Maklumat Tambahan:
Atas beberapa pertanyaan dari pihak sekolah berikut adalah maklumat tambahan yang mungkin dapat membantu atau dikongsi bersama:
- Fokus utama bengkel ialah mengemaskini pengisian data i-NILAM
secara online. Mana-mana sekolah yang masih menghadapi
masalah akan diselesaikan pada hari tersebut.
- Masalah utama yang mungkin dihadapi oleh sekolah termasuk
tidak dapat login, tidak dapat import senarai murid/naik darjah,
tidak dapat pindahkan jumlah buku dari tahun lepas, dsb.
- Sekolah yang tiada masalah dengan i-NILAM akan mengemaskini
data iQ-PSS. Segala permasalahan berkaitan akan dibincang cara
mengatasinya.
- Satu slot memperkenalkan automasi akan diadakan; termasuk
penggunaan perisian tarantula. Adalah diharapkan agar sekolah
menghantar guru yang terlibat dengan pengurusan i-Nilam dan
iQ-PSS supaya mereka mendapat manfaat dari bengkel tersebut.
- Walaubagaimana pun sebaik mungkin GPM/Penyelaras PSS
sendiri dijemput hadir kerana kemahiran di atas perlu dikuasai
oleh GMP/Penyelaras PSS.
Sekian, terima kasih.
[Siaran 06 Okt]
Taklimat di atas akan diadakan di PKG Slim River seperti ketetapan berikut:
- Tarikh : 18 Oktober 2011
- Hari : Selasa
- Masa : 8.30 pg - 4.30 petang
- Sasaran : GPM/Penyelaras PSS Sekolah-sekolah Kel.PKGSR
GPM/Penyelaras PSS Sekolah-sekolah Kel.PKGTM
- Peralatan : Komputer riba, modem broad band, ext.power cable
- Bahan : Data terkini Bacaan NILAM
Data SMM terkini
(jika sekolah belum muat naik
nama pelajar)
Surat panggilan sedang diuruskan oleh pihak PPD Batang Padang. Peserta boleh mendapatkan salinan surat tersebut semasa taklimat sekiranya tidak menerimanya di sekolah. Sila hubungi PKGSR di talian 05-4528309 untuk sebarang pertanyaan.
Sekian, terima kasih.
Borang Pendaftaran Peserta
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan