Dikuasakan oleh Blogger.

Khamis, 12 Januari 2012

CAPAIAN INTERNET 2012 - PERMOHONAN ISP

Latar Belakang:
JPN Perak telah berunding dengan TM Ipoh untuk meneruskan perkhidmatan talian internet seluruh negeri Perak secara berpusat.  Pentadbir sekolah tidak akan dikumpulkan untuk taklimat/tandatangan persetujuan sepertimana tahun lepas. Pihak sekolah diingatkan agar TIDAK MENGHUBUNGI MANA-MANA ISP  dalam usaha memohon perkhidmatan internet sepertimana yang diarahkan sebelum ini.  Perkhidmatan internet akan dibekalkan sama ada secara interim atau melalui 1Bestari Net ke semua sekolah dalam tempoh masa terdekat.

Untuk makluman berikut adalah situasi semasa berkaitan capaian internet:

1) Sekolah-sekolah yang mengguna VSAT
    1.1)  Perkhidmatan Internet telah dipotong
             -  Akan disambung semula; TM sebagai ISP
    1.2)  Perkhidmatan Internet masih diteruskan
             -  Akan diteruskan; TM sebagai ISP


2) Sekolah-sekolah yang mengguna ADSL
             - Akan diteruskan; TM sebagai ISP

Sila hubungi PPDBP/PKGSR untuk sebarang kemusykilan.

Sekian, terima kasih.
 

Tiada ulasan:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP