8 tahun yang lalu
Rabu, 19 Oktober 2011
TERIMA KASIH GPM PKGSR
[21.11.2011]
Terima kasih dan tahniah kepada semua GPM/Guru Penyelaras PSS yang telah melengkapkan penarafan iQ-PSS sekolah masing-masing. Status pencapaian akan dijadikan asas data melalui pelaporan ke semua pihak yang berkaitan. Penambahbaikan akan diusahakan dengan bantuan PKG dalam penarafan seterusnya. Diharap semua GPM/GPPSS akan mengambil bahagian dalam 'Pendekatan Kolaborasi' demi memartabatkan PSS masing-masing.
Sekian, terima kasih
================================
[19.10.2011]
Terima kasih kepada semua GPM/Penyelaras PSS yang telah hadir Taklimat Tatacara Pengurusan i-NILAM & iQ-PSS pada 18 Okt. Melalui perbengkelan hands-on dan perbincangan isu-isu/masalah semasa jelas menunjukkan pertemuan dan pendekatan kolaboratif sangat membantu. Pengumpulan data/maklumat serta sebaran semula maklumat amat diperlukan. Justeru usaha seperti ini harap dapat diteruskan agar fungsi dan peranan GPM/Penyelaras PSS dapat dilihat dengan lebih jelas.
Pihak PKG akan berusaha buka lebih banyak peluang melalui blog ini untuk GPM & GPB menyuarakan isu/masalah/pandangan agar kita berupaya bekerja mengikut landasan yang selari. Adalah diharapkan GPM & GPB mengikuti perkembangan demi perkembangan dan melibatkan diri dalam perbincangan ini.
Sekian, terima kasih GPM & GPB.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan