Dikuasakan oleh Blogger.

Jumaat, 31 Disember 2010

ARKIB LAMAN UTAMA 2010

30 Dis : 31 DISEMBER HARI CUTI UMUM
PM mengumumkan Jumaat, 31 Disember 2010 hari cuti umum sempena kemenangan Malaysia dalam AFF Suzuki Cup di Indonesia semalam.

30 Dis : PERKHIDMATAN SCHOOLNET TAMAT 2010
Pihak sekolah diminta untuk memilih mana-mana Penyedia Perkhidmatan Internet (Internet Service Provider) untuk tempoh interim berkuatkuasa Januari 2011 bagi mendapatkan talian internet.

(Maklumat Penuh)



30 Dis : BUKU CATATAN PRG.NILAM
Buku Catatan Program NILAM 2011 yang ditempah oleh sekolah telah sedia untuk diedarkan. Sekolah-sekolah yang telah membuat tempahan dijemput untuk mengambilnya bila-bila waktu pejabat.

(Maklumat Penuh)



24 Dis : PROJEK NAIKTARAF LAN SEKOLAH
KPM telah melantik syarikat untuk melaksanakan kerja naiktaraf rangkaian setempat (LAN) di sekolah-sekolah terpilih. Bagi negeri Perak sebanyak 136 sekolah terlibat di dalam projek ini.

(Maklumat Penuh)



14 Dis : MESY.AGUNG PPSSNP BIL.16/2010
Dimaklumkan bahawa PKG diarah untuk menyampaikan maklumat di atas kepada semua sekolah di kelompok masing-masing yang merupakan ahli persatuan tersebut. Notis mesyuarat akan diposkan mulai hari ini (Selasa, 14.12.2010).

(Notis Mesyuarat)



10 Dis : TANAH RUNTUH DI SJK(T) TAPAH
Sila laporkan ke PKG masing-masing sebarang kejadian seumpama ini terutama yang melibatkan PSS dan ICT sekolah.

(Berita Insiden)



04 Dis : LOST & FOUND
Berikut adalah bahan-bahan yg tercicir di PKGSR yang masih belum dituntut:
- Thumb Drive
- Payung
- Buku Catatan Berkulit Tebal

(Maklumat Penuh)



02 Dis : LAPORAN PENERIMAAN PERALATAN TVLCD
Mohon kerjasama GPM yang terlibat untuk menghantar maklumat di atas sekadar segera ke PKGSR. Sila emelkan borang yg telah dilengkapkan ke pkg_slim_river@moe.edu.my atau telefon ke PKG untuk menyampaikan maklumat secara lisan.

(Borang Laporan)



01 Dis : LAPORAN PROGRAM NILAM SEKOLAH
Laporan pencapaian Prg.Nilam untuk tahap Jauhari dan Rakan Pembaca adalah berdasarkan data dari sistem online i-NILAM.

(Maklumat Penuh)



29 Nov : PENUTUPAN TIKET STS
Diminta sekolah-sekolah yang telah selesai menerima perkhidmatan penyelenggaraan peralatan ICT melalui STS agar menutup tiket laporan kepada "Closed". Ia adalah untuk mengelakkan kekeliruan baki laporan yang belum diselesaikan. Terima kasih.

29 Nov : BEKALAN PERALATAN ICT MAKMAL KOMPUTER
Perhatian kepada sekolah-sekolah terlibat terutama SMK Dato' Zulkifli Mohammad - Sila maklumkan kepada PKG sebaik sahaja peralatan tiba untuk penyerahan.

(Senarai Sekolah Terlibat)



24 Nov : CONTOH BAHAN
Disediakan contoh JK ICT dan Carta Gantt untuk rujukan GPB/Guru ICT. Boleh guna format ini utk laporan dan simpanan sekolah.

(Muat Turun Bahan)



18 Nov : SELAMAT BERCUTI & TERIMA KASIH
Staf PKGSR mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru khususnya guru-guru dari sekolah-sekolah kelompok PKGSR yang telah berjaya menunjukkan komitmen tinggi terutama yang berurusan dengan PSS dan ICT di samping beban tugas berat sebagai pendidik di sekolah.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan sepanjang tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya.
Semoga usaha kita selama ini diberkati dan dapat diteruskan di tahun-tahun akan datang.
Bagi yang bercuti jauh..."berhati-hati di jalan raya"...semoga berjumpa lagi di tahun 2011.

09 Nov : TAKLIMAT EDARAN & PENGGUNAAN CD MBMMBI THP.1
Taklimat di atas akan diadakan untuk guru-guru BM dan BI Tahun 1 pada 15 Nov 2010.

(Maklumat Penuh)



09 Nov : MESY.PENGURUSAN PSS DAN MESY.PENGURUSAN ICT
Surat Panggilan utk kedua-dua mesy.tersebut telah diedarkan. Tarikh mesyuarat ialah pada 15 dan 16 Nov.2010

(Maklumat Penuh)



30 Okt : KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2020 (KM1M 2020)
Peringatan semula kepada SEMUA sekolah untuk melaksanakan program KM1M 2020 yang akan bermula pada 8-12 November 2010.

(Maklumat Penuh)



28 Okt : BENGKEL PENGURUSAN RANGKAIAN SETEMPAT (LAN)
Perhatian kepada:
- SK Aminuddin Baki
- SK Seri Besout
- SMK (F)Besout
- SM Vokasional
- SMK Agama Slim River

(Maklumat Penuh)



22 Okt : JADUAL PENGHANTARAN TV LCD KE SEKOLAH
Dimaklumkan bahawa penghantaran peralatan seperti di atas bagi Zon 1 (N.Sembilan, Melaka, Selangor, Perak, Johor) telah pun bermula sejak 11 Oktober 2010. Sekolah-sekolah yang terlibat sila bersedia untuk proses penerimaan peralatan.

(Maklumat Penuh)



22 Okt : MESY.PENGURUSAN PSS DAN MESY.PENGURUSAN ICT
Mesy.tersebut di atas untuk GPM/Penyelaras PSS dan GPB/Guru ICT akan diadakan pada 15 dan 16 November 2010.

(Maklumat Penuh)



22 Okt : DATA SPPICTS KUTIPAN KE-3/2010
Mohon kerjasama GPB & GPM mengambil tindakan untuk pengumpulan data di atas. Kutipan data online diganti dengan kaedah verifikasi.

(Maklumat Penuh)



22 Okt : LOST & FOUND - BUKU CATATAN KULIT TEBAL
(Ulangan Makluman bth:30 Ogos)
Sebuah buku berkulit tebal dijumpai di PKG dan belum dituntut sejak 2 minggu yg lalu.

(Maklumat Penuh)



14 Okt : KLIP VIDEO TOKOH NILAM NEGERI PERAK
Saksikan video klip Majlis ANUGERAH NILAM NEGERI PERAK 2010.

(Klip Video)



14 Okt : KAJIAN KEPUASASAN PENGGUNA TERHADAP PERKHIDMATAN SCHOOLNET
MOHON KERJASAMA GPB/GURU ICT UTK RESPON - Pengumpulan maklumat ini adalah bertujuan untuk mengukur sejauh mana tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan SchoolNet bagi capaian Internet yang dibekalkan di sekolah. Dengan harapan kerjasama yang diberikan dapat menyumbang ke arah penambahbaikan perkhidmatan Internet di semua sekolah.

(Respon Online)



11 Okt : MESY PENGURUSAN UTK GPM & GPB
Mesyuarat untuk GPM dan GPB sedang diusahakan utk membincang pengurusan PSS dan Pembestarian Sekolah tahun 2010-2011. Tarikh tentatif ialah pada 2&3 November 2010. Ikuti perkembangan utk maklumat selanjutnya. Terima kasih.

11 Okt : KUTIPAN DATA SPPICTS KALI KE-3
Kutipan data SPPICTS kali ke-3 tidak akan dilakukan secara online. Sebaliknya data akan diperolehi melalui proses verifikasi oleh pihak sekolah. Borang khas akan dikeluarkan dalam masa terdekat untuk proses verifikasi. Sila rujuk data kutipan ke-2 yang telah dihantar oleh pihak sekolah untuk disemak semula melalui proses ini. Sekian, terima kasih.

08 Okt : BAHAN CERAMAH BENGKEL PENGGUNAAN KAMPUS ASTRO
Peserta bengkel boleh dapatkan bahan tersebut di bawah tajuk 'Bahan Ceramah Teknologi Pendidikan' seperti berikut:
a) Kampus Astro (3 fail)
b) Papan Pamer Media (4 fail)

(Muat Turun Bahan)



05 Okt : LAPORAN PENERIMAAN PERALATAN KAMPUS ASTRO
PKG telah menerima 22 daripada 24 laporan perkara spt di atas dari sekolah-sekolah ahli. Kpd yg telah hantar laporan tetapi maklumatnya kurang lengkap PKGSR bersedia menerima baki maklumat untuk dipanjangkan ke pihak BTPN. Terima kasih.

(Lihat Status Penuh)



04 Okt : MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN PKG TAPAH ROAD
Pelancaran merasmikan bangunan PKG Tapah Road telah diadakan pada 01 Oktober 2010. PKG Tapah Road yang sebelum ini merupakan antara PKG terkecil di Malaysia (bersaiz 1 1/2 bay) kini adalah PKG terbesar di Malaysia.

(Maklumat Penuh)



02 Okt : PENDAFTARAN SERTAI BENGKEL DITUTUP
Dimaklumkan bahawa pendaftaran untuk menyertai Bengkel Asas MS Office anjuran PKGSR telah ditutup kerana telah menepati jumlah peserta. Kepada yang tersenarai harap tidak menguzurkan diri hadir pada 5-6 Oktober 2010 jam 2.00 ptg di PKGSR. Terima kasih atas sokongan serta penglibatan tuan/puan.

(Senarai Peserta)



28 Sept : SENARAI PESERTA BENGKEL ANJURAN PKGSR
Kepada yang terlibat sila semak senarai terkini untuk mengesahkan nama tuan/puan telah disenaraikan mengikut bengkel yang akan dijalankan. Terima kasih.

(Senarai Peserta)



24 Sept : TINDAKAN SEGERA - PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT
PKG dimaklumkan bahawa pihak RHL Engineering akan hadir ke sekolah-sekolah kelompok PKGSR mulai 27 Sept 2010 utk tujuan penyelenggaraan peralatan ICT. Sila hubungi PKGSR untuk memaklumkan status kerja-kerja vendor tersebut sebaik sahaja selesai kerja penyelenggaraan (KADAR SEGERA) untuk mengesahkan status kerja-kerja yang telah dibuat. Kerjasama tuan/puan dalam perkara ini sangat-sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

22 Sept : TEMPAHAN BUKU REKOD NILAM 2011
Borang tempahan sedang diedarkan ke sekolah-sekolah untuk dibuat tempahan. GPM diminta mengembalikan borang tersebut sebelum 30 September 2010. Terima kasih.

(Muat Turun Borang)



18 Sept : SENARAI PESERTA BENGKEL
Senarai peserta bengkel anjuran PKGSR akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Kepada yang terlibat sila ambil perhatian. Terima kasih.

(Senarai Peserta)



18 Sept : PERASMIAN BANGUNAN PKG TAPAH ROAD
Dimaklumkan bahawa Bangunan PKG Tapah Road yang merupakan bangunan PKG terbesar di Malaysia akan dirasmikan pada 1 Oktober 2010.

(Maklumat Penuh)



14 Sept : PINDAAN TARIKH PEMANTAUAN PKG-SEKOLAH
Tarikh pemantauan pada 15 & 21 Sept utk SK Kuala Slim dan SK Besout 3 terpaksa ditunda kerana PTP terlibat dgn mesyuarat bersama BTPN. Harap Maklum.

(Maklumat Penuh)



09 Sept : KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2010
Semua sekolah adalah terlibat dengan program di atas. GPM boleh mula membuat perancangan pelaksanaannya.

(Maklumat Penuh)



08 Sept : LAPORAN PENERIMAAN PERALATAN & AKTIVITI
Mohon GPM/Penyelaras PSS menyemak dan mengesahkan status penghantaran laporan serta aktiviti bagi perkara-perkara berikut:
- Penerimaan Peralatan Kampus Astro
- Penerimaan TVLCD
- Pelaksanaan Kursus Dalaman EduWebTV

(Maklumat Penuh)



08 Sept : PENDAFTARAN UTK BENGKEL ASAS MS OFFICE 2007
Pendaftaran untuk penyertaan mengikuti bengkel seperti di atas sedang dibuka. Tempat adalah terhad.

(Maklumat Penuh)



08 Sept : BENGKEL PENGURUSAN KAMPUS ASTRO
Bengkel di atas akan diadakan untuk GPM Sekolah-Sekolah Kelompok PKGSR

(Maklumat Penuh)



07 Sept : LAMAN P&P ONLINE
Laman ini akan memuatkan pautan-pautan berkaitan P&P untuk dilayari oleh warga pendidikan khususnya para pelajar.

(Maklumat Penuh)



03 Sept : BENGKEL ASAS MS OFFICE 2007
PKGSR akan menganjurkan bengkel untuk asas MS Word 2007 dan MS PowerPoint 2007 kpd guru-guru yg memerlukan bimbingan asas aplikasi tersebut.

(Maklumat Penuh)



31 Ogos : KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2010
Perhatian utk GPM/Penyelaras PSS:
"Pekeliling lkhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 telah menyatakan bahawa Program NILAM wajib dijalankan di semua sekolah seluruh negara. Selain itu, usaha ke arah galakan membaca wajar digerakkan untuk menyokong hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menarik minat murid untuk lebih banyak membaca..."

(Maklumat Penuh)



30 Ogos : STATUS PENCAPAIAN KEMASUKAN DATA SSQS
Terima kasih dan Tahniah kepada semua yang telah bertungkus lumus menyempurnakan peranan dalam pengisian data SSQS. Semoga kita akan lebih bersedia di masa-masa akan datang dalam menyempurnakan tugasan online ini. Terima kasih.

(Lihat Status Akhir)



30 Ogos : ANUGERAH NILAM & KEM PENULIS MUDA NEGERI PERAK
Selamat maju jaya kepada 2 wakil kita ke peringkat negeri.

(Maklumat Penuh)



30 Ogos : TARIKH TUTUP KEMASUKAN DATA SSQS
Tempoh pengisian data SSQS akan berakhir jam 4.00 petang ini. PKGSR hanya tinggal 3 sekolah yang akan melengkapkan tugasan tersebut. Kpd yg telah selesai diucapkan TAHNIAH DAN TERIMA KASIH.

(Lihat Status Penuh)



30 Ogos : LOST & FOUND - BUKU CATATAN KULIT TEBAL
Sebuah buku berkulit tebal dijumpai di PKG dan belum dituntut sejak 2 minggu yg lalu.

(Maklumat Penuh)



25 Ogos : STATUS SSQS TERKINI
Perhatian kepada sekolah-sekolah yang masih dalam proses pengemaskinian data SSQS. Cuma tinggal 2 hari bekerja untuk pelaksanaan pengemaskinian data. Talian kini semakin sibuk. Diharap tugasan ini dapat disegerakan. Hubungi PKG jika menghadapi masalah. Terima kasih.

(Lihat Status Penuh)



25 Ogos : PEMANTAUAN PKG-SEKOLAH
Pemantauan berkaiatn Pengurusan PSS dan ICT akan dijalankan mulai September 2010.

(Maklumat Penuh)



22 Ogos : SALURAN 318 KAMPUS ASTRO - MySTORY
Pihak Kampus Astro akan menambah satu lagi saluran sementara memaparkan pelbagai etnik Malaysia.

(Maklumat Penuh)



19 Ogos : BAHASA PENGATURCARAAN VISUAL
Bagi yg berminat dlm membangunkan perisian sila explore KODU CUP.

(Maklumat Penuh)



17 Ogos : LAPORAN PENERIMAAN PERALATAN KAMPUS ASTRO
PKG telah menerima 20 daripada 24 sekolah berkaitan laporan perkara spt di atas.

(Lihat Status Penuh)



17 Ogos : JUMLAH SEKOLAH YG TELAH RESPON SSQS
Terima kasih atas perubahan status data yg naik mendadak. Semoga terus menunjukkan progres.

(Lihat Status Penuh)



12 Ogos : BENGKEL ONLINE UNTUK GPB & GPM
Bengkel untuk GPB/Guru ICT akan diadakan pada 16-23 Ogos 2010 manakala untuk GPM/Penyelaras PSS ialah pada 24-25 Ogos 2010.

(Maklumat penuh)



12 Ogos : JUMLAH SEKOLAH YG TELAH RESPON SSQS
Sehingga 12 Ogos 2010, jam 1.35 ptg: 4 Selesai, 13 Dalam Proses, 11 Belum Mula.

(Lihat Status Penuh)



10 Ogos : SELAMAT DATANG RAMADHAN
Selamat berpuasa di samping menjalani ibadah-ibadah lain sepanjang bulan Ramadhan.

(Maklumat penuh)



09 Ogos : JUMLAH SEKOLAH YG TELAH RESPON SSQS
Sekolah-sekolah yg telah key-in maklumat sehingga 09.08.2010, 6.00 ptg:
SK Aminuddin Baki (1/62)
SK Balun (24/62)
SK Ulu Slim (1/62)
SK Besout 3 (62/62 - Lengkap)
SK Seri Besout (7/62)
SK Besout 4 (14/62)
SK Pos Tenau (3/14)
SJK(C)Ho Pin (14/14 - Lengkap)
SJK(T) Slim Village (13/14)
SJK(T) Trolak (11/14)
SJK(T) Ladang Cluny (14/14 - Lengkap)

(Status Respon)



09 Ogos : BENGKEL ONLINE UNTUK GPB & GPM
Sila ikuti perkembangan maklumat dari PKGSR untuk ketetapan tarikh sebenar bengkel.

(Maklumat penuh)



07 Ogos : BENGKEL ONLINE UNTUK GPB & GPM
Sila ikuti perkembangan maklumat dari PKGSR untuk ketetapan tarikh sebenar bengkel.

(Maklumat penuh)



06 Ogos: PEMBERITAHUAN PENTING
DIMAKLUMKAN BAHAWA PKGSR DITUTUP SEMENTARA WAKTU PADA HARI ISNIN, 09.08.2010 MULAI 9.30 PG HINGGA 2.00 PTG KERANA SEMUA STAF TERLIBAT DENGAN PROGRAM KHAS DAERAH BATANG PADANG DI PKG TAPAH ROAD. SILA HUBUNGI PTP MELALUI TALIAN 012-3593975 ATAU PKG TAPAH ROAD DI TALIAN 05-4181588 UNTUK SEBARANG PERTANYAAN/MASALAH. TERIMA KASIH

04 Ogos : JUMLAH SEKOLAH YG TELAH RESPON SSQS
Sekolah-sekolah yg telah key-in maklumat sehingga 04.08.2010, 2.35 ptg:
SK Aminuddin Baki (1/62)
SK Balun (21/62)
SK Ulu Slim (1/62)
SK Besout 3 (62/62 - Lengkap)
SK Pos Tenau (3/14)
SJK(C)Ho Pin (14/14 - Lengkap)
SJK(T) Slim River (3/62)
SJK(T) Trolak (2/14)
SJK(T) Ladang Cluny (14/14 - Lengkap)

(Status Respon)



04 Ogos : KURSUS ORACLE ThinkQuest
Kursus tersebut di atas sedang berjalan lancar di Makmal Komputer, SK Aminuddin Baki.

(Maklumat penuh)



30 Jul : JUMLAH SEKOLAH YG TELAH RESPON SSQS
Sekolah-sekolah yg telah key-in maklumat sehingga 30.07.2010, 5.00 ptg: SKB, SKB3, SKPT, SJK(C)HP, SJK(T)T dan SJK(T)LC.

(Status Respon)



29 Jul : JUMLAH RESPONDEN SSQS UNTUK SEKOLAH SKM
Kepada sekolah-sekolah berikut sila pastikan jumlah responden hanya untuk 14 orang sahaja iaitu 1 GB, 1 Guru ICT, 6 Guru dan 6 Murid:
1) SK Pos Tenau
2) SJK(C) Ho Pin
3) SJK(T) Slim Village
4) SJK(T) Trolak
5) SJK(T) Ldg.Kelapa Bali
6) SJK(T) Ldg.Cluny

(Status Respon)



26 Jul : STATUS RESPON PENARAFAN SSQS
Tahniah dan Terima Kasih kepada SK Besout 3 yg telah memulakan dgn 3 responden dan SJK(T) Ldg.Cluny yg telah menambah responden kepada 9 orang.

(Status Respon)



23 Jul : STATUS RESPON PENARAFAN SSQS
Tahniah dan Terima Kasih kepada SJKT Trolak dan SJKT Ldg.Cluny yang telah mengisi dan menghantar maklumat.

(Status Respon)



22 Jul : STATUS RESPON PENARAFAN SSQS
Tahniah dan Terima Kasih kepada SK POS TENAU yang turut mendahului sekolah-sekolah lain dengan responden Guru ICT dan Guru M/Pelj Sains .

(Maklumat penuh)



21 Jul: SSQS UNTUK SEKOLAH SKM
PERHATIAN KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH GRED SKM - Penarafan ini hanya melibatkan 14 responden dari sekolah-sekolah SKM manakala yang bukan SKM berjumlah 62 responden. Tahniah & Terima Kasih kpd SK Balun yg telah mendahului pengisian dengan responden 'Pentadbir' dan 'Guru ICT'.

(Maklumat penuh)



20 Jul: PENARAFAN TAHAP BESTARI SSQS
Penarafan tahap bestari melalui perisian SSQS telah dimulakan. Sejumlah 14 responden dari setiap sekolah SKM manakala 62 responden dari setiap sekolah bukan SKM akan terlibat.

(Maklumat penuh)



20 Jul: KAJIAN KEPERLUAN MAKLUMAT OLEH GURU
PKGSR sedang meninjau bidang maklumat yang diperlukan oleh guru-guru khususnya GPM dan GPB untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti PKG. Sila beri respon melalui

borang

yang disediakan.

19 Jul: PEMBERITAHUAN PENTING
DIMAKLUMKAN BAHAWA PKGSR KETIADAAN PEGAWAI/STAF PADA 20.07.2010, RABU KERANA SEMUA STAF TERLIBAT DENGAN TAKLIMAT PENTING DI BTPN PERAK, IPOH. SILA HUBUNGI PTP MELALUI TALIAN 012-3593975 ATAU PK PENTADBIRAN SK AMINUDDIN BAKI DI TALIAN 05-5420650 UNTUK SEBARANG PERTANYAAN/MASALAH. TERIMA KASIH

14 Jul: KHEMAH MEMBACA & ANUGERAH TOKOH NILAM DAERAH B/PADANG 2010
Aktiviti Khemah Membaca & Pemilihan Tokoh Nilam sedang berlangsung di PKG Tapah Road.

(Maklumat penuh)



14 Jul: PEMANTAUAN SSQS
Dimaklumkan bahawa Pemantauan SSQS 2010 belum dimulakan. Beberapa sekolah telah menghubungi PKG utk pertanyaan. PKGSR akan memaklumkan kepada sekolah-sekolah ahli sebaik sahaja mendapat maklumat perkembangan mengenainya. Terima kasih.

12 Jul: KHEMAH MEMBACA & ANUGERAH TOKOH NILAM DAERAH B/PADANG 2010
Program seperti tersebut di atas akan diadakan pada 13-14 Julai 2010 di PKG Tapah Road.

(Maklumat penuh)



07 Jul: PEMBEKALAN TVLCD KE SEKOLAH L/BANDAR
KPM sedang dalam proses membekalkan TVLCD ke sekolah-sekolah luar bandar.

(Maklumat penuh)



07 Jul: STATUS DATA SPPICTS 95.83%
Terima kasih kepada SK Besout 5 dan SK Aminuddin Baki yg telah melengkapkan pengisian data, seterusnya meningkatkan peratus dari 87.50% kepada 95.83%. Baki 1 sekolah dalam proses kemaskini. TQ.

(Maklumat penuh)



17 Jul: KEPUTUSAN PEMILIHAN TOKOH NILAM BTG.PADANG
Tahniah kepada semua pemenang dan peserta Khemah Membaca & Pemilihan Tokoh Nilam Daerah Batang Padang 2010.

(Maklumat penuh)



15 Jul: LAPORAN PEMBEKALAN KAMPUS ASTRO
Pihak sekolah yg telah menghantar laporan boleh buat semakan

status

untuk validitasi. Terima kasih.

(Maklumat penuh)



07 Jul: STATUS DATA SPPICTS 100%
Terima kasih kepada SK Slim Village yg telah melengkapkan pengisian data, seterusnya melengkapkan pengisian data SPPICTS oleh SEKOLAH-SEKOLAH KELOMPOK PKGSR dengan pencapaian 100% siap. TAHNIAH KEPADA SEMUA!

(Maklumat penuh)



06 Jul: STATUS DATA SPPICTS 87.50%
Terima kasih kepada SK Pos Tenau yg telah melengkapkan pengisian data, seterusnya meningkatkan peratus dari 83.33% kepada 87.50%. Baki 3 sekolah dalam proses kemaskini. TQ.

(Maklumat penuh)



05 Jul: STATUS DATA SPPICTS 83.33%
Terima kasih kepada SJK(T)Ldg Kelapa Bali & SMK Balun yg telah melengkapkan pengisian data, seterusnya meningkatkan peratus dari 62.50% kepada 83.33%. Mohon 4 sekolah yang belum mengisi untuk ambil tindakan.

(Maklumat penuh)



03 Jul: KHIDMAT BANTU PENGISIAN DATA SPPICTS
Kepada 7 sekolah yang mungkin mengalami masalah dalam pengisian data SPPICTS boleh menghubungi PKGSR untuk Khidmat Bantu.

(Lihat Status)

atau

(Khidmat Bantu)



03 Jul: STATUS DATA SPPICTS 62.50%
Terima kasih kepada SJK(T) Ldg.Kelapa Bali, SK Besout 4 dan SM Vokasional Slim River yg telah melengkapkan pengisian data, seterusnya meningkatkan peratus dari 54.71% kepada 62.50%.

(Maklumat penuh)



02 Jul: STATUS DATA SPPICTS 54.71%
Terima kasih kepada SK Pos Bersih dan SJK(T) Slim River yg telah melengkapkan pengisian data, seterusnya meningkatkan peratus dari 41.67% kepada 54.71%.

(Maklumat penuh)



30 Jun: SIJIL KURSUS ASAS PENGURUSAN PSS DI BTPN
Peserta kursus Asas Pengurusan PSS di BTPN Perak boleh mengambil sijil kehadiran masing-masing di PKGSR.

(Maklumat penuh)



30 Jun: STATUS DATA SPPICTS PKGSR
Terima kasih SJK(C) Chin Hua atas pengisian data SPPICTS dgn pencapaian 100% siap.

(Maklumat penuh)



29 Jun: LAPORAN PEMBEKALAN KAMPUS ASTRO
Pihak sekolah diminta untuk menghantar laporan sebaik sahaja menerima pembekalan dan instalasi Kampus Astro.

(Maklumat penuh)



28 Jun: STATUS DATA SPPICTS PKGSR
Terima kasih SK Pos Bersih atas pengisian data SPPICTS

(Maklumat penuh)



26 Jun: TEMPOH PENGISIAN DATA SPPICTS
Pihak sekolah diingatkan supaya tidak melengahkan pengisian data kerana kesesakan talian akan berlaku menjelang tarikh tutup iaitu 9 Julai 2010.

(Maklumat penuh)



25 Jun: STATUS DATA SPPICTS PKGSR
Terima kasih SMK(F) Besout dan SK Kuala Slim

(Maklumat penuh)



23 Jun: STATUS DATA SPPICTS PKGSR
Terima kasih SK Balun dan SMK Dato' Zulkifli Muhammad

(Maklumat penuh)



22 Jun: STATUS DATA SPPICTS PKGSR
Terima kasih SK Ulu Slim, SK Slim River dan SJK(T) Ldg.Cluny

(Maklumat penuh)



21 Jun: STATUS DATA SPPICTS PKGSR
Terima kasih SK Seri Besout, SJK(C) Ho Pin, SMK Slim

(Maklumat penuh)



15 Jun: SAMBUTAN HARI GURU DAERAH BTG.PADANG

(Maklumat penuh)



14 Jun: PENYELENGGARAAN PERALATAN ICT
Semua aduan kerosakan peralatan ICT perlu melalui Support Ticketing System (STS).

(Maklumat penuh)



12 Jun: KUTIPAN DATA SPPICT BIL.2/2010
Dimaklumkan bahawa kutipan data SPPICTS untuk kali ke-2 akan bermula 20 Jun 2010. Semua sekolah adalah terlibat.

(Maklumat penuh)



12 Jun: SALAM PENGENALAN
Dimaklumkan En.Hamzan A.Aziz, PTP1 PKGTM telah bertukar ke PKG Slim River berkuatkuasa 01 Jun 2010.

(Maklumat penuh)

Tiada ulasan:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP