Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 12 Januari 2012

ANUGERAH PSS CEMERLANG 2012

JPN Perak akan menganjurkan Anugerah PSS Cemerlang Negeri Perak 2012.  Sebanyak 4 kategori akan diadakan iaitu:
    -  Kategori SR Bandar
    -  Kategori SR Luar Bandar
    -  Kategori SM Bandar
    -  Kategori SM Luar Bandar

Di antara objektif Anugerah PSS ialah:
    -  Mencapai markah 80% berdasarkan instrumen penilaian PSS Cemerlang dalam masa 3 tahun
    -  Meningkatkan pengurusan & penggunaan PSS dalam kalangan murid dan guru
    -  Meningkatkan koleksi buku dengan nisbah 1:15 bagi sekolah rendah dan 1:20 bagi sekolah menengah
    - Meningkatkan program galakanm membaca

Penyertaan sekolah adalah WAJIB.  Penilaian akan dilaksanakan dalam 3 peringkat:
    -  Peringkat PKG (01-31 Mac 2012)
    -  Peringkat Daerah (01-31 Mei 2012)
    -  Peringkat Negeri (02-20 Julai 2012)

SEMUA sekolah diminta untuk mendaftar menggunakan borang BTPNPRK/PSP-04 yang sedang diedarkan melalui pos. Borang yang lengkap hendaklah dikembalikan ke PKG masing-masing pada atau sebelum 10 Februari 2012.  Pemenang di peringkat PKG akan mewakili PKG ke peringkat Daerah.  Penilaian di peringkat PKG dan daerah akan diuruskan oleh PPD.  Borang  BTPNPRK/PSP-01 akan digunakan sebagai instrumen penilaian di setiap peringkat.

Pencalonan ke peringkat negeri akan dipilih daripada sekolah yang berjaya di peringkat daerah.  Pencalonan akan dikemukakan kepada BTPN melalui borang BTPNPRK/PSP-5 selewat-lewatnya 10 Jun 2012.


Tiada ulasan:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP