dan laporkan  sebarang kesilapan atau keciciran maklumat serta lain-lain maklumat sekolah untuk rujukan bersama.  Maklumat tertera adalah maklumat terkini bth 10.02.2014.

Sekian, terima kasih.
============================================
10 Feb 2014 : PENCALONAN GPM BARU
GPM baru yang bakal dilantik perlu mengemukakan borang pencalonan ke JPN.  Sila hantar borang pencalonan yang telah dilengkapkan melalui BTPN dan salinan ke PKG berkaitan.

Sekian, terima kasih.
============================================
10 Feb : MAKLUMAT SEKOLAH STATUS 10.02.2014
Disediakan paparan maklumat sekolah-sekolah ahli untuk rujukan.  Sila semak dan laporkan  sebarang kesilapan atau keciciran maklumat serta lain-lain maklumat sekolah untuk rujukan bersama.  Maklumat tertera adalah maklumat terkini bth 10.02.2014.

Sekian, terima kasih.
============================================
03 Feb : KEMASKINI MAKLUMAT SPS
Disediakan paparan maklumat sekolah-sekolah ahli untuk rujukan.  Sila semak dan laporkan  sebarang kesilapan atau keciciran maklumat SPS serta lain-lain maklumat sekolah untuk rujukan bersama.  Maklumat tertera adalah maklumat terkini.

Sekian, terima kasih.
============================================
28 Jan : MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
Disediakan paparan maklumat asas sekolah-sekolah ahli untuk rujukan.  Sila semak dan laporkan  sebarang kesilapan atau keciciran maklumat dari semasa ke semasa agar maklumat yang dirujuk adalah maklumat terkini.

Sekian, terima kasih.
============================================
05 Feb : KEPERLUAN DATA SPS UNTUK PBS
Dimaklumkan bahawa data PBS akan diintegrasikan dengan data SPS mulai tahun 2014.  Justeru diingatkan kepada semua sekolah untuk menyempurnakan kemasukan data SPS dengan lengkap terutama bagi 4 modul utama iaiatu Profil Guru, Maklumat Sekolah, Pengurusan Murid dan Pengurusan Staf. (Ruj.Surat JPN 'BTPN(PK-UPB)8873/1 Jld.9(37), bth: 30 Jan.2014)

Sekian, terima kasih.
============================================
23 Jan : BENGKEL PENGGUNAAN CD MBMMBI
Dimaklumkan bahawa Bengkel Penggunaan & Instalasi Bahan Digital (CD) MBMMBI akan diadakan pada 27 Jan.2014 di PKG Sungkai dan PKG Bidor.  Surat panggilan boleh dimuat turun melalui Portal PPDBP yang disediakan pada 21 Jan.2014.

Sekian, terima kasih.
============================================
06 Feb : BENGKEL PENGISIAN DATA SPS
Bengkel seperti di atas akan dijalankan di PKG Bidor pada 10 Februari 2014 untuk sekolah-sekolah berkaitan.  Sila rujuk Portal PPDBP untuk pengesahan pelaksanaan dan maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
============================================
15 Jan : BAHAN EDARAN PKG-SEKOLAH
Terdapat beberapa bahan untuk edaran ke sekolah-sekolah ahli iaitu CD Radio Pendidikan (Sekolah SKM), poster, dan brosur (Semua SR dan SM).  Pihak sekolah boleh hantar wakil untuk menerima bahan-bahan tersebut pada waktu pejabat.

Sekian, terima kasih.
============================================
15 Jan : MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
Disediakan paparan maklumat asas sekolah-sekolah ahli untuk rujukan.  Sila semak dan laporkan  sebarang kesilapan atau keciciran maklumat dari semasa ke semasa agar maklumat yang dirujuk adalah maklumat terkini.

Sekian, terima kasih.
============================================

Tiada ulasan:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP